PUASA HARI KEDUA 1435
STRES......STRES Stres atau tekanan jiwa merupakan pengalaman yang dirasakan oleh sesiapa saja selagi dia masih hidup. Orang yang masih hidup sahaja yang mengetahui segala-segala yang berlaku kepadanya, persekitaran di sekelilingnya, dan dunia lain. Kita merasa stres ketika berada di jalan raya. Kesesakan lalu lintas ketika seorang dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berbuka puasa menjadikan dia stress. Kerja pejabat yang dibuatnya bersungguh-sungguh tetapi tidak dihargai orang, terutamanya bos sendiri, menjadi dia stress. Pendeknya stress boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja..Mengenang masa lepas dan masa yang akan datang juga dia merasa stress... Hal ini berlaku kerana dia manusia, masih hidup, dan masih sedar akan segala-galanya yang terjadi kepadanya dan di sekelilingnya, dan hal ini juga berlaku kerana dia mempunyai perasaan, emosi dan naluri, juga pemikiran dan minda. Namun stress sekiranya dibiarkan berlarutan maka dia akan menjadi k