Posts

Showing posts from 2017

PUASA BERLAPAR DAN DAHAGA

Bulan Ramadan hampir habis. Kemungkinan besar Ahad ini Raya. Dan hingga kini, puasa bagi entah berapa ramai orang Islam di seluruh dunia, malah di negara kita juga, hanya seperti yang di sifatkan oleh Rasulullah SAW :"Berapa ramai orang yang berpuasa, yang tidak mendapat sesuatu apa pun selain dari lapar dan dahaga sahaja" Orang yang berperang, berbunuhan di negara2 yang berperang berkemungkinan termasuk di dalam kategori ini, iaitu bulan Ramadan ini mungkin menjadi kan mereka berpuasa, tetapi tidak ada yang mereka manfaatkan, kecuali tidak makan dan tidak minum, lapar dan dahaga, sedangkan hikmah puasa yang lain, yang lebih berbentuk kekuatan rohani dan jasmani, kekuatan azam dan cita2, perilaku dan nilai2 moral, menjadi manusia yang bermoral dan berakhlak, punya cita2 yang lebih kuat untuk bertanggung jawab terhadap diri dan orang lain, hanya tinggal di dalam buku, tazkirah dan kata2 pemanis mulut saja yang sering di keluarkan di mana2 saja terdapat peluang untuk

INSTITUSI TAHUNAN RAMADAN

Institusi yang mendidik seorang bayi itu hingga ke besarnya, seterusnya ke peringkat dewasa dan meninggal dunia adalah mereupakan pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan tidak formal itulah yang pertama mendidik kanak2, seperti pendidikan ibu bapa, media : Tv dan lain2, kemudian pendidikan luar rumah termasuk institusi sosial, bisnes, dan lain2 Bila anak2 yang sampai masanya pergi ke tadika dan sekolah, maka pada masa itulah dia menerima pendidikan formal, dari tadika hingga ke Uniiversiti, dan dalam peringkat2 inilah dia mempelajari ilmu dan membangunkan potensi serta perwatakannya untuk masa muka dengan mempelajari berbagai2 bidang ilmu pengetahuan dari guru sekolah dan para pensyarah university. Dalam sistem Islam, para pelajar mempelajari ilmu secara formal dan tidak formal. Pendidikan formal di lalui oleh umat manusia awal melalui gurunya yang terdiri dari para Nabi dan Rasul yang di ututskan Allah kepada umat dan kaumnya yang tertentu. .. Tetapi bagi umat manus

Hari ke-8 Berpuasa - hari berkabung

Anak2 itu, sekumpulan pelajar tahdiz,  menumpang kenderaan, menuju ke satu program Quran, pada pagi itu, tiba2 terlibat kemalangan ngeri, berdarah dan ada yang kehilangan nyawa. Dipandang dari sudut mana sekali pun, insya'Allah yang meninggal, tepat pada hari baik, Jumaat, dan bulan baik, dalam bulan puasa. Insya' Allah mereka mendapat tempat yang mulia di sisi Allah. Sunnat Allah, juga takdir Allah, mengatasi segala2nya. Tetapi terdapat sunnah alam, yang boleh di pelajari dari kejadian alam, yang perlu di ketahui sejauh manakah kuasa manusia dan ikhtiarnya untuk menolak kemlangan dan sesuatu yang boleh mengorbankan nyawa dengan memahami sunnah alam ini, juga dengan meletakkan di dalam pengetahuan kita akan sebab musabab yang membawa kemalangan. Sekiranya semua ini telah di pelajari dan disedari, tiba2 berlaku juga kehendak Allah, maka hal ini tidak dapat di tafsir dan di salahkan sesiapa, memang kehendak Allah. Para pemandu kini, banyak yang sabar dan mengikut sunnah

