Posts

Showing posts from February, 2015

PERSIDANGAN: MEMERANGI KEGANASAN

RABITAH AL 'ALAM AL ISLAMI Akhirnya Pertubuhan Lega Islam Sedunia (Al-Rabitah) yang beribu pejabat di Makkah Al Mukarramah telah mengambil keputusan untuk menganjurkan satu persidangan antarabangsa tentang memerangi keganasan. Persidangan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Makkah pada 3 - 5 Jamadil Awwal ((22 - 24 Februari 2015) dengan dihadiri oleh semua wakil Lega tersebut dari seluruh dunia. Saya menghadirinya sebagai salah seorang wakil dari Malaysia, juga atas sifat saya sebagai anggota Majlis Tertinggi Masjid Sedunia di bawah Lega ini. Pada tahun lalu, Lega ini menganjurkan juga satu persidangan lain dalam peringkat yang sama, iaitu dengan tema yang membicarakan tajuk Kesepaduan dan Kesatuan Ummah. Pengisian Persidangan amat baik. Ilmiah, berhikmah dan luas sekali skop perbicaraannya, dengan beberapa personaliti akademik, ulamak dan pendakwah dunia Islam. Dari segi inputnya, amat banyak bahan yang di kemukakan. Pengisian dari ajaran Al-Quran dan

KEMBALINYA SEORANG TOKOH

PERGINYA TOK GURU NIK AZIZ Saya menjadi KP IKIM dari tahun 1992 hingga 2002. Dalam tempoh yang tersebut MB Kelantan Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz pernah mempelawa IKIM untuk menjadi penganjur seminar kebangsaan tentang kewangan Islam di Kota Bharu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.  Seminar tersebut telah di adakan di ibu kota Kelantan dan di hadiri oleh ADUN dan MP yang di jemput khas oleh MB. Allah Yarham sendiri menghadiri dan mengikuti semua perbincangan di dalam Seminar tersebut. Semenjak waktu yang tersebutlah saya dan Tok Guru menjadi teman yang agak rapat, terutamanya apa bila saya berkahwin dengan orang Kelantan dalam tahun 2008 dan sering juga bertemu beliau ketika saya berkunjung ke Kelantan, iaitu ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga Isteri dan perjumpaan Hari Raya dan sebagainya. Beliau masih dapat mengecam wajah saya dan mengingati segala sesuatu mengenai Seminar bersama yang kami anjurkan itu, meskipun masanya telah berlalu agak lama.

Majlis Agama Islam Negeri- Negeri Perlu Selaraskan .....

Bubarkan Perkahwinan Sebelum Menganut Islam Demikianlah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang disiarkan oleh media pada hari ini dan mendapat sanjungan banyak pihak sebagai satu jalan bagi menyelesaikan masalah yang timbul selama ini di negara kita sehingga terbawa-bawa ke dalam mahkamah. Memang dari segi konsep cadangan ini nampaknya merupakan satu penyelesaian yang baik, tetapi dari segi kesatuan dasar yang seharusnya mencerminkan kesepaduan umat Islam di negeri-negeri di Malaysia adalah agak menyimpang dari ruh kesatuan Islam dan kesepakatan ummah kita, apa lagi yang melambangkan imej Islam yang merupakan agama Persekutuan di dalam Perlembagaan kita. Saya berpendapat bahawa satu langkah penyelarasan dan korordinasi di antara semua Majlis Agama Islam Negeri haruslah di usahakan agar kesatuan pemikiran dan pendirian yang sama oleh semua negeri dapat diperolehi sebagai satu suara pihak berkuasa agama keseluruhannya di negara kita

KENYATAAN DR TARIQ RAMADAN DAN PERMAINAN MEDIA....

Dr Tariq Ramadan ketika menyampaikan ucapannya dalam satu kongres "Islam Rahmatan Lil 'Alamin " di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2015 menegaskan bahawa orang Islam di Malaysia  yang mengkeritik pihak Barat haruslah mencerminkan muka sendiri terlebih dahulu dengan mengakui akan perlakuan yang tidak adil terhadap orang bukan Islam di negara mereka sendiri. Teks yang saya baca berbunyi begini di dalam bahasa Inggeris { Malaysian Muslims complaining of discrimination by the West should first acknowledge the injustices against minoroties in their own country} Dalam konteks ini Malay Mail online meletakkan tajuk berita " Look in the mirror, Muslim don tells Malaysians critical of Western discrimination" Masalahnya : *Kenyataan beliau tentang western discrimination terlalu umum *Apakah western discrimination itu dapat disamakan dengan kenyataannya bahawa orang Islam di Malaysia juga sebenarnya melakukan diskriminasi terhadap orang bukan Islam? Dar