Posts

Showing posts from March, 2010
WARGA EMAS PUTRAJAYA Sehari suntuk warga emas Putrajaya, lelaki dan wanita, hampir-hampir berkurung di Dewan Masjid Sultan Mizan pada hari ini, Selasa 30 Mac 2010, pertama sekali pada waktu pagi iaitu jam 8.30 hingga 10 diadakan upacara pembukaan Mesyuarat Agong Pertama Persatuan Warga Emas Putrajaya yang dirasmikan oleh YBhg Tan Sri Samsuddin Bin Osman, Presiden Perbadanan Putrajaya. Lepas itu ahli-ahli dapat berehat, sambil minum dan makan juadah. Lepas rehat, jam 10.30 ada ceramah tentang "Peranan dan Sumbangan warga emas sebagai Penjaga Nilai ( Custodian of Values) Dan Pengikat Kasih Sayang Keluarga Dalam Pengukuhan Komuniti" oleh Tuan Haji Syed Barkat Ali bin Syed Ali, Yang Dipertua Persatuan Usia Emas Malaysia. Ceramah dan sesi soal jawab melarat sehingga pukul 12 tengahari dan diteruskan dengan jamuan makan tengahari. Pada jam 12.30 barulah Mesyuarat Agong bermula, iaitu mesyuarat agong yang pertama Persatuan Warga Emas Putrajaya, setelah Persatuan ini didaftarkan pad
ALLAH GANTI TUHAN DALAM RUKUN NEGARA ? Saya rasa hanya segelintir masyarakat bukan Islam yang akan bersetuju untuk meminda Rukun Negara tentang kepercayaan kepada Tuhan menjadi kepercayaan kepada Allah. Mungkin segelintir masyarakat bukan Islam, seperti golongan penganut Katholik dari Sabah yang membawa kes ini ke dalam mahkamah baru-baru ini untuk menggunakan kalimah Allah di dalam risalah mereka, yang akan bersetuju dengan pertukaraan kalimah tersebut, iaitu Tuhan menjadi Allah. Majoriti masyarakat bukan Islam di negara kita ini, saya percaya tidak bersetuju dengan perubahan itu, kerana mereka memahami bahawa Allah adalah Tuhan kepada orang Islam. Mengakui Allah sebagai Tuhan, artinya menafikan bentuk tuhan yang lain, termasuk tuhan Kristian yang membawa konsep Triniti, dan tuhan-tuhan penganut agama lain lagi yang jelas mempunyai tuhan mereka sendiri, yang semuanya itu adalah berbeza konsepnya dengan Allah. Sebaliknya jika orang bukan Islam menerima Allah sebagai Tuhan mereka, ber
KESABARAN NABI AYYUB   KETIKA NABI AYUB MENDERITA PEDIHNYA HIDUP MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN JIWA, KETIKA JASADNYA DIMAMAH ULAT DAN KUMAN-KUMAN MARAYAP MENYERANG SELURUH TUBUHNYA, IA PERSIS MENGHADAPI KEMATIAN DAN SAAT-SAAT PENGAKHIRAN   MALAH ISTERINYA MENGHILANGKAN DIRI JIJIK DAN MUAK MENGHADAPI BANGKAI BERNYAWA ANAK-ANAKNYA MATI SEMUANYA HARTA BENDANYA PUPUS KEHABISAN   MAKA NABI AYUB SEGERA MENYEDARI DIRINYA SEBAGAI HAMBA KERDIL KEPADA ALLAH YANG MAHA ADIL HARUS SABAR DAN TABAH