Posts

Showing posts from March, 2012
PENYAPU DAN KASUT !! Bagi orang Melayu, penyapu dan kasut merupakan dua jenis benda yang dianggap sial dan tidak seharusnya digunakan untuk memukul orang. Tetapi tindakan membaling kasut atau selipar kepada orang yang dimarahi nampaknya telah berlaku dua kali di negara kita, menurut laporan akhbar, mungkin berlaku banyak lagi yang kita tak tahu kerana tidak dilaporkan.. Perbuatan ini berlaku dalam dunia antarabangsa agak lama dulu di ibu kota Iraq, Baghdad, iaitu ketika seorang wartawan membaling kasutnya kepada Presiden Bush dalam satu persidangan akhbar yang dihadiri juga oleh Presiden Iraq. Peristiwa membaling kasut di dalam negara kita ini berlaku baru2 ini di dalam mahkamah, ketika seorang bekas Imam masjid membaling kasut (atau seliparnya?) kepada tiga orang hakim yang menolak rayuannya dalam satu kesnya. Sungguh pun kasut itu tidak mengenai sasarannya, iaitu para hakim tersebut, tetapi mengenai pegawai mahkamah, lalu kemudiannya si pembaling kasut itu dihadapka

DAKWAH DENGAN HIKMAH...

Kegelisahan yang ditimbulkan tentang penganjuran seminar di Johor mengenai ancaman akidah umat Islam sepatutnya tidak disensasikan oleh mana2 pihak. Media baru terutamanya, amat cepat menimbulkan rasa marah dan gelisah dengan berita ini yang disensasikan dan dibesar2kan, tanpa cuba membuat analisis yang positif tentang seminar ini yang sebenarnya. Para ahli politik yang cuba menangguk di air keruh juga, segera mengambil kesempatan mencari keuntungan politik peribadi dan kelompoknya dengan membesar2kan isu yang boleh membangkitkan sentimen dan emosi orang, tanpa berusaha meredanya atau memberikan gambaran yang sebenarnya dari segala sudut. Seminar ini mungkin memberi gambaran yang sebenarnya tentang ancaman akidah umat Islam dari berbagai2 sudut. Saya menyebut "mungkin" kerana saya tidak tahu sebenarnya apakah yang dibincangkan di dalam seminar tersebut, dan apakah isu2 yang ditimbulkan. Bagaimana pun aspek yang perlu dipentingkan di dalam seminar2 seperti ini ialah

PERGINYA ALLAH YARHAM BEKAS MUFTI W.P.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Yusuf Husain, kembali kerahmatullah hari Sabtu 24 Mac 2012 sebelah petang di Hospital Putrajaya. Jenazahnya telah diselesaikan dengan segera, iaitu dibawa balik kerumahnya dan disembahyangkan di Surau Al-Nur, Bangi sebelum Isyak dan terus di bawa ke kubur Sg. Tangkas, dikebumikan dalam jam 9 - 10 malam. Suasana pengkebumiannya amat hening, bersama heningnya suasana malam yang sepi di tanah perkuburan yang terpencil di dalam kawasan berbukit dan dipagari oleh pohon2 yang berbalam2 kelihatan di lindungi oleh kegelapan malam yang sungguh restu itu. Ustaz Sabri Abdul Rahman membaca talqin yang sungguh menyayukan kalbu, membuat pendengarnya insaf dan sedar tentang hal kematian dan kembalinya setiap orang kepada Penciptanya. Talqinnya menjadi suara yang mendayu2 memecahkan kesunyian malam di tengah2 hutan yang hanya dihiasi dengan makam baru dan lama yang berada disekeliling makam Allah Yarham ini, dan yang hanya diterangi bagi memecah kegel
DARAH SAMA MERAH Kita harus bersimpati dengan pembunuhan ke atas orang2 yang tidak berdosa di mana saja perbuatan ini berlaku. Oleh itu kita haruslah mengutuk pembunuhan itu, termasuk yang berlaku di  Toulouse, Perancis dua tiga hari yang lalu, ketika seorang pembunuh telah membunuh seorang "rabbi" dan tiga orang kanak2 Yahudi, di samping beberapa orang pengawal keselamatan Perancis, seperti yang dilaporkan di dalam media.  Hal ini telah lama dibicarakan di dalam dunia antarabangsa, iaitu pembunuhan ke atas orang2 yang tidak secara langsung terlibat dengan perbuatan jenayah atau sebab2 lain yang boleh dijustifikasikan untuk dibunuh, adalah satu perbuatan jenayah yang seharusnya dibenteras dan pembunuhnya dihukum menurut keadilan undang2. Undang2 ini tentulah seharusnya berlaku kepada semua jenis dan golongan manusia di empat penjuru alam ini tanpa sebarang diskriminasi. Oleh itu, berdasarkan hal ini, maka kita juga seharusnya mengutuk dan membawa ke muka penga
PENGIKTIRAFAN UNTUK KIM  Kolej Islam Malaya (KIM) sejak ditubuhkan pada tahun 1955, sehingga berakhir hayatnya pada tahun 1970, sistem pengajiannya merupakan sistem umum, tidak seperti kebanyakan  institusi pengajian tinggi Islam lain, yang dari peringkat awalnya lagi telah memulakan pendidikan Islamnya dengan jurusan tertentu seperti Syari,ah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Para pelajar KIM mempelajari segala subjek agama, syariah, usuluddin dan falsafah, bahasa Arab, bahasa Inggeris, pengetahuan am, sains, bahasa Melayu, malah pendidikan, dan mengikuti kursus perguruan dengan latihan mengajarnya untuk mendapatkan diploma, yang melayakkan mereka menjadi guru yang terlatih. Tanpa jurusan dalam disiplin ilmu keislaman yang tertentu, para pelajar telah dibekalkan dengan ilmu dunia dan akhirat yang mencukupi dari segi asasnya tentang syariah, ilmu kalam, falsafah akhlak, logik, hadith, tafsir, sejarah dan disiplin umum, yang melengkapkan mereka untuk keluar ke tengah2 masyarakat

