Posts

Showing posts from September, 2013

ALLAH YARHAM AZIZAN DAN ALAM PENDIDIKAN

Azizan telah meninggal pada 26 September 2013 setelah berjuang melawan penyakitnya selama beberapa bulan dalam dua hospital, Pulau Pinang dan Alor Star. Saya melawatnya ketika dia berada di hospital Pulau Pinang, tetapi hanya dapat melihatnya melalui cermin dari luar bileknya, kerana dia hanya baru dua tiga hari masuk hospital, tidak sedar dan amat keritikal. Pada petang hari itulah kedua-dua belah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman. Saya pergi melihatnya semula di hospital Pulau Pinang. Dia telah sedar, dan hanya mampu tersenyum melihat saya, tanpa berkata sesuatu. Kali ketiga, saya pergi melawatnya di hospital Alor Star. Dia mampu tersenyum melihat saya, namun saya tidak mendengar suaranya, dan saya juga tidak mempu menahan kesedihan, lalu segera meminta izin dan meninggalkannya. Lawatan saya di hospital Alor Star ini mengingatkan saya ke saat kesunyian dan keghaibannya tidak sedarkan diri  ketika saya melihatnya di hospital Pulau Pinang pada 7 Mei 2013, dan

TELAH SAMPAI AJALNYA

PERGINYA TERLALU AWAL.....  Jumaat yang ditakuti oleh orang Barat ialah Jumaat yang jatuh pada 13 haribulan. Mereka mempunyai takyul tradisi yang menakutkan tentang sesuatu yang mungkin akan berlaku pada hari Jumaat 13 haribulan { Friday the 13th}. Namun kita tidak seharusnya mempercayai khurafat dan kepercayaan karut ini. Bagaimana pun, tanpa sebarang hubungan dengan kepercayaan karut itu, maka pada hari Jumaat 13 September yang lepas, ketika saya sedang berada di dalam satu Mesyuarat penting di Majlis Universiti Islam Malaysia yang sedang dalam perancangan untuk ditubuhkan, telefon bimbit saya yang berada dalam mood senyap, bergegar berulang-ulang kali menerima penggilan. Saya tidak mengindahkannya. Tiba masa yang agak sesuai, saya keluar sekejap dari bilik mesyuarat, dan melihat banyak panggilan yang tidak saya menjawabnya tadi, dan semuanya datang dari Institut Profesional Baitulmal (IPB - Kg Pandan) yang saya menjadi Pengerusinya.  Saya menjadi tergamam sekejap

MEMBUANG MASA !

MEMBUANG MASA DENGAN PEMBICARAAN CHEN PENG. Kalangan politik negara yang membicarakan isu Chen Peng selepas kematiannya, sama ada nak dibawa abunya kembali ke Malaysia atau tidak, nak dikebumikan di negara ini atau tidak, malahan manakah yang lebih baik  di antara perjuangan Chen Peng dan Henry Gurney yang mewakili golongan komunis dan penjajah British di negara kita dulu, siapakah "hero" kemerdekaan, iaitu Chen Peng yang memperjuangkan fahaman komunis, atau Polis Malaya yang menjadi tali barut penjajah, dan ...dan....hanya lebih banyak membuang masa dan tenaga, malah menimbulkan konflik sia-sia yang tidak menguntungkan sesiapa, tidak produktif dan tidak membina negara serta bangsa kini, ketika kita berada dalam kurun ke-21, alaf baru, zaman ICT, moden dan global ini. Apakah untungnya?  Kita tidak lagi seharusnya membicarakan negara ini sebagai negara komunis atau negara jajahan Barat, kedua-duanya telah menjadi sejarah, satu perkara yang telah lepas dalam catatan

POLARISASI AGAMA...

Kerisis Agama dan Politik Pada umumnya kerisis yang berlaku di dunia pada hari ini mungkin tidak mempunyai kaitan dengan agama, sebagai satu kepercayaan manusia kepada Tuhan. Kerisis itu adalah merupakan satu penjelmaan terhadap kerisis politik dan budaya di antara pihak-pihak yang berkerisis. Sekiranya kerisis di antara manusia adalah berlaku kerana agama, maka kerisis itu mungkin akan dapat di selesaikan oleh pihak-pihak yang berkerisis dengan agak mudah, kerana agama tidak memerlukan daerah, negeri, kuasa dan sebagainya. Malah sekiranya kerisis itu berlaku di antara sesama orang Islam, maka umatnya mengetahui bagaimanakah cara menyelesaikan masalah, mengetahui sempadan akidah dan syariahnya yang boleh berlaku kekhilafan, malah mengetahui batas-batas akhlak dalam Islam ketika berlaku perselisihan, dan bagaimanakah kerisis itu dapat diselesaikan dengan merujuk kepada ajaran agama Islam sendiri. Masalahnya Islam telah menjelma di dalam berbagai-bagai wajah dan rupa di dalam

MILITARY INTERVENTION or COUP D'ETA

Intervention Istilah intervention menjadi permainan pihak Barat, khususnya Amerika Syarikat (AS). Ketika tentera Mesir bertindak merampas kuasa dari kerajaan Mesir yang sah, AS tidak mahu mentakrifkannya sebagai rampasan kuasa, tetapi menyebutnya sebagai military intervention , atau campur tangan tentera Mesir untuk menyelamatkan keadaan. Sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh tentera Mesir itu bolehlah dimasukkan ke dalam kategori coup d'etat, atau tindakan  merampas kuasa atau menjatuhkan sebuah Kerajaan dengan secara kekerasan iaitu secara haram yang tidak dibenarkan oleh undang-undang (sudden overthrow of a government by force or illegal means). Kini AS sedang berkira-kira untuk campur tangan di dalam negara Syria atas tuduhan untuk membawa keamanan dan menjatuhkan Kerajaan Syria yang didakwa telah menggunakan senjata kimia ke atas para pemberontak, dan untuk mengabui mata dunia dengan tindakannya yang haram itu, maka Presiden Obama menggunakan istilah intervention

ARTIKEL DALAM UTUSAN MALAYSIA 2 SEPT 2013

UNIVERSITI AL-AZHAR DI MALAYSIA: SATU KEBANGGAAN  DAN SATU HARAPAN Saya dengan empat orang kawan kelulusan Kolej Islam Malaya (KIK) melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam tahun 1962, iaitu merupakan penerima biasiswa pertama Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Kami kelulusan Sijil Tertinggi  Kolej Islam Malaya pada masa itu telah  diiktiraf oleh Al-Azhar sebagai pemegang Ijazah Pertamanya, oleh itu kami telah diterima untuk meneruskan pengajian di dalam program Pengajian Siswazah bagi mendapatkan ijazah Sarjana Lengkap (MA). Kami berlima, Allah Yarham, arwah Tan Sri Abdul Hamid Othman, arwah Ustaz Ismail Arifin dan arwah Dr Kasim Salleh, saya dan Ustaz Ahmad Awang, telah berjaya mendapatkan ijazah Sarjana dari Al-Azhar, satu kebanggaan bagi pelajar Tanah Melayu dan kelulusan Kolej Islam Malaya. Maka kini nampaknya Al-Azhar itu sendiri telah datang ke negara kita ini, sebagai kampus antarabangsanya yang pertama dan julung-julung kali di dirikan di luar Mesir. Hal