KENAPA INTERLOK HARUS DIHARAMKAN?
Anak-anak kita punya persepsi dan pemikiran sendiri ketika mempelajari sesuatu subjek di sekolah. Pelajaran mereka merupakan ilmu yang baru, dan ilmu itu sentiasa di jelaskan oleh guru mereka, maka penjelasan guru ini menambahkan lagi latar belakang apa-apa yang mereka pelajari. Novel Interlok sebagai sebuah karya sastera oleh penulis yang memahami sejarah dan telah membuktikan komitment yang tinggi terhadap keharmonian masyarakat berbagai etnik di negara kita telah di jadikan teks sastera di sekolah atas dasar bahawa novel ini mengandungi tema kepelbagaian kaum yang mendiami bumi Malaysia ini. Sastera adalah merupakan wadah penting untuk mempelajari sejarah, cita rasa, sosiologi, psikologi dan perasaan sesuatu bangsa di dalam sebuah negara itu. Oleh itu sastera merupakan satu wadah yang memupuk kecintaan para pelajar terhadap negaranya, dan novel ini cuba mengetengahkan tentang asal usul mereka sebagai satu maklumat penting untuk memahami situasi dan kehidupan mereka sekarang. T...