15 RAMADHAN 1436 - EPISOD KELIMA BELAS (2 JULAI 2015) DIPANGGIL KEPINTU SYURGA...??
"Seorang teman saya terbunuh di tembak pada malam itu" Halim memulakan ceritanya, yang dinanti-nantikan oleh para jemaah, sejak semalam ketika di umumkan bahawa Halim akan kembali ke Majlis Dialog ini untuk berkongsi pengalamannya berjuamg di Syria.
"Kawan itu datang bersama-sama saya dari Malaysia. Mayatnya di bawa segera oleh kumpulan kami entah ke mana pada malam itu juga. Esoknya saya dengar bahawa mayat itu dikebumikan di sempadan dengan Turki. Saya menangis agak lama, tetapi tidak memadamkan semangat saya untuk berjuang menentang musuh Allah"
Halim menceritakan bahawa dia menerima banyak pelawaan dalam grupnya untuk berangkat segera ke "pintu syurga" bagi sesiapa yang mahu berjuang menentang dan menghancurkan "musuh Allah". Niat untuk menentang musuh Allah itu sahaja sudah cukup untuk menempah syurga dengan amat mudah sekali melalui jalan yang singkat.
"Pada malam itu, saya mengharap-harapkan saya yang terkorban...tetapi rupanya nasib bertuah kawan saya itu" katanya.
Apabila ditanya siapakah musuh Allah yang dimaksudkannya?.
Apabila ditanya siapakah musuh Allah yang dimaksudkannya?.
Dia menjawab "Semua yang menyokong Kerajaan itu adalah musuh Allah..." dia diam sekejap "kami berjuang menentang mereka, kerana mereka adalah musuh Islam, dan musuh Islam ialah musuh Allah" jelasnya....
Menyokong Kerajaan yang dimaksudkannya ialah Kerajaan Syria, dan kemudiannya Iraq, akhirnya Lebanon..
Menyokong Kerajaan yang dimaksudkannya ialah Kerajaan Syria, dan kemudiannya Iraq, akhirnya Lebanon..
"Habis, bagaimanakah Halim terselamat?" tanya seorang jemaah
"Itulah kehendak Allah" jawabnya ringkas "Hampir setiap hari, selama kira-kira sebulan saya mengharungi perjuangan, keluar berjuang membunuh banyak askar Kerajaan dan penyokongnya, saya masih selamat. Ada sekali sahaja, kedengaran peluru melalui telinga saya dengan amat pantas sekali, tetapi tidak hinggap di kepala saya, saya masih bernafas, walau pun berada di ambang pintu syurga" ceritanya.
"Satu malam hampir semua kawan saya, kira-kira lapan orang dari berbagai negara, terkorban semuanya, dan saya melihat bagaimana seksanya mereka menderita kesakitan, menjerit, melolong, sakit yang tidak terperi, luka kaki dan tangan, perut terburai, malah bertaburan cebisan daging di sana sini, lalu saya segera melarikan diri jauh sekali dari tempat itu.."

Halim seperti mengingat-ingatkan sesuatu dengan sedih dan hiba, kemudian menyambung dengan suara yang agak perlahan "Ketika itulah saya teringatkan ayah bonda dan adik beradik saya, yang tidak mengetahui keberangkatan saya ke luar negara, setelah saya hanya memberitahu mereka bahawa saya akan ke bandar ...."
Rupa-panya dia tidak memberitahu ke mana dia akan pergi sebenarnya pada masa pemergiannya dulu. "Malam itu. ketika benar-benar melihat pandangan ngeri kawan-kawan mati dalam keadaan yang amat tersiksa, saya baru teringat, semasa kecil dulu, ibu bapa sering memanggil nama saya sekiranya saya jauh sedikit dari mereka. Kini telah hampir dua bulan saya menghilangkan diri.." sambungnya menceritakan kembali peristiwa yang lepas
"Malam itulah saya membuat keputusan untuk kembali kepada emak dan ayah saya" katanya..."Malam itulah saya di anugerahkan Allah ingatan asal saya kepada ibu dan ayah, semasa saya kecil dulu, meningkat dewasa dan muda remaja seperti sekarang"....
Malam itulah agaknya kemuncak doa restu ibu dan ayah serta keluarga Halim mendoakan keselamatannya di medan pertempuran, kerana setelah melihat facebook seseorang, barulah emak ayah dan keluarganya mengetahui bahawa Halim telah berada di medan perang yang amat asing itu, di bumi asing, misi yang terang-terang bertentangan dengan ajaran Islam.
Sejak saat itulah, mereka mengalami mimpi ngeri setiap malam, bermandi air mata, tetapi, mereka hanya tahu berdoa setiap saat dan ketika mendoakan keselamatannya, malah yang amat pentingnya ialah agar Halim kembali ke pemikiran warasnya, kembali ke pangkuan mereka. Mungkin pada malam itulah, tanpa pengetahuan Halim, doa restu emak dan ayah serta seluruh anggota keluarga diperkenankan Allah, maka hati Halim tergerak untuk kembali...
"Halim mendapat dorongan wanita muda kan melalui media sosial hingga sanggup ke sana?" soal seorang anak muda di tepi dinding sana...
Halim hanya tersenyum sedikit, Kemudian serius kembali sambil berkata "Nantilah akan saya ceritakan lagi.." senyum semula..

Comments
Post a Comment