KERUNTUHAN MORAL: DI MANAKAH SALAHNYA? Saya rasa perbuatan warga kita melanggar undang2 terafik juga adalah merupakan soal moral yang kelihatan mulai terhakis dengan seriusnya di negara kita. Kita jangan menganggap bahawa melanggar undang2 terafik atau lalu lintas itu satu perkara kecil yang tidak termasuk dalam perlanggaran moral atau akhlak yang baik, kerana dari melanggar peraturan lalu lintas inilah membawa seseorang itu kepada persediaannya untuk melanggar peraturan dan undang2 yang lain, seperti peraturan dan adab menghormati harta benda orang lain, maruah orang lain, kehormatan anak gadis dan wanita2 lain, hinggalah kepada menghormati nyawa orang dan seribu satu masalah lain lagi yang sering dilanggar dan dicabuli di dalam masyrakat kita pada hari ini. Saya teringat untuk menulis hal ini ialah kerana terbaca berita pada 26 September yang lalu apabila Ketua Pengarah JPJ memberitahu media bahawa sistem pemasangan kamera untuk mengawasi lalu lintas dan menangkap pesalah la
Posts
Showing posts from September, 2012
- Get link
- X
- Other Apps
INNOCENCE OF MUSLIMS : KESINAMBUNGAN CERCAAN Apa-apa yang diketengahkan pada masa kini oleh orang2 yang ingin menyakiti dan mencabar perasaan orang2 Islam adalah merupakan kesinambungan dari cercaan dan cabaran melulu yang pernah berlaku dalam sejarah hidup baginda Rasulullah SAW sendiri. Ketika baginda mula2 membawa wahyu dan ajaran Allah SWT supaya disampaikan kepada orang2 musyrikin dan orang2 yang menentang agama Allah sebelum kedatangan baginda Rasulullah SAW lagi, maka tindak balas dan reaksi orang2 yang menentang baginda dan menentang agama Allah itu amatlah hebat dan keterlaluan sekali, Kita membaca di dalam Al-Quran bagaimana para musuh baginda memfitnah dan membohongi baginda, memberikan berbagai2 gelaran kepada baginda, menuduh baginda sebagai seorang penyair yang mengarang dan mencipta Al-Quran sendiri, bukannya datang dari Allah SWT, menuduh baginda sebagai seorang gila, ahli sihir dan sebagainya, selain dari menyakiti baginda secara fizikal dan psikologi
- Get link
- X
- Other Apps
INNOCENCE OF MUSLIMS DAN SEKAWAN SERIGALA Saya pernah terbaca sebuah kisah sejarah agak lama dulu tentang keadaan umat Islam yang sering bersengkita dan berkelahi sesama sendiri. Kalau tak salah ingatan saya, seorang hukamak atau pendeta Islam pada masa itu telah ditanya oleh para sahabatnya: Apakah akan jadi kepada umat Islam ini pada masa hadapan kerana mereka nampaknya asyik berselisih pandangan sehingga kadang2 membawa kepada pergaduhan fizikal yang mengancam keselamatan diri mereka masing2 sekiranya tidak terdapat orang tengah diantara mereka yang dapat meleraikannya. Hukamak itu menjawab: Tak usahlah dibimbangkan wahai saudaraku, kerana orang Islam ini adalah ibarat sekumpulan serigala yang sering bercakaran dan bergomol sesama sendiri, tetapi mereka akan segera bersatu sekiranya mereka terpaksa berhadapan dengan musuh bersama yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan mereka. Mereka akan bersatu mengumpulkan kekuatan bersama untuk mengalahkan musuh mereka itu! Cer
- Get link
- X
- Other Apps
INNOCENCE OF MUSLIMS DAN AKIBATNYA Innocence of Muslims ialah tajuk filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam dan mengakibatkan 3 kematian di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Libya, termasuk Dutanya, iaitu satu manifestasi kemarahan dan keganasan yang dilakukan oleh para perusuh di Libya, kerana filem ini telah menggambarkan penghinaan terhadap Nabi Muhammad dan Islam sendiri. Para perusuh telah melepaskan kemarahan mereka dengan membunuh ketiga-tiga mangsa tersebut. Selain dari Libya, para perusuh dan penunjuk perasaan ganas berlaku juga di Yemen, Iraq, Iran, Cairo, Baghdad dan Bangladesh, dan semuanya melakukan bantahan itu di kawasan Kedutaan AS di negara masing2. Para penunjuk perasaan memperotes di Kedutaan AS kerana apa2 saja serangan terhadap Islam dan Nabi Muhammad adalah ditafsirkan sebagai perbuatan yang didorongkan oleh dasar AS sendiri terhadap Islam, secara langsung atau tidak langsung, tambahan pula di Beijing, menurut berita media, agensi berita rasmi Chi
- Get link
- X
- Other Apps
APAKAH KITA JUGA SEDANG BERADA DI AMBANG KERUNTUHAN AKHLAK ? Istilah akhlak bebeza dari istilah adab pada umumnya. Di dalam budaya kita apabila disebut adab, maka yang difokuskan ialah adab pergaulan kita, adat dalam sistem sosial orang Melayu, terutamanya di antara anak2 dan orang tua, seperti ketika sekumpulan orang2 tua sedang berbual sesama sendiri, maka kanak2 tidaklah boleh masuk campur, ketika orang tua duduk di atas lantai, kanak2 tidak boleh duduk di atas kerusi, atau tempat yang lebih tinggi dari tempat duduk orang tua, dan ketika orang tua duduk, kanak2 tidak boleh melintas dari belakang, haruslah lintas di hadapan dengan menundukkan badan dan menghulur tangan ke bawah, atau kalau terpaksa melintas dari belakang juga, maka hendaklah minta izin nak lalu di belakang. Inilah contoh beberapa adat tradisi orang Melayu, yang termasuk di dalam adab sopan kita, dan hal yang sama juga dapat dikatakan ketika hendak makan, minum, bercakap dan sebagainya, iaitu ketika makan