BERTERUS TERANG DALAM POLITIK
MUTAKHIR INI, SAYA SERING MENGIKUTI PERDEBATAN DAN PERBINCANGAN DALAM PERHIMPUNAN AGONG UMNO DAN MUKTAMAR PAS HANYA MELALUI MEDIA. BAGAIMANA PUN LAPORAN MEDIA TENTULAH TIDAK MENCUKUPI UNTUK SESEORANG ITU MEMBUAT ANALISISNYA TENTANG PERKEMBANGAN YANG BERLAKU DI DALAM PERDEBATAN ATAU PERBINCANGAN PARTI POLITIK YANG BERSIDANG ITU. NAMUN BEGITU, OLEH KERANA KITA MEMPUNYAI BANYAK SALURAN MEDIA PADA HARI INI, MAKA SEGALA KOMEN SAYA DI SINI MASIH BERPANDUKAN KEPADA LAPORAN MEDIA JUGA.
DIBANDINGKAN DENGAN UMNO, PAS - YANG SEDANG MENGADAKAN MUKTAMARNYA SEKARANG - NAMPAKNYA MENGALAMI PERUBAHAN KERANA PERUBAHAN PERSONALITI YANG MENERAJUI PARTI ITU DI PERINGKAT PERTENGAHAN DAN AKAR UMBI. DATUK ABDUL HADI AWANG TELAH AGAK LAMA MENERAJUI PAS, TETAPI DASARNYA NAMPAKNYA BERUBAH SEDIKIT DARI DAHULU MUNGKIN KERANA TEKANAN DARI GOLONGAN YANG MENYERTAI PAS, TERUTAMANYA SELEPAS PRU12 YANG LALU.
DULU TUAN GURU ABDUL HADI JUGA YANG PERNAH MENGELUARKAN BANYAK PANDANGAN YANG MERUPAKAN DASAR DAN PENDIRIAN PAS TERHADAP BEBERAPA PERKARA, TERUTAMANYA TENTANG KERJASAMA DENGAN ORANG DAN PARTI BUKAN ISLAM, MENGUNDI SELAIN DARI PAS DALAM PILIHANA RAYA, DASAR NEGARA ISLAM YANG DIPERJUANGKAN DAN SEBAGAINYA YANG AGAK KERAS DAN EKSLUSIF.
TETAPI DENGAN PEREDARAN MASA MAKA NAMPAKNYA, PERSONALITI YANG SAMA, TELAH MENGAMBIL SIKAP YANG LEBEH LEMBUT DALAM ISU-ISU YANG SAMA.
PENERIMAAN PARTI ITU DALAM MASYARAKAT JUGA BERUBAH KERANA PERUBAHAN DASAR PERJUANGAN DAN AGENDA KERJA PARTI INI. KETIKA PAS BERJUANG SECARA BERSENDIRIAN, DENGAN DASAR-DASARNYA YANG DIJELMAKAN DALAM FATWA TUAN GURU HAJI ABDUL HADI, ORANG MELAYU SENDIRI, MUNGKIN MENGANGGAP BAHAWA PAS ADALAH PARTI YANG EKSTREM, SEBAB ITULAH RAMAI PENGUNDI MELAYU JUGA TIDAK MEMBERI UNDI KEPADA PAS.
TETAPI PERUBAHAN DASAR YANG BARU DILAKUKAN DALAM "PAKATAN RAKYAT" DISERTAI PULA DENGAN KELEMAHAN PARTI LAWAN, UMNO DAN BN, DI TAMBAH JUGA DENGAN KEKUATAN PKR DAN DAP, MAKA PAS MULAI MENJELMA DALAM PERSEKITARAN YANG BERBEZA, KELIHATAN SEBAGAI PARTI YANG SEDERHANA, TIDAK EKSTREM LAGI.
DULU, PAS DAN DAP DIANGGAP SEBAGAI PARTI RADIKAL, SATU RADIKAL ISLAM, DAN SATU LAGI, IAITU DAP, RADIKAL PERKAUMAN, MAKA KEDUA-DUANYA TIDAK DI TERIMA OLEH MAJORITI RAKYAT, YANG DI TERJEMAHKAN DALAM PEMBERIAN UNDI DI DALAM PILIHAN RAYA.
BAGAIMANA PUN, ANALISIS INI TENTULAH TIDAK MENYELURUH, KERANA FAKTOR PERUBAHAN MASYARAKAT DAN CARA BERFIKIR RAKYAT MAJORITI JUGA MEMAINKAN PERANAN PENTING TENTANG SIMPATI DAN SOKONGAN YANG DIPEROLEHI OLEH SESEBUAH PARTI POLITIK ITU.
