20 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUAPULUH (7 JULAI 2015) - TURKI BERGOLAK
Dr Ishak meneruskan bicaranya malam ini tentang pendahuluan yang di buatnya semalam mengenai kedudukan negara Turki yang nampaknya mulai di landa kerisis politik selepas Pilihan Raya Umum baru-baru ini.
Walau pun Erdogen masih berkuasa kerana memenangi Pilihan Raya Presiden baru-baru ini, tetapi dalam Pilihan Raya Umum 7 Julai lalu, partinya hanya menang 41% sahaja di banding dengan kemenanganya sebayak 50% dalam Pilihan Raya yang lalu.
"Perdana Menteri yang lalu Mr, Ahmed Davutoglu, yang pada bulan Ogos 2014, baru bertukar menjadi Perdana Menteri dari jawatan asalnya sebagai Menteri Luar, masih berkuasa, sementara menunggu proses pembentukan kerajaan campuran" Jelas Dr Ishaq, sambil menerangkan bahawa PM ini pernah bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Pensyarah Ekonomi dan mengenali ramai para pensyarah UIAM, termasuk Dr Ishak sendiri.
"Orangnya mempunyai kualiti kepimpinan yang beradab dan berhikmah" Dr Ishak memuji PM Turki ini. Kemudian menyambung "Tetapi kedudukannya tidak terjamin untuk terus menjadi PM apa bila ditubuhkan Kerajaan Campuran nanti, kerana parti lain yang memenangi Pilihan Raya itu ialah parti yang berideologikan sekular, dan mungkin juga anti Islam. Oleh itu PM sekarang hanya bersifat interim, atau sementara"
Ketika ini seorang lagi Prof Universiti mencelah "Media Barat, terutamanya yang Pro Barat dan US sering menggambarkan berita sensasi tentang Turki, sentiasa menonjolkan kelemahan pemerintahan Erdogan, yang dikatakan sering menimbulkan kegelisahan masyarakat umum, dan dasar Islamisasinya sering menimbulkan bantahan rakyat dan kumpulan hak asasi manusia, Gambaran negatif ini telah diprojekkan lama sebelaum berlangsungnya Pilihan Raya Umum, seolah-olah untuk menyediakan minda rakyat Turki bahawa pergolakan negara Turki yang membimbangkan ini akan terus menerus berlaku sekiranya Kerajaan yang memerintah tidak di tukar...Inilah pandangan saya" Profesor itu menutup ucapannya.
"Ya betul" kata Dr Ishak.
"Saya rasa ada banyak faktor yang menyebabkan Parti pro Islam kalah di Turki" mencelah seorang pemuda yang berada di hadapan Dr. Ishak "Pertamanya kerana pemerintah sejak akhir-akhir ini menonjolkan unsur dan simbol Islam di dalam pemerintahannya. Memakai tudung bagi isteri Presiden itu pun telah dipandang dengan amat sinikal oleh golongan sekular yang anti Islam. Kedua kerana nampaknya semakin ramai umat Islam Turki yang mulai kembali mengamalkan ibadat di dalam kehidupan mereka, seperti jemaah yang agak ramai ketika masuk waktu solat di kawasan bandaran dan tempat pelancungan, sehingga masjid yang dulunya agak lengang, kini menjadi tumpuan ramai ketika waktu sembahyang. Hal ini pun di pandang sebagai satu perubahan yang membawa kembali masyarakat ke belakang" tambahnya.
"Masyarakat sekular yang terdiri dari umat Islam sendiri sering mengemukakan pandangan dan konsep liberal di dalam negara yang menghimpit pandangan Islam, seperti dasar hak kebebasan asasi manusia yang tidak terbatas, dasar pemerintahan demokrasi yang tidak terpimpin, malah teori Islam tentang wasatiyyah, keadilan, pembahagian harta, poligami dan lain-lain sering di lihat sebagai satu sistem hidup kuno dan ketinggalan zaman" sambungnya."
"Profesor tadi menyambung "Memanglah bagi masyarakat sekular semua sistem kehidupan mereka tidak terikat dengan amalan agama. Tetapi kita mempunyai sistem yang di pimpin oleh ajaran dan hukum agama sebagai panduan, dan nilai-nilai moral untuk menjamin kesejahteraan manusia yang sering di kuasai nafsu ini" Dia berhenti sejenak. Kemudian menyambung "Pelajarilah sistem agama kita di dalam ibadat, muamalat, bidang sosial, ekonomi, politik, dan lain-lain, semuanya mempunyai suruhan dan larangannya, di samping larangan berat dan ringan, malah di antara kedua-duanya terdapat ruang untuk ijtihad dan penggunaan akal, analogi dan boleh pula berikhtilaf menurut pandangan ulamak serta mazhab tertentu tentang perkara-perkara sunnah dan cabang-cabang hukum agama"
"Ya betul" sampuk Ustazah Mariam "Wasatiyyah umpamanya bukan bererti liberal sehingga boleh melanggar hukum asasi agama" sambungnya. Dia kemudiannya memberikan contoh selanjutnya dengan mengatakan bahawa pada teori Barat wasatiyyah yang di ertikan sebagai moderat, ialah hak asasi kebebasan manusia, dan mereka menyifatkan tegahan terhadap perkahwinan sejenis sebagai satu hukum yang ekstrem, bukan moderat atau sederhana lagi. Dengan itu mereka ingin melabelkan Islam sebagai satu agama ekstrem, bukan moderat lagi. Malah kalau hendak di bincangkan hal ini memang banyak masa yang diperlukan, yang mungkin di langsungkan kemudian", Ustazah Mariam berhenti di situ.
Dr Ishak kemudian menyambung bicaranya "Seperti yang saya sebutkan di awal tadi, oleh kerana negara Turki merupakan negara yang progresif di sempadan Asia dan Eropah ini, dan mulai menonjolkan Islam di dalam pembangunan rohani dan jasmaninya, maka hal ini tidak begitu disukai oleh kuasa Barat yang selama ini memandang Turki sebagai satu negara yang liberal dan tidak cenderung kepada ciri-ciri Islam di dalam politik, sosial dan ekonominya" sambung Dr Ishak.
"Turki pula pada masa kini sedang membangun dengan agak pesat dalam bidang ekonomi dan sosialnya, maka pihak Barat, terutamanya Amerika Syarikat, sering melihat Turki dengan perasaan cemburu dan curiga" sambungnya, sambil melihat jam di tangannya, kemudian berkata "maka dari aspek inilah, Turki mempunyai halangan yang besar untuk menyertai Kesatuan Eropah, European Union, malah mereka selalu di gelar sebagai "sick man in Europe" seorang sakit di Eropah.............."
"Oleh kerana masa kini agak lewat, untuk releks dan bersedia untuk bersahur, saya fikir kita berhenti dulu di sini. Dan pada malam esok kita melihat apakah hubungannya pergolakan di Turki ini dengan Malaysia sendiri, yang selama ini nampaknya Malaysia dan Turki telah dianggap sebagai model dua buah negara Islam yang progresif........" dia menutup ucapannya dan seterusnya menutup majlis ini.

Comments
Post a Comment