Posts

PUASA HARI KE-9: KITA TIDAK HARUS GANGGU AGAMA LAIN...

9 RAMADHAN 1434 Selamat menjalani ibadat puasa Ramadhan hari ke 9 pada hari ini. Ramadhan tahun ini di beberapa buah negara Islam datangnya membawa derita dan sengsara yang bersangatan. Umat Islam di Mesir berpuasa dalam kerisis politik yang serius. Ribuan umat Islam di sana berbuka puasa, menunaikan sembahyang terawih, bersahur dan berehat tidak menentu. Di Syria rakyatnya menjadi pelarian perang di antara Ketua Negara dan rakyat. Jutaan pelarian perangnya bersusah payah berpindah randah ke negara lain mencari perlindungan. Kita di Malaysia, umat Islam berhadapan dengan kerisis, tetapi agak ringan dan tidak mengancam keselamatan nyawa. Gangguan yang pada pandangan saya amat mengecewakan, menimpa umat Islam dengan beberapa penghinaan seperti gambaran orang berbuka puasa dengan makanan kaum Cina yang punya logo Halal, sedangkan  makanannya adalah haram. Yang agak serius ialah kenyataan Duta Vatican yang menyalakan kembali isu kalimah Allah, yang selama ini hanya berkisar ...

PUASA HARI KE-8: KITA SAJA YANG BETUL KETIKA BERKONFLIK?

8 RAMADHAN 1434 Ketika melakukan ibadat puasa, maka salah satu matlamat puasa ialah melatih kita supaya bersabar dan menginsafi perhubungan kita dengan Allah SWT, juga perhubungan kita dengan sesama manusia. Ketika berselisih pandangan dengan orang lain dalam sebarang isu atau masalah, maka hendaklah kita mencuba bagi meletakkan diri kita di tempat orang itu. Tetapi sudah menjadi tabiat kita bahawa kita selalu berat sebelah, iaitu berpihak kepada diri kita sahaja. Inilah sifat ego kita yang sering tidak mahu belajar sesuatu dari orang lain. Hal inilah yang sering menyebabkan stress dan ketegangan dalam diri kita tanpa sebab yang munasabah. Lain kali sekiranya kita berselisih pendapat dengan orang lain, cubalah membuat strategi bahawa kita bersetuju dengan pandangan orang itu. Kita berkemungkinan besar pada masa itu akan dapat menemui sesuatu kebenaran, iaitu dalam beberapa hal, mungkin dia benar dan sesetengah pandangan kita adalah juga benar, sebab tidak semua yang kita per...

HARI KE-7 PUASA : KISAH PEPERANGAN, PERANG BESAR ATAU KECIL..?

7 RAMADHAN 1434 Dalam bulan Ramadhan, banyak medan perang yang perlu kita harungi, terutamanya dalam memerangi hawa nafsu sendiri. Oleh itu kita haruslah bijak memilih medan perang manakah yang hendak kita ceburi supaya kita sentiasa menjadi orang yang menang. Kata-kata hikmah yang sering dibaca dalam bahasa Inggeris berbunyi " Choose your battles wisely" pilihlah peperangan manakah yang hendak kita ceburi dengan berhikmat dan bijak, kerana dalam hidup ini, kita terpaksa berperang di dalam banyak medan peperangan. Oleh itu diantara sekian banyak medan perang, atau peperangan itu sendiri, kita haruslah bijak memilih, peperangan manakah yang seharusnya kita berikan keutamaan, dan peperangan manakah yang hanya merupakan perang remeh temeh, yang tidak seharusnya kita letakkan di dalam senarai yang teratas sekali, atau yang seharusnya dilupa dan diabaikan saja. Dalam masyarakat kita terdapat banyak orang yang akan "berperang" dalam segala perkara, berhujah, be...

RAMADHAN HARI KE-6 COMPASSION: APAKAH MAKNANYA?