SUJUD SAJDAH SUBUH HARI KE-7 PUASA

Puasa hari ke-7 tiba pada hari ini, Jumaat…dan seperti yang di amalkan, setiap Jumaat, ketika menunaikan solat subuh, para jemaah bersujud ketika di bacakan ayat tertentu dari surah As-Sajdah selepas Al-Fatehah rakaat pertama. Hal ini telah menjadi amalan yang biasa di negara kita.  Zaman saya masih kanak2 dulu, amalan ini tidak dilakukan, kerana pada masa itu, bersolat subuh dilakukan seperti biasa setiap hari tanpa kecuali. Dulu memang lah orang Melayu kita melakukan ibadat solat secara yang asasi dan agak mudah. Terawih pun hanya di lakukan dengan membaca surah2 pendek selepas Al-Fatehah, iaitu mulai dari surah “Al-Takathur” (Alhakumut-Takathur) dan berakhir dengan surah “Al-Masadd” (Tabbat Yada Abi Lahab) cukup 20 rakaat, dan imam kampong pada masa itu pun jarang sangat terdapat Hafidz seperti sekarang. Lebai2 kampung saja yang biasanya menjadi imam sembahyang, tidak bergelar hafidz. Alhamdulillah orang Islam di negara kita amat memahami tentang sujud sajdah ini, yang diama

FIKIRAN MELAYANG ? BARU 6 HARI BERPUASA

 FIKIRAN BERTERBANGAN ENTAH KE MANA Berpuasa di kampong dulu2, atau mungkin sekarang juga, amat rapat dengan alam tabie dan peredarannya. Bangun sahur dan seterusnya menunggu waktu Subuh, orang kampong hanya di ulet oleh suasana sepi dan pekat malam. Tidak ada suara burung2, ayam itek, lembu kambing seperti yang kedengaran pada waktu siang. Ada tak ada pun kadang2 sangat, terdengar suara kucing bergaduh sama sendiri, atau sedang bersuara nyaring mencari kawan. Suara kucing sayup2 yang membelah keheningan malam dan awal subuh inilah yang sering di gunakan oleh ibu2 kampung yang sedang menidurkan anak kecilnya supaya diam dan pejam mata segera… Ramadan juga mendekatkan kita dengan alam tabie. Pekat malam ketika kita menghadapi hidangan sahur, kemudiannya mulai cerah, memperlihatkan fajar menyingsing di kaki langit, dan ketika inilah ramai orang yang telah pun berjalan balik dari masjid atau surau, dan suara burung unggas mulai terdengar, atau suara ibu2 ayam yang berarak dengan a

KENANGAN DI HARI KE 5 BERPUASA

Bulan puasa sering juga membawa ingatan kita kepada ibu bapa yang telah pergi meninggalkan kita, sama ada baru atau lama. Ingatan kita sering kembali ketika kita masih kecil, baru belajar puasa, atau hanya baru bersekolah rendah, iaitu satu kenangan lama yang selalu kita ingat. Bagi saya, ingatan itu kembali ke satu era yang lama, ketika kehidupan di kampong tanpa api letrik dan air paip, hanya pelita minyak dan air perigi. Bapa saya sering memandikan kami adik beradik di perigi di waktu petang, bersedia untuk buka puasa, dan emak kadang2 menjemur padi di tengah panas, kemudian panggil Cin Kelam untuk upah tumbuk padi dengan menggunakan lesong kaki. Anak2 zaman ini tidak faham semuanya ini, kerana suasana dan kerja2 ini hanya di fahami oleh orang2 dulu, ketika zaman lama, dan ketika orang2 kampung hidup serba ada saja, namun kehidupan zaman itu agak sejahtera dan bahagia. Bapa saya menjawat jawatan Penghulu masa itu, satu jawatan besar di dalam kampong, yang sama kedudukanny

RENUNGAN UNTUK HARI KE-4 BERPUASA

Al-Quran memberikan pengajaran kepada hamba2 Allah bahawa mereka mempunyai daya pemikiran dan kehendak hati untuk di ikutinya…Dua orang wanita yang menjadi isteri Nabi Allah, iaitu isteri Nabi Lut dan Nabi Nuh, sepatutnya menjadi orang yang soleh kerana suami mereka adalah Nabi Allah, namun seperti yang di terangkan oleh Allah di dalam Surah Al-Tahrim ayat 10 ; “…mereka berdua berada di bawah jagaan dua orang hamba yang soleh dari hamba2  Kami,  dalam pada itu mereka berlaku khianat kepada suami masing2, maka kedua2 suami mereka tidak dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari (azab) Allah…” Sebaliknya, isteri Fir’aun  tidak pun terjejas imannya walau pun menjadi isteri Fir’aun yang jelas kekufurannya, seperti yang dijelaskan oleh Allah di dalam surah Al-Tahrim ayat 11…. “…Allah mengemukakan satu misalan perbandingan kepada orang2 Mukmin, iaitu hal isteri Fir’aun ketika ia berkata ‘Wahai Tuhanku, binalah untuk ku sebuah rumah di sisi-Mu di dalam syurga, dan sel

DAH TIGA HARI PUASA?