PERUBAHAN MENTALITI DAN PEMBAWAAN DUNIA GLOBAL, TERUTAMANYA DALAM LEDAKAN TEKNOLOGI MAKLUMAT SERTA MEDIA BARU, JUGA SEBENARNYA BANYAK MEMPENGARUHI PENDIRIAN MASYARAKAT GLOBAL DALAM PEMILIHAN PEMERINTAH DAN KERAJAAN.
MASYARAKAT UMUM DI SELURUH DUNIA KINI, TERUTAMANYA DUNIA KETIGA,SERING CENDERUNG UNTUK MEMILIH TAMPUK PEMERINTAHAN YANG BARU BAGI MENGGANTIKAN KERAJAAN YANG TELAH AGAK LAMA MEMERINTAH. MALAH DALAM DUNIA YANG BERKONFLIK INI, TERDAPAT PENGUNDI MAJORITI YANG CENDERUNG MEMILIH KERAJAAN YANG RADIKAL UNTUK MEMERINTAH, SEPERTI YANG PERNAH BERLAKU DALAM PEMILIHAN PARTI RADIKAL DAN TAKSUB KEAGAMAAN HINDU UNTUK MEMERINTAH, DAN DI ISRAEL BOLEH DIKATAKAN SEMUA KERAJAANNYA ADALAH TERDIRI DARI PARTI YANG EKSTREM.
PERUBAHAN INI, YANG TERUTAMANYA DI KEMBANGKAN OLEH MEDIA BARU, MENUNJUKKAN KESANNYA KEPADA RAKYAT NEGARA-NEGARA DUNIA UMUMNYA, DAN PERCIKANNYA MUNGKIN TERASA DI NEGARA KITA SENDIRI, YANG KINI NAMPAKNYA RAKYAT MULAI MEMPERSOALKAN TENTANG ISU-ISU PERKAUMAN DAN KEAGAMAAN, YANG DULUNYA TIDAK DIBICARAKAN DENGAN LANTANG SEPERTI SEKARANG.
DALAM SENARIO INILAH PAS MENJELMA DALAM MASYARAKAT KITA SEOLAH-OLAH PARTI ITU TELAH BERUBAH DALAM PERLAKSANAAN AGENDA PERJUANGAN DAN PENDIRIANNYA SELAMA INI DALAM ISU-ISU KEISLAMAN, TERUTAMANYA APABILA MENGAMBIL PENDIRIAN UNTUK BERGABUNG DALAM PAKATAN RAKYAT YANG JUGA DIANGGOTAI OLEH PARTI DAP, "MUSUH" POLITIKNYA DULU.
UMNO MENGHADAPI ZAMAN GERHANANYA KERANA KELEMAHAN PIMPINAN DAN RANGKAIAN KERJASAMA DENGAN PARTI-PARTI KOMPONANNYA KETIKA BN BERADA DI KEMUNCAKNYA, IAITU DI LANDA JUGA OLEH SALAH LAKU DAN KELEMAHAN PENGURUSAN KUASA DAN KEKAYAAN NEGARA, YANG WALAU PUN AGAK KECIL, TETAPI TELAH DIEKSPLOITASIKAN OLEH LAWAN POLITIKNYA, SEHINGGA UMNO DAN BN TELAH DILEBALKAN SEBAGAI PARTI RASUAH, SALAH GUNA KUASA DAN SEBAGAINYA.
KETIKA INILAH, PARTI KOMPONAN BN SENDIRI KELIHATAN AMAT LANTANG MEMPERSOALKAN KERAJAAN YANG DITERAJUI OLEH UMNO, YANG DIANGGAP SEBAGAI BERAT SEBELAH KEPADA ORANG MELAYU DAN ISLAM, TERUTAMANYA DALAM ISU TERBARU TENTANG PEMBAHAGIAAN BISISWA, ISU INJIL DALAM BAHASA MELAYU DAN SEBAGAINYA, WALAU PUN KERAJAAN SEBENARNYA DALAM BANYAK PERKARA TELAH MELAKSANAKAN DASAR-DASAR NEGARA ITU BERPANDUKAN KEPADA PERLEMBAGAAN., YANG KALAU DITELITI DARI SEGI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG, MUNGKIN TERDAPAT PERLAKSANAAN DASAR YANG BARU, AGAK BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA.
