Posts

MENCIPTA UMAT ISLAM GLOBAL

Globalisasi di jelmakan oleh Islam dari sudut kesatuan masyarakat manusia   yang dimaksudkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya dalam Surah Al-Hujurat ayat 13, yang menegaskan “ Wahai manusia, sesungguhnya Kami telah menciptakan   kamu dari (sepasang manusia) lelaki dan perempuan, dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali.” Rasulullah SAW di utuskan oleh Allah SWT untuk seluruh umat manusia dengan membawa rahmat untuk semua, dan hal ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa Islam adalah agama global. Malah tindakan baginda membawa perutusan damai dan kesatuan umat dengan dimulai di kalangan keluarga dan sahabat handai terdekat juga menggambarkan proses globalisasi, yang dari kalangan masyarakat kecil itu, kemudiannya berkembang di kalangan komuniti di Makkah, iaitu masyarakat tempatan sendiri. Inilah proses globalisasi, dan inilah sebenarnya ajaran dan panduan Islam yang seharusnya terus menerus berkembang ke seluruh d

POLITIK dan ISLAM

  ISU POLITIK MENGATASI AL-QURAN Saya masih tidak jemu membicarakan isu perpecahan umat Islam sesama sendiri, dan dengan umat lain yang ada kalanya sengaja di perbesar-besarkan di negara kita ini . Apakah isu itu merupakan satu ilusi atau kenyataan yang sebenarnya. Kadang-kadang isu ini di ada-adakan kerana sebab-sebab yang tertentu dengan menjustifikasikan kegawatan yang berada dalam isu perpecahan kaum negara kita sekarang, sebagai satu isu yang amat besar dan membahayakan. Allah SWT membayangkan kerisis ini dan mnjadikan nya sebagai satu iktibar kepada uamt Nabi Muhammad, iaitu   firman Allah S.W.T di dalam ayat 46, surah (29) Al-‘Ankabut: Dan janganlah kamu berbahas (berdebat) dengan ahli kitab melainkan dengan cara yang lebeh baik, kecuali orang yang berlaku zalim di antara mereka, dan katakanlah (kepada mereka) “kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami, dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu, dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu ad

MEMBUKA LAMBARAN BARU BLOG 2019

NILAI-NILAI BERSAMA UNTUK SEMUA Mendengar ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, pada 31 Julai 2018 yang lalu, di hadapan sekumpulan para cendiakawan Islam di pejabatnya, mengingatkan kembali   ke tahun 1991 ketika Perdana Menteri yang sama ini memanggil penulis ke pejabatnya dan menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Intipati penjelasan beliau tentang Islam dan konsep sarwajagatnya masih sama , iaitu Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, merangkumi kehidupan dunia dan akhirat, tidak hanya tertumpu kepada ibadat dan fardhu ain semata-mata. Bagaimana pun, kelainan suasana dan perbincangan yang terbaru ini sahaja yang amat terasa, ketika dalam pertemuan ini, beliau dilanda emosi semasa sedang menyampaikan perutusannya itu, sehingga kelihatan sebak dan tidak mampu meneruskan ucapannya, lalu YB Menteri Mujahid Yusuf, sebagai Pengerusi perjumpan, terpaksa menenangkan keadaan dengan meneruskan perbincangan. Pertemuan

PERLU KEPUASAN BERSAMA

Top of Form Kes Indira Gandhi dan keputusan mahkamah tentang kes ini minggu lepas berlaku dengan baik di negara kita. Umat Islam Malaysia termasuk dalam kategori umat yang rasional,tenang dan toleransi yang tinggi. Sebab itulah tidak berlaku sebarang tindakan yang ganas dan emosional seperti yang berlaku di sebahagian besar negara lain masa kini. Maka kita haruslah mempertahankan budaya dan tradisi Melayu Islam yang amat ideal ini, dan semoga semua kalangan masyarakat menghormati tindakan ini. Namun jauh di sudut hati sebahagian besar insan yang bertamadun dan penyabar ini mereka amat berharap agar terdapat ruang perundangan dan Perlembagaan negara yang berteraskan kekuasaan DYMM Raja2 Melayu serta Perlembagaan negara, maka kes   ini dapat di usahakan supaya ianya dapat di putusakan secara yang lebih berpijak di bumi nyata di tanah air dan negara ini, serta budaya mereka semua... Usaha perundangan dan adat resam di negara pusaka ini haruslah juga di raikan dalam membuat s

POLITIK DAN AGAMA

Politik ialah satu disiplin ilmu ciptaan manusia untuk pemerintahaan dan kerajaan yang mempuyai sistem yang terbaik. Agama ialah dasar kepercayaan dan amalan manusia berpandukan sistem ketuhanan, dan bagi Islam ialah ketuhanan yang maha esa, Allah SWT. Dua disiplin ilmu ini haruslah di fahami dengan baik untuk membina kehidupan manusia yang sejahtera di dunia dan akhirat bagi kita umat Islam, atau kehidupan dunia yang harmoni bagi berbagai etnik  manusia dari kepelbagaian agama, atau yang tidak bertuhan. Politik menjadi rosak apabila orang yang mengamalkannya bersikap taksub melulu, dan bagi manusia zaman ini yang menubuhkan parti politik, maka kepincangan politik ialah kerana pengamalnya terlalu partisan, dan taksub kepartian melulu. Politik dan agama seharusnya berdasarkan kejujuran, nilai2 murni akhlak dan moral yang baik, memahami tentang dasar agama berkaitan dengan keadilan, amanah, tanggung jawab, dan mempraktikkan nilai moral yang baik. Pengamal politik zama