KIAMAT BERLAKU 21 DISEMBER TAHUN 2012?




BUNUH NYAWA DAN KARIER

Di Amerika seorang pelajar menembak ibunya, kemudian pergi ke sekolahnya sendiri, bunuh gurunya dan kawan-kawan pelajarnya.

Di Filipina seorang rakyat Malaysia di bunuh oleh tentera kerana dikatakan terlibat dengan gerakan keganasan dan bersedia untuk bertindak bagi melakukan pembunuhan. Dia adalah pengganas lalu harus dihapuskan segera.

Di Syria tentera pergi membunuh orang juga, dan mengikut media, kali ini askar Syria menyerang kem oraang  Palestin Yarmuk yang sedang beerlindung di dalam masjid. Mungkin orang-orang yang bersembunyi dan masjid itu sendiri dihancurkan.

Di Mesir terbayang juga pembunuhan yang mungkin berlaku, kerana mengikut komen salah seorang yang sedang marah, bahawa sungguh pun undian awal bagi Perlembagaan baru Mesir menunjukkan Presiden Morsi mendapat kemenangan dengan 60%, tetapi dia berkata satu perkara yang harus di ingat bahawa 40% lagi rakyat Mesir menentang Perlembagaan yang diadakan pungutan suara itu. 

Di Malaysia orang Melayu yang menyertai DAP tiba-tiba marah-marah kerana tidak dipilih untuk menduduki Jawatan Kuasa Eksekutif Pusat parti DAP. Ini bukan bunuh nyawa tetapi mungkin juga membunuh karier yang membawa implikasi yang lebih serius dan banyak lagi dalam peercaturan negara kita dan rakyatnya yang berbilang kaum........... 

Mungkin inilah agaknya tanda-tanda kiamat yang diramalkan akan berlaku pada 21 (?) Disember ini??


Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....