Saya merasakan bahawa isu video seks ini menarik komen para ulamak untuk bertikai dan berseliseh pandangan. Tidak cukup dengn pertikaian tentang fatwa tertentu yang menyebabkan pertikaian para mufti sesama sendiri, maka dalam kes video seks ini pun para ulamak masing-masing berbicara dalam nada yang berbeza. Bagi saya peranan media yang membesar-besarkan isu ini, tujuannya hanyalah satu, iaitu supaya masyarakat sendiri dalam diam-diam dapat mengambil kesimpulan di sebalik segala perkembangan yang berlaku selama ini, iaitu yang melibatkan datuk T dan DSAI. Ulamak tidak harus melatah dalam hal ini, kerana mereka merupakan orang-orang terhormat yang tidak sepatutnya terlibat dalam isu-isu yang dipertikaikan, terutamanya yang menyentuh isu emosi dan politik partisan. Dato yang bersumpah laknat di Masjid Amrul-ibn-As bukan diminta oleh sesiapa, malah ia melakukan demikian atas tanggung jawabnya sendiri. Permainan media meminta DSAI supaya bersumpah juga, pada tanggapan saya, semata-mata un...