Saya merasakan bahawa isu video seks ini menarik komen para ulamak untuk bertikai dan berseliseh pandangan. Tidak cukup dengn pertikaian tentang fatwa tertentu yang menyebabkan pertikaian para mufti sesama sendiri, maka dalam kes video seks ini pun para ulamak masing-masing berbicara dalam nada yang berbeza. Bagi saya peranan media yang membesar-besarkan isu ini, tujuannya hanyalah satu, iaitu supaya masyarakat sendiri dalam diam-diam dapat mengambil kesimpulan di sebalik segala perkembangan yang berlaku selama ini, iaitu yang melibatkan datuk T dan DSAI. Ulamak tidak harus melatah dalam hal ini, kerana mereka merupakan orang-orang terhormat yang tidak sepatutnya terlibat dalam isu-isu yang dipertikaikan, terutamanya yang menyentuh isu emosi dan politik partisan. Dato yang bersumpah laknat di Masjid Amrul-ibn-As bukan diminta oleh sesiapa, malah ia melakukan demikian atas tanggung jawabnya sendiri. Permainan media meminta DSAI supaya bersumpah juga, pada tanggapan saya, semata-mata un...
saya sangat sedih apabila Dr berkata aurat wanita perkara yang remeh temeh.
ReplyDeleteAurat wanita adalah "Syurga dan neraka". Kalau surga neraka dianggap membicarakan perkara yang remah tak tahu saya.
Rasulullah SAW pernah nyatakan tidak tutup aurat tak "bau syurga".
Adakah ia suatu yang remeh temeh?
Saya tidak reti dengan fahaman orang yang dapat PHD yang dianggap mendapat ilmu tertinggi dalam dunia pendidikan.
Kalau soal gunut saya tuju tidak harus dibicarakan, kerana iia sudah selesai,boleh dibuat dan boleh ditinggalkan.
Tapi malangnya sekali soal aurat yang ada nas dalam Quran dan hadis dianggap suatu yang remeh temeh.
Soal solal juga tidak boleh diremeh temehkan, kerana pernah berkata, aku tak mahu buat kerana ia sunat sahaja, macam kerat kuku dinyatakan kufur jika berkata demikian.
Atas sebab inilah orang Melayu di Malaysia keliru dengan islam dek pendapat ulamak yang ada PHD. Apabila terlebih bijak tergamak mengatakan perkara yang dinaskan sebagai perkara remeh temeh.
Bukan Dr seorang sahaja berpendapat begitu.
Fikir fikirlah. Apakah yang Dr mahu sehingga tergamak bertindak macam Saidina berkata maksudnya: "sautu masa nanti ulamak juga akan guna hawa nafsu".
Tuan Haji Yang Mulia Ustaz Abdullah Ngah yang amat saya hormati. Saya tidak kata soal aurat soal remeh, saya sebut bahawa isu itu telah selesai, buat apa nak dibesar2kan lagi. Tolong baca betul2 dan fahamlah sikit. Saya kata nak baca USALLI atau tidak masa nak sembahyang, tak payahlah dipersoalkan sehingga melupakan isu lain yang lebeh besar lagi. Hal ini telah dibincang panjang dah lama dulu dan semua dah tahu hukumnya. Kenapa nak keritik peribadi saya? Kita bicara soal agama sejagat untuk kebaikan umat Islam. Semalam persoalkan saya guna PROF. Hari ini soal Ph.D pula. Kalau soal peribadi yang menjadi isu, saya tak tahulah apa nak kata. Sebab benci maka dikaitkanlah dengan menghukum peribadi, yang saya tak kata pun, dikatakan saya kata. Rugilah masyarakat Melayu dan orang Islam kita dengan perbahasan yang melulu seperti ini.
ReplyDeleteYbhg Dato'
ReplyDeleteYalah kalau ada dua orang saja seperti Abdullah Ngah ni, habis rosak satu negara, dan habis hapus semua pemikir kita. Dia tak faham, tapi nak buat komen, taksub dan emosi tak matang. Dato tak payahlah layanlah dia, biarlah dia kata apa pun, tak jejas prestasi Dato'.
Dato',
ReplyDeleteSaya setuju sangat cadangan supaya disediakan satu kod etika bloggers. Etika bukan cuma kepada pemilik blog, malah pengunjung blog orang lain.
Sebagai orang Islam, atau sebagai orang yang berhemah, kita tak masuk rumah orang dan memaki hamun atau memperlekehkan dan mengejek mereka yang empunya rumah.
Sebagai manusia yang mengaku bertamadun, walaupun di alam siber, nilai itu sepatutnya terpakai.
Fauziah said
ReplyDeletesusah juga dibuatnya apabila berhadepan dengan manusia yang tidak nampak kerosakan berlaku didepan mata.
Allah beri dua mata tetapi tidak melihat apa yang berlaku. Allah beri dua telinga tetapi tidak mendengar apa orang lain kata.
Mustahil tak nampak bahawa negara kita ini sudah lama rosak. Ia rasok bukan sebab saya.tetpi kerana para pemimpin tidak ada integriti.
Datuk Seri Zahid Hamidi menteri pertahanan Malaysia sebut pengkhianat negara dikenakan hukuman berat.
kata kata itu ditujukan kepada mereka yang berbabit menjual engin JET tempur .
Mereka yang jual engin Jet Tempur dicap sebagai pengkhianat negara.
Bermakna satu negara sudah lama rosak dek para pengkhianat, termasuk para pemimpin dan pemikir kita yang membisu seribu bahasa.
betapa ramai pemikir kita yang puji para pemimpin miskipun para pemimpin itu sah terbabit dengan rasuah dan riba.
Rasok satu negara dek betapa ramainya orang melayu murtad,melahirkan anak tanpa nikah,di bom dengan dadah.
Kalau tak nampak juga realiti didepan mata, samalah dengan mereka yang tidak nampak gajah didepan mata manakala kumam diberang laut pula.
usah ceritalah pasal bunuh membunuh ragut meragut, curi, merompak, samun rogol disana sini yang berlaku setaip masa.
Apakah ini bukan nama rosak satu negara. SPRM yang diberi tugas penting untuk membaiki kerosakan negara gagal, kerana jerung yang terbabit dengan rasuah dibebaskan.
Polis yang diberi tagus menjaga keselamatan negara meletup manusia, Bukan itu sahaja malah polislah punca pasaran dadah menjadi maharajalela.
Rakyat palestin mati dibunuh Israel. Tapi rakyat malaysia mati dibom oleh dadah. Mereka mati syahid. Rakyat kita mati apa?
fikir fikirlah wahai pemikir kita.