Posts

PERSIDANGAN: MEMERANGI KEGANASAN

RABITAH AL 'ALAM AL ISLAMI Akhirnya Pertubuhan Lega Islam Sedunia (Al-Rabitah) yang beribu pejabat di Makkah Al Mukarramah telah mengambil keputusan untuk menganjurkan satu persidangan antarabangsa tentang memerangi keganasan. Persidangan itu akan diadakan di ibu pejabatnya di Makkah pada 3 - 5 Jamadil Awwal ((22 - 24 Februari 2015) dengan dihadiri oleh semua wakil Lega tersebut dari seluruh dunia. Saya menghadirinya sebagai salah seorang wakil dari Malaysia, juga atas sifat saya sebagai anggota Majlis Tertinggi Masjid Sedunia di bawah Lega ini. Pada tahun lalu, Lega ini menganjurkan juga satu persidangan lain dalam peringkat yang sama, iaitu dengan tema yang membicarakan tajuk Kesepaduan dan Kesatuan Ummah. Pengisian Persidangan amat baik. Ilmiah, berhikmah dan luas sekali skop perbicaraannya, dengan beberapa personaliti akademik, ulamak dan pendakwah dunia Islam. Dari segi inputnya, amat banyak bahan yang di kemukakan. Pengisian dari ajaran Al-Quran dan...

KEMBALINYA SEORANG TOKOH

PERGINYA TOK GURU NIK AZIZ Saya menjadi KP IKIM dari tahun 1992 hingga 2002. Dalam tempoh yang tersebut MB Kelantan Tuan Guru Datuk Haji Nik Aziz pernah mempelawa IKIM untuk menjadi penganjur seminar kebangsaan tentang kewangan Islam di Kota Bharu dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan.  Seminar tersebut telah di adakan di ibu kota Kelantan dan di hadiri oleh ADUN dan MP yang di jemput khas oleh MB. Allah Yarham sendiri menghadiri dan mengikuti semua perbincangan di dalam Seminar tersebut. Semenjak waktu yang tersebutlah saya dan Tok Guru menjadi teman yang agak rapat, terutamanya apa bila saya berkahwin dengan orang Kelantan dalam tahun 2008 dan sering juga bertemu beliau ketika saya berkunjung ke Kelantan, iaitu ketika menghadiri majlis perkahwinan keluarga Isteri dan perjumpaan Hari Raya dan sebagainya. Beliau masih dapat mengecam wajah saya dan mengingati segala sesuatu mengenai Seminar bersama yang kami anjurkan itu, meskipun masanya telah berlalu agak lama....

Majlis Agama Islam Negeri- Negeri Perlu Selaraskan .....

Bubarkan Perkahwinan Sebelum Menganut Islam Demikianlah keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang disiarkan oleh media pada hari ini dan mendapat sanjungan banyak pihak sebagai satu jalan bagi menyelesaikan masalah yang timbul selama ini di negara kita sehingga terbawa-bawa ke dalam mahkamah. Memang dari segi konsep cadangan ini nampaknya merupakan satu penyelesaian yang baik, tetapi dari segi kesatuan dasar yang seharusnya mencerminkan kesepaduan umat Islam di negeri-negeri di Malaysia adalah agak menyimpang dari ruh kesatuan Islam dan kesepakatan ummah kita, apa lagi yang melambangkan imej Islam yang merupakan agama Persekutuan di dalam Perlembagaan kita. Saya berpendapat bahawa satu langkah penyelarasan dan korordinasi di antara semua Majlis Agama Islam Negeri haruslah di usahakan agar kesatuan pemikiran dan pendirian yang sama oleh semua negeri dapat diperolehi sebagai satu suara pihak berkuasa agama keseluruhannya di negara kita...

KENYATAAN DR TARIQ RAMADAN DAN PERMAINAN MEDIA....