GAGAH DAN PERKASA BERDOA DAN BERHARAP MEMOHON RESTU KEPADA ALLAH MAHA KUASA AGAR DIKUATKAN IMAN TABAH DAN MENYERAH   MAKA ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYEMBUH DAN PENAWAR MAHA BERKUASA DAN MAHA PERKASA PENGASIH DAN PENYAYANG NABI AYUB BERANSUR PULEH KEMBALI SEGAR AFIAT DAN SIHAT LAMBANG KEKUATAN IMAN TABAH DAN SABAR   INILAH ARTINYA BERSABAR IAITU SABAR AYYUB MAKNA BERSERAH SEPERTI BERSERAHNYA YUNUS TEKUN BERIKHAITAR SAMA IKHTIARNYA ADAM DAN IBRAHIM BERDOA, BERUSAHA DAN BERTAWAKKAL SEMUANYA HANYALAH KEPA
KEGAWATAN POLITIK : HIKMAH ATAU FITNAH ? Kegawatan politik yang sedang berlaku di negara kita pada masa kini, iaitu berikutan dari kerisis yang dialami di dalam Pakatan Pembangkang, dengan tindakan beberapa orang ahli PKR yang telah keluar meninggalkan Parti Politik mereka, dan kekecohan yang berlaku di dalam Parlimen, yang mengandungi berbagai-bagai pendedahan dan sebagainya, sehingga menghabiskan masa yang panjang semata-mata dalam perbicaraan peribadi dan tektik politik mereka, semuanya ini tentulah ada sebab dan puncanya. Mungkin kita memerlukan analisis yang mendalam kenapakah ahli-ahli parti politik itu bertindak keluar parti, kemudian amat lantang pula mendedahkan segala kepincangan dalam parti dan kelemahan serta tektik kotor bekas para pimpinan Parti mereka. Saya serahkan kepada para penganalisis politik untuk mengkaji hal ini dan memberikan jawapan untuk rakyat, yang sebenarnya banyak yang masih bingung dan keliru dengan keadaan ini. Secara sepintas lalu yang dapat saya fiki
INNA LILLAH WAINNA ILAIHI RAJI'UN (UIA DAN ALLAH YARHAM SULAIMAN DAUD) TIBA MASANYA HAMBA ALLAH KEMBALI MENEMUI KHALIQNYA. ALLAH YARHAM TAN SRI DR SULAIMAN BIN DAUD, YANG MENINGGAL DUNIA PADA HARI SELASA 23 MAC 2010 KETIKA BERUSIA 77 TAHUN, ADALAH MERUPAKAN SEORANG YANG PERAMAH, TAWADUK DAN DAPAT MENYESUAIKAN DIRINYA DENGAN SESIAPA JUGA. SAYA TERINGAT PADA SATU HARI DALAM TAHUN 1981, KETIKA BELIAU MENJAWAT JAWATAN MENTERI PENDIDIKAN, IA MENGHUBUNGI SAYA MELALUI TELEFON. SAYA PADA MASA ITU MENJAWAT JAWATAN DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM. ALLAH YARHAM MEMBERITAHU SAYA BAHAWA PERDANA MENTERI, DR MAHATHIR MOHAMAD, MENJEMPUT SAYA DAN DR KAMAL HASSAN, YANG KETIKA ITU MENJADI PENSYARAH DI FAKULTI YANG SAMA DENGAN SAYA, UNTUK MENEMUI PERDANA MENTERI DAN BELIAU DI JABATAN PERDANA MENTERI. TUJUANNYA IALAH UNTUK MEMBINCANGKAN PENUBUHAN UNIVERSITI ISLAM, YANG KONSEPNYA ADALAH UNIVERSITI ISLAM YANG DISYORKAN OLEH KONGRES PENDIDIKAN ISLAM SEDUNIA YANG TELAH DIADAKAN DI MAKKAH PADA TAHU

