21 RAMADHAN 1436 - EPISOAD KEDUA PULUH SATU (8 JULAI 2015) - NUZUL AL-QURAN
Malam Nuzul Quran. Semua orang Islam perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada aktiviti kerohaniah, muhasabah diri, pembersihan jiwa dan hati, memupuk emosi dan sentimen untuk kebaikan dan kesejahteraan semua, ketika dunia sedang bergolak dan bergoncang, peluru senapang dan meriam bersimpang siur di lepaskan memamah tengkorak kepala dan jasad saudara seagama, tanpa mengira bulan puasa atau tidak, di masjid atau di rumah, di tepi jalan atau di surau, semuanya amat bergolak dan mengakibatkan kemunculan secara tiba-tiba musim berperang dan bersabung nyawa....maka pada masa inilah umat Islam harus bangun mengingatkan diri, di manakah mereka sedang berdiri, dan di manakah segala teori serta penghayatan ajaran agama yang mereka kuasai selama ini.
Maka semuanya harus bertenang, mencari jalan bagaimanakah menyelesaikan kerisis dan kemelut sesama Islam, kepimpinan yang tidak berkualiti, dan jangan di ulang kesalahan yang sama sekian tahun.
Saudi yang menyangka bahawa tenteranya akan dapat memusnah dan mematahkan tentangan Al-Houti, pemberontak Yaman, pro Syiah, dalam masa yang singkat, rupa-rupany telah tersalah congak, lalu pertempuran ini berlarutan sehingga kini, tidak kira puasa atau tidak...kemelut ini terus berpanjangan, mencemarkan tatasusila dan nilai moral akhlak Ismaiah, mengorbankan nyawa manusia yang banyak, termasuk kanak-kanak, orang tua dan kanak2..
Kita di negara yang masih aman ini, amat terasa bahawa dalam bulan Ramadhan ini mejoriti umat Islam menjadikan masjid dan surau sebagai tempat tumpuan, untuk membersihkan hati dan jiwa, mengamati hikmah perhubungan dan silaturrahim sesama Islam, ,
Semoga diberkati Allah..
Comments
Post a Comment