Posts

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN

DI MANAKAH SALAHNYA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM KITA? Pendidikan merangkumi pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan Islam juga termasuk pendidikan tidak formal, secara langsung atau tidak langsung, yang diberikan oleh para ibu bapa, ahli keluarga, pemimpin masyarakat, anggota masyarakat, pemimpin politik, media cetak dan letronik, NGO's dan sebagainya. Pendidikan agama formal dijalankan di institusi pendidikan rasmi, sekolah, kolej, universiti dan pusat-pusat pendidikan Kerajaan dan swasta lainnya, termasuk sekolah agama, tahfiz dan lain-lain.... Persoalannya: adakah pendidikan agama di semua sektor ini, formal dan tidak formal, pusat dan institusi pendidikan agama Kerajaan dan swasta, telah berjaya menjalankan tugas mereka yang berkesan dalam melahir dan membentuk "produk"nya, khususnya generasi muda dan baru, menjadi anggota masyarakat dan warga negara yang baik dan sempurna? Secara mudahnya, tanpa kajian dan penyelidikan akademik, kita dapat memerhati...

PENGEMIS DARI SYRIA

AKIBAT PEPERANGAN DUNIA ISLAM Kita, sebagai orang awam dari negara yang jauh dari negara bergolak di Asia Barat, tidak mengetahui politik sebenarnya yang menyebabkan kekacauan dan peperangan saudara yang berlaku di dunia Islam di rantau itu. Kita hanya dapat menonton segala peristiwa yang berlaku. Askar dan orang awam membawa senjata canggih, menembak dan berlari mencari tempat perlindungan sambil melepaskan tembakan, malah bergegas di celah-celah mayat yang bergelimpangan, mencari musuh dan lawan untuk dimusnahkan. Di satu segi, kereta dan lori yang sarat dengan bahan letupan, tiba-tiba meletup dan terbakar, memusnahkan mangsa dan bangunan di sekeliling dengan hebatnya. Kadang-kadang di tempat kediaman, pasar, kedai, restoran, malah sekolah dan tempat pendidikan, atau lebih hebat lagi di masjid. Bangunan keseluruhannya di dalam satu bandar kelihatan lusuh di makan peluru dan roket, hampir sujud menyembah bumi, tanpa penghuni, akhirnya musnah, runtuh seperti bangunan ...

SEMPENA BULAN MAULIDURRASUL

MAKKAH SESAK Makkah nampaknya sesak sepanjang masa. Namun ketika saya berada di sana, kesesakannya luar biasa, sama saja seperti musim haji. Terdapat para jemaah yang mengatakan bahawa ramai orang datang mengerjakan ibadat umrah ketika ini ialah kerana udara agak baik, tidak panas, dan sempena pula dengan kehadiran bulan Rabi'ul Awwal, bulan keputraan Rasulullah SAW. Kesesakan menjadi berlipat ganda pada hari Khamis, malam Jumaat dan berlanjutan sehingga ke pagi Ahad, kerana seperti yang saya nyatakan terdahulu, bahawa Saudi telah menukar hari kelepasan mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu, tidak lagi Khamis dan Jumaat seperti tahun lepas. Biasanya wwarga negara Saudi akan mengambil kesempatan dari cuti mingguan ini untuk mengerjakan umrah dan beribadat di Makkah, termasuk jemaah dari jauh seperti Dammam, Riyadh, dan tempat-tempat lain lagi. Saya lihat ramai sekali para jemaah dari Iran, Turki, India/Bangladesh, dan rakyat Arab sendiri, termasuk dari negara-negar...

WEEK END DI MAKKAH

MAKKAH SELEPAS ISTANBUL Saya membuat catatan ini di lapangan terbang Jeddah sementara menunggu keberangkatan pesawat MAS jam 10 malam ini waktu Saudi (3 pagi 3 Februari waktu kita di Malaysia) Catatan ini bolehlah saya namakan sebagai catatan hujung minggu di Saudi, kerana semasa saya bertugas di ibu kota Saudi, Riyadh, cuti mingguannya ialah Khamis dan Jumaat. Tetapi kini cuti mingguan itu telah diubah kepada hari Jumaat dan Sabtu. Inilah cuti hujung minggu Saudi. Catatan saya ialah mengenai keluar masuk ke Saudi. Hendak masuk dan keluar dari Saudi ini, pemeriksaan keselamatan dan imegresen nampaknya amat ketat. Ketika saya sampai ke Jeddah lima hari yang lalu, saya beratur dengan sabar untuk pemeriksaan imegresen dan kastam selama hampir dua jam. Dan untuk keluar dari Jeddah masa yang diambil lebih pendek, kira-kira 45 minit sahaja. Kerajaan Saudi tentulah mengambil langkah ketat ini kerana dunia semuanya, termasuk dunia Islam, sering menjadi sasaran keganasan, intipan...