PUASA HARI KE-6 Bulan puasa yang nampaknya berlalu dengan agak pantas, memasuki hari ke-6 pada hari ini, menyerlahkan  semangat persaudaraan yang tinggi di antara umat Islam. Ibadat puasa mendidik orang Islam merasa simpati, bertimbang rasa dan sentiasa menterjemahkan perasaan belas kasihan sesama sendiri dengan menghulurkan sedekah dan derma kepada anak-anak yatim, fakir miskin dan orang-orang yang ditimpa kemalangan dan sebagainya.. Surau dan masjid dengan mewahnya menyediakan jamuan berbuka puasa dan moreh, menjamu anak-anak para jemaah, malah orang ramai mengeluarkan derma kepada anggota masyarakat yang memerlukan bantuan, bukan hanya setakat di dalam negara, tetapi hingga ke Palestin dan lain-lain.  Dalam bulan puasa inilah juga umat Islam yang mampu akan mengeluarkan zakat kepada pusat pungutan zakat negeri-negeri, dan akhirnya akan membayar zakat fitrah menjelang syawal nanti.  Inilah maknanya compassion di dalam istilah Inggeris yang cuba saya persoalk...

RAMADHAN HARI KE-5: HENTIKAN KERJA MENUDING JARI....

5 RAMADHAN 1434 Puasa mendidik seorang Muslim supaya membuat  penilaian diri melalui ibadat puasa yang dilakukannya setiap hari. Ketika masuk berbaring di atas tempat tidur setiap malam sebelum terlena, dia haruslah membuka kembali sejarah hariannya dari pagi, iaitu ketika mulai berpuasa pada waktu imsak, sehingga waktu akan tidur pada malam itu. Pejam mata dan tarik nafas sebentar, lalu ingatkanlah segala tindakan, perbuatan dan pemikirannya dalam jangka masa yang tersebut. Dia sahajalah yang mengetahui positif dan negatif, kuat dan lemah dirinya yang menentukan kualiti dan mutu ibadat puasanya pada hari itu. Penilaian dan muhasabah diri yang dilakukannya dengan penuh ikhlas ini bakal memberikan pelajaran yang berguna kepadanya untuk mempertingkatkan mutu ibadah dan cara hidupnya yang perlu dijalani di dalam ibadat puasanya sepanjang Ramadhan ini, malah seterusnya akan menjadi tabiatnya, sehingga melewati masa berpuasanya dalam bulan Ramadhan. Dalam bermuhasabah ...

RAMADHAN HARI KE-4 : BICARA CINTA

4 RAMADHAN 1434 Ramai para perantau dari bandar, terutamanya bandar besar seperti Kuala Lumpur,  yang pulang ke kampung menjelang cuti hujung minggu ini bertujuan untuk menghabiskan waktu dengan ibu bapa dan keluarga, berbuka puasa, bersahur, ke surau atau ke masjid  bersama-sama.  Tidak ada masa yang semanis dan semesra detik yang dirasakan oleh anggota keluarga daripada masa berpuasa, berbuka, bersahur dan berbual-bual dalam bulan Ramadhan yang berkat ini dengan orang-orang tersayang, yang termasuk dalam kisah cinta manis antara manusia. Permulaan yang baik sekiranya dirancangkan dalam bulan Ramadhan ini, iaitu mengunjungi orang yang tersayang dan tercinta, sekurang-kurangnya setahun sekali atau dua, iaitu ketika bulan Ramadhan dan Hari Raya, merupakan saat dan ketika yang amat manis dalam kehidupan kita. Hal ini sering menggembirakan perasaan dan mental kita, melupakan saat-saat dukacita atau gangguan emosi yang sering dialami manusia ini. Namun begitu,...

RAMADHAN HARI KE-3: PERFECTION DAN INPERFECTION......

3 RAMADHAN 1434 Realiti dan hakikatnya bahawa ibadat puasa adalah tergolong di dalam beberapa kategori yang tertentu, dan hal ini menunjukkan bahawa kita harus menerima kenyataan bahawa segala sesuatu yang ada pada diri kita, atau yang kita lakukan itu, tidak selalunya "perfect" dan sempurna.  Kamus Inggeris memberikan pengertian   perfect: 1.complete, entire, 2.faultless, 3.exact iaitu sesuatu yang amat syumul, sempurna, tidak ada cacat celanya, tidak ada kekurangan sama sekali, sama ada dalam tindakan atau perbuatan kita, malah tutur kata, ilmu dan kemahiran kita, cara hidup kita, kerja kita, dan sebagainya. Memang semua orang seharusnya berusaha untuk menuju kepada matlamat yang sempurna, yang dapat memenuhi krtiteria dan termasuk dalam golongn yang   perfect , supaya kita menjadi orang yang perfectionist . Maka dalam menjalani kehidupan ini, banyak sekali orang yang mengalami sakit jiwa, atau sekurang-kurangnya merasa rendah diri ( inferior) yang ...