Climate Change : Dunia mengdapi perubahan cuaca yang amat mendadak pada hari ini, dan ada diantaranya yang membawakan kemusnahan dan kehancuran seperti gerak gempa, banjir air dan lumpur, tanah runtuh dan sebagainya, yang bukan hanya memusnahkan harta benda dan tanaman, kilang, bangunan dan sebagainya, tetapi memakan korban nyawa manusia yang begitu banyak, mati, cedera, merana, trouma dan berbagai-bagai penderitaan fizikal dan spiritual yang amat dahsyat. Tetapi bencana ini tidaklah melanda negara kita sehebat yang berlaku kepada negara-negara lain, termasuk negara jiran kita, tidaklah berlaku gempa yang memakan korban nyawa, tetapi yang kita rasai hanyalah cuaca panas yang berterusan, peningkatan suhu udara yang tinggi, dan ancaman kekuranagn air yang berlaku di sana sini di negeri-negeri dalam Malaysia ini, yang mengakibatkan kebimbangan kepada rakyat umumnya. Bimbang takut catuan air, tidak air untuk bercucuk tanam, menyiram bunga, membasuh kereta, memasak di restoran dan sebagainya. Bagaimana pun bencana yang berlaku di Malaysia akhir-akhir ini hanya sanya bencana manusia yang ganas, rakus, tidak bersopan, tindakan tidak bertamadun, celupar, kasar perkataan, dan tidak beradab atau beretika seperti yang seharusnya diharapkan dalam perjalanan bangsa kita menuju matlamat mewujudkan negara maju dalam ekonomi dan perindustriaan, sains dan teknologi pada tahun 2020, dan menuju matlamat untuk menjadikan bangsa Malaysia sebagai satu bangsa yang bermoral, beretika dan berpegang teguh kepada nilai-nilai moral dan agama. Orang-orang yang seharusnya merupakan penggubal dasar negara dan pemimpin rakyat di dalam gedung undang-undang seperti Parlimen yang terkenal sebagai Dewan Rakyat, iaitu tempat para wakil rakyat berkumpul, berbincang, berbahas untuk kepentingan rakyat, tiba-tiba bertukar menjadi medan kata mengata, pekik memekik, jerit menjerit dan sebagainya dihadapan mata rakyat, mata orang tua, mata orang asing, mata kanak-kanak, pelajar sekolah, belia dan semua kalangan masyarakat, yang memerhati gelagat mereka yang semakin menjadi-jadi sejak Malaysia menjadi sebenar-benarnya negara “demokratik”, dengan mempunyai ramai ahli pembangkang yang gagah, menjadikan Parlimen yang Dewan yang benar-benar “mewakili semua golongan rakyat”, yang ahli-ahlinya menjadi pilihan rakyat ! Saya berada di United Kingdom lebeh dari empat tahun semasa saya menyambung pelajaran di sana, dan setiap kali saya membuka TV menonton perbahasan Parlimen mereka, tidak pernah sekali pun saya melihat sebarang ahli mengganggu ketika seorang MP lain berucap, walau sepedan mana sekali pun, atau sehebat mana sekali pun keritikan yang ditujukan kepada sesiapa saja dalam Parlimen itu. Tidak pernah saya lihat ahli-ahli YB itu mengeluarkan kata-kata yang berbentuk ancaman, hasutan, kasar dan tidak bersopan. Tak pernah mereka berebut untuk bercakap sekiranya Yang Dipertua Dewan belum memberi izin. Malah sepanjang yang saya tahu, tak ada ahli-ahli yang keluar beramai-ramai meninggalkan Dewan sebagai tanda protes, berkelakuan seperti kanak-kanak yang kempunan coklat atau aiskrem. Tapi hal ini berlaku dalam Dewan kita, berlaku dengan amat hebat dan memalukan selepas Pilihan Raya yang lalu, selepas kononnya dengan kepuasan bahawa “rakyat telah mengambil kuasa demokratik” yang sebenarnya dengan memilih wakil yang mereka sukai, yang “dapat memperjuangkan demokrasi, menghapuskan rasuah, mewujudkan masyarakat bermoral, melindungi maruah dan agama” dan berbagai-bagai lagi teori pemerentahan lainnya, yang kelihatan amat menarik dan memberi harapan yang ideal bagi Malayis yang maju bertamaddun dan sebagainya. Oleh itu, rakyat rasanya perlu menyedari semula keadaan cuaca dan suasana alam tabie kita sebagai sebuah negara yang amat unik, yang memerlukan bangsa yang juga unik, yang mempunyai jati diri dan identiti sendiri, bukan negara caca murba, ganas, tidak bermoral dan tidak beradab. Tahun 2020 hanya berada di ambang pintu dan kita akan melihat mataharinya muncul, tetapi apakah wakil-wakil kita masih berada dalam tahun lima puluhan, atau enam puluhan, ataua zaman batu dan kayu yang tidak mengenal batas-batas kesusilaan dan ketertiban, nilai-nilai moral kerohanian agama kita. Climate Change seperti yang berlaku di tempat lain, tidak perlu berlaku kepada negara kita, climate change itu biarlah berlaku ditempat lain, dan kita akan sentiasa terlindung dari mala petakanya.

