23 RAMADHAN 1436 -EPISOD KEDUAPULUH TIGA - (10 JULAI 2015) MALAM LAILATUL QADAR?

Pencarian Lailatul-Qadar atau Malam Al-Qadar merupakan satu usaha umat Islam setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan saban tahun. Malam-malam ganjil, mulai dari malam 21 Ramadhan hingga akhirnya, menjadi sasaran pencarian Lailatul-Qadar berdasarkan pandangan para ulamak yang mengambil kesimpulan dari sesetengah riwayat Hadis Rasulullah SAW tentang hal ini. Oleh itu malam 23 Ramadhan merupakan malam pilihan ramai bagi para jemaah Surau dan masjid di tanah air kita sebagai berkemungkinan besar direstuai oleh Allah SWT sebagai malam Al-Qadar itu.

Ketika saya masih bersekolah Arab dulu, seorang guru kami, secara bersahaja dalam nada ringannya berkata kepada kami bahawa kalau ingin mencari Malam Al-Qadar ini, carilah pada setiap malam, dari awal Ramadhan hingga akhirnya, insya' Allah akan bertemulah kita dengan malam bertuah itu. Dia juga memberi perbandingan mudah dengan mengatakan bahawa sekiranya kita ingin menagkap seekor musang yang lari masuk ke dalam sebuah hutan kecil, kita tebas dan bersihkanlah hutan itu semuanya nescaya jumpalah musang itu!

Demikianlah juga kalau kita nak cari Lailatul-Qadar, kita usahakanlah setiap malam menghidupkannya, nescaya akan bertemulah kita dengan malam tersebut,,,,,lojik juga perbandingan ini, fikir saya sampai sekarang ini.

Inilah sebenarnya rahsia besar kenapa malam agung itu tidak kita ketahui, dan tidak diterangkan secara jelas bilakah sebenarnya menjelang malam tersebut, kecuali dengan ijtihad dan pandangan para ulamak sahaja, yang sesetengahnya berdasarkan amalam Nabi kita Muhammad SAW.

Semoga usaha umat Islam akan berhasil menemui malam agung ini, insya'Allah.

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....