Posts

MALAM RAYA - 29 Ramadhan 1436 - 16 Julai 2015

Malam Raya baru menjelang, ketika para jemaah beberapa orang berjalan menuju ke Surau kami untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, kemudian bertakbir raya beramai-ramai. Malam ini tidak ramai bilangan jemaah seperti biasa,  kerana ternyata ramai jemaah yang telah beredar pulang ke kampung, meninggalkan daerah kami ini, Yang tinggal hanyalah beberapa orang lama yang tidak perlu tergesa-gesa balik ke kampung, atau tidak ada sesiapa lagi di kampung. Kenangan segera membuka ruang untuk para jemaah yang tinggal ini merasa  agak lain dari yang lain. Selalunya selepas berbuka dan selesai solat maghrib mereka akan mengadap makan malam yang agak banyak lauk pauknya, tetapi pada malam ini hanya beberapa mata lauk untuk di makan sekadarnya saja.  Lepas isyak, dan setelah bertakbir dari selesainya solat Maghrib tadi, jemaah hanya bersurai tanpa moreh lagi, kerana waktu masih awal, dan mereka perlu pulang ke rumah untuk tujuan lain bagi setiap isi rumah, yang p...

27/28/29 RAMADHAN 1436 - EPISOD YANG KE-27,28 dan 29 (14/15 dan 16 JULAI 2015) JANGAN DISANGKA AIR YANG TENANG TAK ADA BUAYA

Nampak pada lahirnya, negara dan rakyat kita hidup tenang dan selamat. Orang berperang dan berbunuhan, tetapi kita tidak sampai berbunuhan, cuma riaknya nampak hadir juga seperti kejadian di Low Yat. Riaknya kecil, tetapi maknanya besar, terutamanya pada masa kini apa-apa yang berlaku sering di salah berita dan di salah lapor, malah di tambah-tambah dan di reka-reka cerita, sehingga gambaran sebenarnya telah menyeleweng menjadi satu gambaran lain, yang jika dulunya ketika ketiadaan media sosial, hanya di ketahui oleh ratusan orang, tetapi sekarang melalui media sosial, telah menjadi persepsi ratusan ribu orang, bukan hanya di Low Yat, malah di seluruh negara dan seluruh dunia. Harap riak-riak negatif itu hanya akan berhenti di situ sahaja, tanpa merebak dan berpanjangan ceritanya. Harap janganlah isu sensitif yang cuba dibangkitkan itu tidak akan menjadi api dalam sekam, yang kemudiannya akan mulai terbakar dan menjadi api yang besar, membahayakan ketenteraman orang ramai... ...

26 RAMADHAN 1436 - EPISOD YANG KEDUA PULUH ENAM (13 julai 2015) - BALA' BENCANA TERSEMBUNYI

Memasuki hari ke 26 puasa, alhamdulillah, negara kita berada dalam aman. Tidak ada peperangan seperti negara lain. Tak ada gempa bumi menyeluruh yang memakan korban yang banyak. Tak ada banjir besar, gunung merapi, kecuala Gunung Kinabalu, yang baru-baru ini meletus dan bergegar sedikit. Tak ada kekacauan di antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan. Oleh itu umat Islam di negara ini pada umumnya dapat menunaikan ibadat puasa dalam iklim yang selesa. Pasar Ramadhan masih dapat berjalan dengan meriah. Masjid dan surau dapat mengumpulkan jemaah yang banyak, sejak dari berbuka puasa, makan malam dan moreh secara percuma untuk semua, malah rumah anak yatim, orang tua, fakir miskin, semuanya mendapat rezeki yang mewah, dan gelandangan yang tinggal di bawah jambatan pun di cari untuk di berikana makanan. Semuanya ini dengan berkat negara dan masyarakat yang aman dan tenteram, suasana keharmonian di antara rakyat Malaysia yang masih terpelihara, keadaan alam juga tenang, s...

25 RAMADHAN 1436 - EPISOD YANG KEDUA PULUH LIMA-(12 JULAI 2015) HAFAZ DAN TADABBUR AL-QURAN

Saya hanya memikirkan bahawa untuk peningkatan ilmu umat Islam pada masa kini dan masa yang akan datang, kita haruslah meneruskan pengajian Al-Quran mulai dari menghapal, menulis, membaca kepada memahami dan mentadabbur kandungan Al-Quran iaitu dengan menganalisisnya, mengkaji nya dari berbagai-bagai perspektif ilmu supaya Al-Quran benar-benar menjadi panduan yang menyeluruh kepada umat Islam di dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat.  Terdapat beberapa pihak yang mencuba untuk membuat perbandingan di antara dua kategori ini tentang menghapal dan mengupasnya secara ilmiah, dengan mengemukakan pertanyaan manakah yang lebih baik: menghapal seluruh Al-Quran, atau menguasai, walau pun sebahagiannya sahaja, meskipun tidak menghapalnya . Bagi saya kedua-dua nya adalah mempunyai kelebihan masing-masing. Orang yang menghapal nya mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri, meski pun dia tidak memahami isinya secara mendalam, dan orang-orang yang tidak menghapal kes...