PEMUDA PENGHUNI GUA: WATAK ANAK MUDA Ada orang merasakan bahawa masa berjalan dengan cepat sekali, dan ada orang lain yang merasa amat lambat. Hal ini semua terhenti kepada keadaan sekeliling dan perasaan dalaman mereka. Kalau bagi orang pelarian perang Syria yang merasakan semuanya amat menyakitkan perasaan dan fizikal mereka, maka mereka tentulah merasakan masa satu hari berlalu seolah-olah hampir seminggu atau sebulan. Tetapi bagi orang Malaysia yang banyak makan minum, tidak mengalami peperangan, happy go lucky pula, dia tentulah merasakan masa ini berjalan agak biasa, malah kadang2 merasakan masa berjalan amat cepat, tidak terasa telah berpuasa tiga hari Namun tiga hari tetaplah tiga hari, tak boleh di ubah2 lagi. Para pemuda penghuni gua seperti yang di ceritakan oleh Al-Quran sebagai Ashabul-Kahfi, tidur begitu lama, tetapi bila terbangun mereka berselisih pandangan, ada yang kata mereka hanya tidur sehari semalam, atau setengah hari saja, kata yang lain.

2 RAMADAN 1438

Pada permulaan puasa, rupa2nya Malawi City di Filipina mengalami pembunuhan yang di dakwa dilakukan oleh golongan ISIL atau ISIS dan yang amat gawat sekali ialah terdapat berita yang mengatakan bahawa beberapa orang pejuang itu adalah terdiri dari rakyat Malaysia. Namun sekiranya tidak melibatkan pejuang Malaysia sekali pun, tetapi lokasi kejadian amat membimbangkan kita, kerana sayap keganasan itu nampaknya mulai mehampiri daerah kita. Selama ini kita tidak pernah menduga bahawa besar kemungkinan anak-anak muda kita akan turut terlibat dengan gerakan pembunuhan dan kekacauan ini. Malah kita  merasa bangga bahawa akhir2 ini, sejak berlakunya kesedaran yang amat besar tentang penghayatan agama, termasuk kanak2 yang di ajar membaca ayat2 Al-Quran doa dan zikir, melakukan ibadat Solat, dan menghadiri kelas2 tahfiz yang menambahkan keimanan dan keperibadian sebagai Muslim di negara kita, semuanya itu menunjukkan bahawa pelajaran agama telah di berikan perhatian oleh pemerint

AWAL RAMADHAN 1438

Hari Sabtu 27 Mei 2017 umat Islam mulai berpuasa tahun ini..Puasa datang dan pergi kesekian kalinya, dan umat Islam meneruskan ibadat ini selagi dunia masih belum kiamat. Hari ini seperti biasa, umat Islam negara kita sekali lagi memulakan ibadat ini dengan setianya. Malah ibadat puasa memerlukan kesetiaan dan keikhlasan. Tanpa ikhlas, hamba Allah boleh berpuasa kerana tujuan lain, bukan kerana menunaikan ibadat yang di tuntut Allah dan untuk mencari keredaan Allah. Sebab itulah setiap ibadat dalam Islam memerlukan NIAT, dan niat nya ialah kerana Allah yang memerintahnya, maka hamba Allah mestilah patuh kepada perintah Allah. Kebiasaan rutin hamba Allah di luar Ramadan ialah makan dan minum tanpa mengira waktu. Kalau di pejabat, selepas bersarapan, maka pada jam 10 perlukan kelepasan untuk minum, dan kelepasan makan tangah hari berikutnya, kemudian dalam jam tiga perlu ke kanteen lagi. Namun apa bila seseorang itu berniat untuk puasa hari berikutnya, maka dia tidak akan m