Dr Tariq Ramadan ketika menyampaikan ucapannya dalam satu kongres "Islam Rahmatan Lil 'Alamin " di Kuala Lumpur pada 1 Februari 2015 menegaskan bahawa orang Islam di Malaysia  yang mengkeritik pihak Barat haruslah mencerminkan muka sendiri terlebih dahulu dengan mengakui akan perlakuan yang tidak adil terhadap orang bukan Islam di negara mereka sendiri. Teks yang saya baca berbunyi begini di dalam bahasa Inggeris { Malaysian Muslims complaining of discrimination by the West should first acknowledge the injustices against minoroties in their own country} Dalam konteks ini Malay Mail online meletakkan tajuk berita " Look in the mirror, Muslim don tells Malaysians critical of Western discrimination" Masalahnya : *Kenyataan beliau tentang western discrimination terlalu umum *Apakah western discrimination itu dapat disamakan dengan kenyataannya bahawa orang Islam di Malaysia juga sebenarnya melakukan diskriminasi terhadap orang bukan Islam? Dar...

INNA LILLAH

MALIK ABDULLAH YANG SAYA KENALI Inna lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un Raja Abdullah kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat 23 Januari 2015 - 2 Rabi'ul Akhir 1436, meninggalkan negara Saudi yang menjadi pelindung dua buah Masjid suci, Al-Masjidul Haram dan Al-Masjidun-Nabawi. Ketika saya dilantik sebagai Duta Malaysia ke negara Saudi mulai 2005 hingga 2008, telah beberapa kali saya mengadap Raja Abdullah, dan pertemuan itu amat mesra kerana bahasa perantaraan Arab yang digunakan tidak memerlukan penterjemah. Satu perkara yang menjadi titah baginda setiap kali pertemuan ialah puji-pujian baginda terhadap urusan haji dan jemaah haji Malaysia "yang tertib, berpengetahuan serta beradab" mengikut titah baginda sendiri. Baginda menyedari tentang urusan jemaah haji yang tidak berlaku di mana-mana sahaja dunia Islam seperti yang dilakukan di Malaysia. Hal yang sama juga dibangkitkan oleh Menteri Haji pada setiap kali pertemuan ketika menentukan kuota ha...

JIMATKAN MINYAK KERETA

PANDU CERMAT MINYAK SELAMAT ... Ketika berlaku kerisis ekonomi, terdapat negara dunia yang segera menurunkan had laju kereta di atas jalan raya. Umpamanya di lebuh raya yang had laju maksimum ialah 110 km sejam, maka diturunkan kepada 100 km sejam, dan dikuatkuasakan dengan ketat sekali. Sesiapa yang bersedia untuk membayar denda, maka pandulah melebihi had laju itu. Tetapi di negara kita penguatkuasaan tentang had laju itu tidaklah dilaksanakan, kerana mungkin belum sangat terdapat kesedaran untuk menggesa orang ramai supaya menjimatkan perbelanjaan minyak kereta dengan memperlahankan kenderaannya ketika memandu. Malah mungkin tidak banyak orang yang sedar bahawa memandu dengan laju itu boleh menyebabkan penggunaan minyak yang lebih banyak dibandingkan dengan orang yang memandu perlahan. Oleh itu dalam keadaan ekonomi yang meruncing sekarang ini saya rasa kita sendiri haruslah berjimat cermat dengan kehendak diri sendiri dalam semua perbelanjaan, termasuk dalam menjima...

MENGHORMATI NABI DI PERINTAHKAN DALAM AL-QURAN

GUNAKAN KACA MATA YANG BETUL Berita perdana media antarabangsa yang dikuasai Barat sehingga hari ini masih memperojekkan keburukan "pengganas Islam" yang membunuh di Paris minggu lepas. Semua negara Barat telah menunjukkan rasa simpati dan bersama-sama dengan negara Perancis dalam membantah dan mmelancarkan protes besar-besaran terhadap "keganasan" Islam itu. Alangkah baiknya kalau hal yang sama dilakukan terhadap Israel yang sering bertindak membunuh dengan penuh sistematik akan rakyat Palestin yang bertindak mempertahankan diri mereka dan mencuba sedaya mungkin dalam usaha yang sia-sia untuk mendapatkan kemerdekaan negara mereka sepenuhnya. Kita memang boleh membuktikan bahawa Islam tidak membenarkan pembunuhan yang dilakukan tanpa asas syariah. Dan kita juga mengakui bahawa dalam tindakan segelintir umat Islam membunuh orang-orang yang tidak bersalah adalah merupakan tindakan yang melanggar perintah Allah. Tetapi kita tidak mengakui bahawa per...