Flashback KIM

Kalau Kolej Islam Malaya diibaratkan sebagai satu pandangan latar belakang bagi sebuah derama, maka banyak sekali "flashback" yang boleh dilakukan dalam derama ini, termasuk yang telah saya tuliskan tentang nostalgia KIM itu. Hal ini sebenarnya telah banyak saya catatkan dalam buku autobiografi saya "Kembara Kehidupan, Dari Atap Rumbia Ke Gedung Diplomat" yang diterbitkan oleh Yayasan Ilmuan KL, tetapi elok juga di sini saya paparkan sebahagian dari pengalaman itu. Lepasan KIM yang paling menariknya telah melanjutkan pelajaran ke beberapa buah universiti di Timur dan Barat. Banyak yang menyambung pelajaran ke Al-Azhar sehingga ke peringkat ijazah PhD, dan beberapa orang yang memasuki Universiti United Kingdom serta United States juga untuk ijazah MA dan PhD. Setelah mendapat ijazah dan menjadi "orang yang pandai" dalam masyarakat, maka banyak juga yang menceburkan diri dalam bidang pendidikan, mengajar di Universiti tempatan. Amat menarik
NOSTALGIA KOLEJ ISLAM MALAYA : Akhirnya, seperti yang mungkin telah diketahui umum melalui media negara kita, terutamanya media cetak seperti rencana dalam The New Sunday Times minggu ini 11 Mac, 2012, Kolej Islam Malaya (KIM) yang terhenti proses peningkatannya ke tahap sebuah institusi pengajian tinggi telah menampakkan cahaya untuk dijelmakan ke persada tanah air kita sebagai sebuah Universiti yang  dikenali sebagai Universiti Islam Malaysia (UIM). Bagaimana pun, kelahiran UIM ini hanya akan menjadi kenyataan apa bila penubuhan UIM ini diluluskan oleh pihak Kerajaan, yang amat kita harapkan supaya prosesnya akan segera direslisasikan insya'Allah. Namun, seperti yang telah diumumkan, penubuhan UIM, satu hakikat penting ke arah penubuhan Universiti ini ialah, usaha ini pada dasarnya, telah mendapat restu DYMM Raja-Raja kita, sejajar dengan kedudukan Baginda-Baginda sekelian sebagai ketua agama di negara kita ini. Menyebut Kolej Islam Malaya, banyak kenangan lama yang terba

KITA SEMUA IALAH GURU ! DAN KITA SEMUA JUGA MURID !

Pendidikan  amat luas skop dan bidangnya, Pertama ialah  pendidikan formal di sekolah dan institusi pendidikan rasmi, tadika, sekolah rendah, menengah dan seterusnya Kolej dan Universiti. Kedua ialah pendidikan tidak formal, terutamanya  institusi keluarga di rumah, institusi sosial dalam masyarakat,  di pasar, padang bola, perkumpulan, persatuan dan sebagainya.  Pendidikan formal tentulah ada guru, peperiksaan, ijazah dan sebagainya, tetapi pendidikan tidak formal tidak ada ujian, guru atas sifat guru sepenuh masa, tetapi gurunya dalam masyarakat yang mungkin meerupakan teman baiknya, orang2 yang lalu lalang dan sembang2 di kedai kopi, atau tingkah laku dan kelakuan mereka, termasuk tingkah laku dan percakapan penjaga kereta, penjual goreng pisang, dan yang paling berkesan sekali ialah selebreti, ahli politik, ketua2 masyarakat yang berpengaruh. Pendidikan Islam ialah pendidikan keagamaan yang di dapati secara formal dan tidak formal, iaitu mempelejari Islam secara formal

Turki - Negara Bersejarah

29 Februari jam 12.30 pagi, saya suami isteri berangkat dengan MAS ke Istanbul, menyertai rombongan yang telah sedia ada di sana. Misi rasmi dua organisasi : TV Al-Hijrah dan Universiti Islam Malaysia (UIM) Istanbul menyambut ketibaan kami dengan cuaca sejuk paras beku, salji dan angin dingin, memaksa semua orang membaluti badan dengan pakaian tebal dan berat. Kami sampai subuh pagi, keluar dari pesawat seperti percubaan memasuki peti sejuk besar yang beku. Misi TV Al-Hijrah ialah untuk mendapatkan bahan2 keislaman bagi tayangan kepada penonton dan peminatnya, misi UIM ialah mendapatkan pengalaman dari beberapa buah Universiti dan intelek Islam di Turki, kota dan negara bersejarah lama ini. Beberapa kebetulan yang ditakdirkan Allah SWT berlaku, iaitu pertemuan denga seorang Profesor Malaysia seagama dan sebangas yang baru pulang semula ke Turki untuk usaha sama dengan rakan kongsi perniagaannya di Turki. Dulu sama2 mengusahakan kemasukan kereta Proton ke Turki dengan penu