24 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUA PULUH EMPAT (11 JULAI 2015) APAKAH DUNIA INI HANYA PERMAINAN POLITIK?

Pada tahun-tahun yang lalu, kita sering mendengar dan membaca serta menonton, bagaimanakah kesucian bulan Ramadhan sering dicemarkan dengan perbuatan mungkar, dosa dan tidak bercirikan akhlak serta ihsan. Kita sering merujuk kepada dunia Arab dan dunia Islam lainnya yang dilanda kerisis keganasan, pertumpahan darah, peperangan sesama saudara seagama, ledakan roket dan tembakan meriam yang merosakkan rumah kediaman, universiti, sekolah, malah memusnahkan masjid dan jemaah yang sedang beribadat di dalamnya. Kita melihat semuanya ini berlaku sepanjang masa, tanpa mengira bulan ibadat, bulan Ramadhan yang berkat ini, dan kita sentiasa bersyukur kerana hal ini tidak berlaku di negara kita, malah merasa amat bertuah kerana kita dapat berpuasa, berterawih dan berjaga malam di surau dan masjid kita tanpa gangguan dan kebimbangan akan kesejahteraan nyawa serta harta benda kita. Tetapi mungkin pada tahun ini, keadaan yang sering kita alami selama ini, agak berubah  sedikit dari tah...

23 RAMADHAN 1436 -EPISOD KEDUAPULUH TIGA - (10 JULAI 2015) MALAM LAILATUL QADAR?

Pencarian Lailatul-Qadar atau Malam Al-Qadar merupakan satu usaha umat Islam setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan saban tahun. Malam-malam ganjil, mulai dari malam 21 Ramadhan hingga akhirnya, menjadi sasaran pencarian Lailatul-Qadar berdasarkan pandangan para ulamak yang mengambil kesimpulan dari sesetengah riwayat Hadis Rasulullah SAW tentang hal ini. Oleh itu malam 23 Ramadhan merupakan malam pilihan ramai bagi para jemaah Surau dan masjid di tanah air kita sebagai berkemungkinan besar direstuai oleh Allah SWT sebagai malam Al-Qadar itu. Ketika saya masih bersekolah Arab dulu, seorang guru kami, secara bersahaja dalam nada ringannya berkata kepada kami bahawa kalau ingin mencari Malam Al-Qadar ini, carilah pada setiap malam, dari awal Ramadhan hingga akhirnya, insya' Allah akan bertemulah kita dengan malam bertuah itu. Dia juga memberi perbandingan mudah dengan mengatakan bahawa sekiranya kita ingin menagkap seekor musang yang lari masuk ke dalam sebuah hutan kecil, kit...

22 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUA PULUH DUA (9 JULAI 2015) - KETIDAK SETABILAN NEGARA ISLAM

Perbincangan Majlis Dialog surau ini dua malam lepas ialah tentang kemerosotan undi yang diperolehi parti yang condong kepada Islam di dalam Pilihan Raya minggu pertama bulan Julai baru-baru ini. Parti pimpinan Erdogan itu memenangi pilihan raya Presiden, pada akhir tahun lepas, dan Erdogan tetap mejadi Presiden, cuma partinya dalam pilihan raya Parlimen yang dilangsungkan pada 7 Julai yang lalu, hany menang 41% sahaja, berbanding lebih 50% dalam pilihan raya sebelum ini, maka partinya terpaksa menunggu hasil penubuhan kerajaan campuran dengan parti lain yang ada diantaranya yang anti Islam, atau berdasarkan prinsip sekularisme. Pihak parti pemerintah sebelum ini yang pro Islam sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa, kerana demikianlah tabiat pembentukan kerajaan dalam sistem negara demokrasi ini, iaitu ketika seorang rakyat yang berhak mengundi di berikan satu suara, dan terletaklah kepada rakyat untuk memilih parti yang mana untuk memerintah... Tetapi Dr Ishak mempunyai a...