Posts

Showing posts from October, 2012

ISLAM MEMUSUHI KEGANASAN: BAGAIMANAKAH SIKAP ORANG MUSLIM?

MUSLIM DI MALAYSIA TIDAK MERESTUI KEGANASAN Saya percaya berita yang disebarkan media tentang penahanan dua orang rakyat Malaysia di Lebonan yang disyaki terlibat dengan keganasan pada minggu yang lalu bukanlah kerana rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Muslim, merestui keganasan atau menyokong perbuatan ganas yang dihubungkan dengan gerakan Al-Qaeda yang dilibatkan dengan rakyat kita itu. Sekiranya betul mereka terlibat dengan kumpulan pengganas yang di hubungkan dengan gerakan radikal Muslim itu, maka saya percaya bahawa mereka adalah merupakan dua orang anak muda kita yang terlibat dan terpengaruh dengan gerakan ini dari luar negara, lalu mereka pun melakukan gerakan yang sama seperti yang sering kita dengar dan saksikan di luar negara terutamanya di negara Islam yang tertentu. Kewajipan kita sekarang ialah mencari jalan melalui pendidikan, pemupukan nilai, memahami ajaran agama yang sebenarnya dan beberapa agenda pendidikan lain agar tunas dan bibit keganasan yang d

IBADAT KORBAN: APAKAH MAKNANYA?

PENGAJARAN KORBAN DI NEGARA KITA Saya tidak bercadang untuk menghuraikan hikmah atau pengajaran dari ibadah korban, kerana hal ini telah banyak sekali dijelaskan dengan panjang lebar pada sepanjang masa, terutamanya dalam bulan dan hari menyambut hari raya korban ini. Cuma akan  saya perturunkan di sini beberapa pengamatan saya, yang mungkin remeh temeh pada pandangan umum, tetapi hendak saya kemukakan juga, iaitu tentang dua perkara yang saya alami ketika menyertai kaum muslimin muslimat dalam  ibadat sembahyang raya haji dan penyembelihan binatang korban. Saya menunaikan sembahyang raya korban di Putrajaya. Imam yang mengimamkan sembahyang amat baik, bacaan sedap, tajwidnya baik. Tetapi mungkin juga beliau tidak sedar bahawa apabila dia tampil untuk mengimamkan sembahyang maka dia amat cepat mengangkat takbiratulihram, ketika makmum yang begitu besar jumlahnya belum pun sempat memebetulkan barisan, memenuhkan saf di hadapan dan memulakan sembahyang, beliau telah pun bert

PENGAJARAN CERAMAH ZAKIR NAIK

IKTIBAR DARI CERAMAH DR ZAKIR NAIK Saya percaya ramai orang Malaysia, Islam dan bukan Islam, yang telah berpeluang mengikuti ceramah yang berkualiti dan banyak membuka minda dari intelek Muslim India, Zakir Naik, dalam kunjungannya ke negara kita baru2 ini. Satu perkara yang menarik perhatian saya secara khususnya ialah tentang kenyataannya bahawa ketika beliau berceramah di mana2 saja tempatnya, dia selalu menegaskan bahawa sekiranya kita mahu mengetahui dan memahami agama Islam dengan segala sistem dan pengajaranya, maka kaji dan fahamilah kitab suci Al-Quran. Halusi dan hayati segala pengajarannya, barulah kita dapat memahami Islam itu sebenarnya, bukan dengan hanya melihat dan memerhatikan masyarakat orang Islam dengan segala perbicaraan, perilaku, dan tindakannya, kerana orang Islam akan memperagakan berbagai2 perhiasan dan kelakuan, termasuk yang buruk, salah pengertian, tidak bermoral dan segala unsur negatif  lain yang bukannya dari ajaran Islam itu sendiri. Demikia

KEUZURAN SHAHNON AHMAD MENYENTUH PERASAAN..

SELAMAT KEMBALI DATO' SHAHNON Setelah sekian lama tidak kedengaran suaranya, maka akhirnya Shahnon kembali bersuara. Penantian sepi yang sekian lama dirasakan, tiba-tiba dikejutkan dengan kembalinya sasterawan negara yang ulung itu ke persada persuratan bangsa dan negara seminggu dua ini. Shahnon kini kembali tanpa berselindung atau bersikap apologetik menyuarakan rasa hatinya sebagai seorang budayawan dan sasterawan Melayu Islam yang bimbang melihat perkembangan pincang yang berlaku di dalam dunia politik Melayu dan Islam di negara kita pada masa kini. Kira-kira lapan tahun yang lalu, iaitu pada  13 Jun 2004 saya pernah menulis di dalam kolum tetap saya di akhbar Mingguan Malaysia hasil cetusan pemikiran saya tentang Shahnon juga. Tulisan saya ini adalah sebagai respon kepada tulisannya  seminggu sebelum tulisan saya ini. Dalam tulisannya itu Shahnon telah  mengeluarkan rasa hampa yang dialaminya kerana tidak dapat menulis selama lima   tahun disebabkan oleh satu penyakit
MENGAPA MENYEPI? Saya perhatikan banyak para intelek, profesional, ahli agama dan kalangan lain yang tidak terlibat secara langsung dengan parti politik yang mahu memberikan komen tentang senario politik di dalam negara kita . Sebab pertama ialah kerana takut dianggap oleh masyarakat bahawa intelek itu telah melampaui bidangnya dengan melibatkan dirinya dalam bidang politik. Kedua, mereka   takut dilebalkan sebagai penyokong kumpulan politik yang tertentu, Ketiga takut dipulaukan oleh golongan yang taksub dan fanatik politik partisan yang tertentu. Kerana kekhuatiran inilah maka mereka tidak mahu langsung memberikan pandangan dan jauh sekali dari membincangkan isu-isu   masyarakat dan bangsa serta negara   yang menjadi   pertelingkahan para ahli politik kita seperti yang berlaku akhir-akhir ini. Sebenarnya ramai para intelek kita yang lebeh cenderung memberikan keutamaan untuk menjadi penonton atau bersungut dalam sepi dan sunyi sahaja melihat telatah ahli politik kita yang le
BAJET NEGARA: ANTARA “GULA” DAN “ROHANI” Mungkin kita semua akur bahawa terdapat sesetengah masyarakat manusia yang terlalu mewah dengan harta kekayaan akan kurang ketaqwaannya. Tetapi di sebaliknya,   mungkin juga terdapat sesetengah orang yang mewah dan kaya, mungkin akan bertambah ketaqwaannya, dan dapat melipat gandakan amal baktinya kepada Allah, yang dapat mengembalikan pahala yang banyak kepada mereka dibandingkan dengan orang miskin yang tidak berpeluang untuk menunaikan zakat atau sadaqah jariah dan berbakti kepada sesama manusia pada jalan Allah, maka golongan miskin ini tidak mendapat sebarang ganjaran dari kemiskinannya. Adalah diharapkan bahawa bajet terbaru yang banyak menawarkan kebendaan kepada rakyat akan membuka pintu rezekinya yang agak luas, maka rakyat akan bertambah senang dan selesa dengan kehidupannya. Lalu mereka akan bersyukur dan akan mengerjakan amal bakti dan dapat beribadat dengan selesa kepada Allah SWT bagi mendapatkan ganjaran-Nya. Harta dan k