DdKKit
Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un (Kita semua kepunyyan Allah, dan kepada-Nya lah kita kembali) Shaikh Tantawi Dalam Kenangan Maha mengetahui Allah SWT yang berfirman di dalam kitab suci al-Quran tentang dua perkara yang tidak diketahui manusia yang akan berlaku kepada dirinya, satu : "apakah yang akan dilakukannya esok hari", kedua : "di bumi manakah ia akan meninggal dunia"(Surah Loqman, ayat 34). Maka Shaikh Tantawi, Imam Besar Al-Azhar, telah dipanggil kembali oleh Allah SWT semasa beliau berada di luar negaranya, iaitu di Saudi Arabia, di kota Riyadh. Imam besar Tantawi merupakan sahabat karib negara kita. Al-Marhum terkenal sebagai seorang yang sentiasa memandang tinggi dan menghargai segala usaha yang dilakukan negara dan umat Islam untuk agama. Beliau sentiasa terbuka kepada pandangan yang dikeluarkan tentang Islam, dan dalam situasi itulah beliau melihat Malaysia sebagai sebuah negara Islam progresif, dinamik dan moden. Beliau menyanjung tinggi agenda

DITELAN IKAN GERGASI

  KETIKA NABI YUNUS BERPUTUS ASA MEMBAWA HATI DAN DIRI PERGI JAUH BERPATAH ARANG MEMBAWA DIRI DARI KAUMNYA YANG DEGIL GANAS DAN AMARAH ANGKARANYA NABI YUNUS TERLANTAR DI LAUTAN LALU DITELAN IKAN GERGASI TINGGALLAH DALAM KEGELAPAN KELAPARAN KESEORANGAN DI DALAM PERUT IKAN MAHU BERPUTUS ASA BERPUTUS HARAPAN MENYERAH KALAH TETAPI HATINYA SEGERA INSAF BERZIKIR DAN MENGINGATI ALLAH HARAPANNYA BELUM BERAKHIR SAMBIL BERTAWAKKAL TIDAK MENYERAH KALAH DIGAGAHINYA MENGUMPUL KEKUATAN DAN IMAN MEMOHON AMPUN MERAYU RESTU DAN RAHIM ALLAH MAKA ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG IA DIMUNTAHKAN IKAN GERGASI KE TANAH YANG TANDUS DI PESISIRAN PANTAI SEDANGKAN IA MENDERITA SAKIT LALU DINAUNGI SEPOHON RENDANG DAN NABI YUNUS KEMBALI MELIHAT CAHAYA KEMBALI KEPADA KAUMNYA LEBEH SERATUS RIBU JIWA YANG MULAI BERIMAN KEPADANYA MENTAUHIDKAN ALLAH SWT DAN NABI YUNUS KEMBALI MENEKMATI KURNIAAN ALLAH HIDUP BAHAGIA PENUH MAKNA MAHA SUCI ALLAH MAHA BESAR ALRAHMAN   (Inspirasi dari Surat Al-Saffat (37) Ayat 139 –
  MENGAPA BERMASAM MUKA   KETIKA SEORANG BUTA MENGHAMPIRI NABI JUNJUNGAN NABI KHATAMUL-ANBIYA' UNTUK BERGURU MENAMBAHKAN ILMU TETAPI SAYANGNYA NABI DISIBUKKAN KETUA MUSYRIKIN YANG KELIHATANNYA BERSUNGGUH-SUNGGUH MEMUJA MEMUJI AGAMA SUCI SEDANGKAN DALAMANNYA PENUH KEPURA-PURAAN   DAN SI BUTA TERPAKSA MENUNGGU HINGGA NABI SELESAI BICARA DAN BERPALING KEPADANYA MAKA DISINILAH MURKANYA ALLAH KENAPA DIBIARKAN SIBUTA INGIN TAHU AGAMANYA INGIN KUATKAN IMANNYA DALAM KADAIFANNYA MENANTI BEGITU SAJA ADAKAH KERANA CACATNYA?   NAMUN ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG MAHA BIJAKSANA TEGURANNYA ADALAH RAHMAT MURKANYA ADALAH TAZKIRAH BAGINDA TETAPLAH BEERSIH SUCI DARI DOSA DAN.... UMATNYA SENDIRI JUGA YANG HARUS MENGAMBIL IKTIBAR   (Inspirasi dari Surah 'Abasa (80) Al-Quran)    

SIAPAKAH GERNGANNYA ULAMAK ITU ?

SUARA HATI SAYA SEMALAM MENDAPAT SAMBUTAN DARIPADA PEMBACA BLOG YANG BERTANYA SIAPAKAH GERANGANNYA ULAMAK YANG SAYA MAKSUDKAN ITU? MUNGKIN RAMAI YANG TAHU, TETAPI RAMAI PULA YANG TIDAK TAHU. ULAMAK ITU IALAH SHAIKH DR YUSUF AL-QARADAWI, YANG TELAH DIANUGERAHKAN TOKOH MAAL HIJRAH, KETIKA KITA MENYAMBUT AWAL MUHARRAM TAHUN INI. BELIAU MUNGKIN HANYA MERUPAKAN SEORANG YANG BERSUARA LANTANG, TETAPI YANG LAINNYA TENTU JUGA MENGIYAKANNYA. NAMUN BANYAK LAGI YANG SAYA PERCAYA MEMPERTIKAIKAN PENDIRIANNYA ITU. ITULAH MANUSIA NAMANYA.
KALAU FATIMAH SEKALI PUN MENCURI .... Saya rasa ramai yang mengetahui tentang ketegasan Islam, seperti yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW untuk menegakkan keadilan. Kita selalu mendengar para alim ulamak kita mentafsirkan banyak ayat Al-Quran tentang keadilan. Keadilan adalah sesuatu yang seharusnya ditegakkan, dilaksanakan, iaitu setelah menjalani proses hukum atau perbicaraan yang adil, maka orang yang salah tetap akan dihukum, walau pun keatas kaum keluarga sendiri, iaitu sekiranya telah dibuktikan seorang itu salah, tidak kira sesiapa, maka ia akan dihukum. Bukankah Rasulullah SAW menegaskan bahawa umatnya menjadi rosak kerana terdapat diskriminasi dalam menjatuhkan hukuman yang adil terhadap pesalah, iaitu maksud baginda, orang yang berkuasa, atau yang berpengaruh, ketua dan sebagainya, tidak akan dihukum sekiranya ia melakukan kesalahan. Baginda menegaskan, kalau tak salah bacaan saya, kata baginda "walau pun Fatimah, anak aku, yang mencuri , nescaya akan aku pot