Posts

Showing posts from February, 2018

PERLU KEPUASAN BERSAMA

Top of Form Kes Indira Gandhi dan keputusan mahkamah tentang kes ini minggu lepas berlaku dengan baik di negara kita. Umat Islam Malaysia termasuk dalam kategori umat yang rasional,tenang dan toleransi yang tinggi. Sebab itulah tidak berlaku sebarang tindakan yang ganas dan emosional seperti yang berlaku di sebahagian besar negara lain masa kini. Maka kita haruslah mempertahankan budaya dan tradisi Melayu Islam yang amat ideal ini, dan semoga semua kalangan masyarakat menghormati tindakan ini. Namun jauh di sudut hati sebahagian besar insan yang bertamadun dan penyabar ini mereka amat berharap agar terdapat ruang perundangan dan Perlembagaan negara yang berteraskan kekuasaan DYMM Raja2 Melayu serta Perlembagaan negara, maka kes   ini dapat di usahakan supaya ianya dapat di putusakan secara yang lebih berpijak di bumi nyata di tanah air dan negara ini, serta budaya mereka semua... Usaha perundangan dan adat resam di negara pusaka ini haruslah juga di raikan dalam membuat s

POLITIK DAN AGAMA

Politik ialah satu disiplin ilmu ciptaan manusia untuk pemerintahaan dan kerajaan yang mempuyai sistem yang terbaik. Agama ialah dasar kepercayaan dan amalan manusia berpandukan sistem ketuhanan, dan bagi Islam ialah ketuhanan yang maha esa, Allah SWT. Dua disiplin ilmu ini haruslah di fahami dengan baik untuk membina kehidupan manusia yang sejahtera di dunia dan akhirat bagi kita umat Islam, atau kehidupan dunia yang harmoni bagi berbagai etnik  manusia dari kepelbagaian agama, atau yang tidak bertuhan. Politik menjadi rosak apabila orang yang mengamalkannya bersikap taksub melulu, dan bagi manusia zaman ini yang menubuhkan parti politik, maka kepincangan politik ialah kerana pengamalnya terlalu partisan, dan taksub kepartian melulu. Politik dan agama seharusnya berdasarkan kejujuran, nilai2 murni akhlak dan moral yang baik, memahami tentang dasar agama berkaitan dengan keadilan, amanah, tanggung jawab, dan mempraktikkan nilai moral yang baik. Pengamal politik zama

KABAR DARI NEGARA KU

Image
KABAR DARI NEGARA KU Alhamdulillah. Kita sentiasa bersyukur kepada Allah atas segala nekmat dan kebahagiaan hidup serta kepuasan rohani yang sedang kita kecapi. Syukur. Namun kita juga insaf dan sedar akan kesengsaraan dan kepahitan hidup yang melanda masyarakat dan orang ramai, sama ada disedari atau tidak di sedari. Kita membaca berita dari Nibung Tebal hari ini (Jumaat 2 Februari 2018) betapa sedihnya hati ibu bapa dan keluarga serta semua yang mengetahuinya bagai mana seorang pelajar perempuan, berumur 14 tahun, telah mengambil nyawanya sendiri, dengan menggantungkan dirinya di dalam bilek, kerana menghadapi tekanan apa bila dia di tuduh mencuri telefon bimbit gurunya di sekolah. Amat menyedihkan pula membaca berita bagaimana mayat seorang bayi yang baru di lahirkan di jumpai di luar sebuah masjid di Jitra berbalut kain batik. Dari Seremban di beritakan bahawa orang ramai tidaklah harus membuat spekulasi sendiri tentang kematian dua orang guru