TAKUT YANG TIDAK BERASAS

BENARKAH TURKI BERGOLAK? Saya menaiki pesawat MAS menuju ke Istanbul, Turki, selepas tengah malam, 24 Januari 2014. Seperti termaklum, saya pergi ke KLIA  pukul 9.00 malam 24 Januari, dan bertolak meninggalkan KLIA pukul 12.30 selepas tengah malam 24 Januari itu, maknanya saya ke Istanbul jatuh pada hari Sabtu 25 Januari 2014. Sebelum bertolak ke Istanbul, saya merasa agak takut juga, kerana distinasi saya ialah Turki, sedangkan akhir-akhir ini saya melihat berita Tv antarabangsa, CNN, BBC dan Al-Jazirah sendiri banyak sekali menyaiarkan berita keganasan, demonstrasi, pertempuran antara pihak keselamatan dengan para protes semakin menjadi-jadi, dan salah satu dorongan bantahan itu ialah kerana rakyat umumnya tidak menyukai Kerajaan yang memerintah, oleh itu mereka sedang berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan, juga menuntut supaya Perdana Menteri dan Kerajaannya meletakkan jawatan dan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat. Saya tawakkal sahaja, sebab saya ke sana adalah...

SECURITY AND PUBLIC ORDER

KALIMAH ALLAH: KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM Penganut Kristian dan Islam yang sama-sama menuntut hak, iaitu penganut Kristian mengatakan mereka berhak menggunakan Allah sebagai Tuhan mereka, dan para penganut Islam yang mengatakan bahawa mereka sahaja yang berhak menggunakan Allah untuk Tuhan orang Islam, sekarang ini haruslah diberikan amaran bahawa tujuan asal mecegah penggunaan Allah kepada agama Kristian dan Allah hanya berhak digunakan oleh orang Islam, ialah atas dasar  menjaga  keselamatan dan memelihara ketenteraman awam. Oleh kerana Fatwa pun tidak dihormati, keputusan mahkamah pun tidak di patuhi, malah titah Sultan pun dikatakan tidak boleh diaplikasikan kepada orang bukan Islam, maka telah sampai masanya pihak berkuasa memberhentikan konflik dan kerisis ini dengan kembali kepada tujuan asal kenapakah orang Kristian tidak boleh menggunakan kalimah Allah, dan kalimah ini hanya untuk orang Islam, iaitu bertujuan untuk menjaga ketenteraman awam (publi...

APAKAH AGENDA UTAMA KITA?

ANCAMAN POLARISASI AGAMA YANG SERIUS DI NEGARA KITA Biarlah apa-apa saja yang dikatakan oleh individu, atau orang-orang tertentu dalam masyarakat kita, tetapi sebuah organisasi haruslah meletakkan keutamaan agendanya ialah untuk perpaduan dan keharmonian masyarakat dan negara. Semua pihak haruslah bersedia melakukan pengorbanan demi keselamatan dan perdamaian, terutamanya dalam negara Malaysia yang aman damai selama ini. Cukuplah segala kerisis dan pergolakan yang berlaku di dalam masyarakat dan negara dunia pada masa kini tentang pergisiran agama, terutamanya di antara Islam dan Kristian, yang menyebabkan kematian dan kemusnahan harta benda secara yang amat sia-sia sekali. Kita di Malaysia ini haruslah mengambil iktibar dan pelajaran, apakah kita juga mahu mencetuskan kerisis yang amat serius itu? Biarlah apa-apa saja yang diperkatakan oleh Marina Mahathir atau Aziz Bari, biarlah apa-apa saja yang hendak dikatakan oleh DAP, PAS, UMNO atau PKR, BN dan PR malah mungkin jug...