NAMUN BEGITU, SAYA RASA, UMNO TETAP AGAK KONSISTEN DALAM MEMPERJUANGKAN DASARNYA, DAN PERUBAHAN YANG DILAKUKANNYA, HANYALAH DALAM BEBERAPA PERKARA YANG TIDAK MENYENTUH FUNDEMENTAL AGENDA DAN DASAR PERJUANGANNYA, SERTA MEMPERBAIKI PENGURUSANNYA YANG LEMAH DI SANA SINI. SELAIN DARI ITU UMNO MENAMPAKKAN DASAR PERJUANGAN YANG JELAS DAN TELUS.
PERJUANGAN PARTI-PARTI POLITIK PADA ASALNYA IALAH UNTUK KEPENTINGAN DAN KEBAJIKAN RAKYAT SELURUHNYA..NAMUN, DISAMPING MAHUKAN PERUBAHAN UNTUK KEPENTINGAN RAKYAT, TETAPI DI NEGARA KITA INI KEADAANNYA AGAK UNIK, IAITU DALAM ISU AGAMA DAN KETURUNAN, IAITU ISU ISLAM DAN MELAYU, DAN ISU KAUM BUKAN MELAYU, JUGA AGAMA-AGAMA LAIN, ADALAH MERUPAKAN SESUATU YANG SEHARUSNYA BERPANDUKAN KEPADA PERLEMBAGAAN.
ORANG MELAYU DAN ISLAM, BOLEH MEMPUNYAI PANDANGAN DAN PENDAPAT YANG BERBEZA DALAM POLITIK, TETAPI MEREKA TIDAK SEHARUSNYA BERCANGGAH DALAM PENTAFSIRAN DAN AGENDA PEMANTAPAN ISLAM SEBAGAI AGAMA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM, DAN HAKIKAT BAHAWA ISLAM ITU MERUPAKAN AGAMA KESATUAN YANG MAMPU MENYATU PADUKAN UMAT ISLAM SELURUHNYA DALAM GAGASAN DAN PENTAFSIRANNYA YANG TERTENTU.
SEKARANG INI NAMPAKNYA UMNO DAN PAS MEMPUNYAI PENTAFSIRAN YANG BEERBEZA DALAM ISU-ISU KEAGAMAAN SEPERTI ISU NAMA ALLAH DAN INJIL BAHASA MELAYU. DULU TIDAK ADA POLITIKING DALAM ISU INI, DAN SEMUA RAKYAT, ISLAM DAN BUKAN ISLAM, MENERIMA HAKIKAT INI SEBAGAI SATU AJARAN AGAMA DAN SEBAGAI SATU TRADISI SERTA DASAR DALAM BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT MELAYU ITU SENDIRI.
TETAPI APABILA ISU INI DITAFSIRKAN MELALUI KACA MATA POLITIK KEPARTIAN, MAKA ISU-ISU INI JUGA TELAH DILIHAT SEPERTI ISU LAIN, YANG HANYA MEMPUNYAI KEPENTINGAN POLITIK, SAMA ADA POLITIK PEMERINTAH ATAU PEMBANGKANG.
SAYA ARASA PAS DAN UMNO BOLEH BERJUANG BERSENDIRIAN. DALAM KEADAAN SEKARANG INI, KETIKA LANDASAN PERJUANGAN AMAT BERBEZA, DAN "TASAWWUR" ATAU "WORLD-VIEW" ISLAMNYA KELIHATAN AMAT BERBEZA, TENTULAH TAK MUNGKIN BAGI KDUA-DUA PARTI ITU BERGABUNG SEPERTI YANG DICADANGKAN OLEH BEBERAPA PIHAK YANG TERTENTU.
OLEH ITU DALAM SOAL-SOAL DASAR YANG MENYENTUH ISU FALSAFAH KETUHANAN, AKIDAH - TEOLOGI, DAN PEROSLAN POKOK ISLAM YANG FUNDEMENTAL, YANG DIHARAPKAN OLEH MAJORITI MELAYU YANG TIDAK TAKSUB POLITIK, IALAH KESATUAN PENDIRIAN DAN PENTAFSIRAN OLEH KEDUA-DUA PARTI POLITIK ITU BERDASARKAN AJARAN ISLAM YANG SEBENARNYA, DAN JUGA BERDASARKAN AMALAN KITA DI NEGARA INI, YANG KADANG-KADANG BERBEZA DARI AMALAN NEGARA JIRAN KITA DALAM BEBERAPA PERKARA, SEPERTI KAHWIN CAMPUR UMPAMANYA, YANG DIBENARKAN OLEH NEGARA JIRAN KITA SUPAYA PERKAHWINAN DIANTARA LELAKI PEREMPUAN YANG BERBEZA AGAMA ITU DIBOLEHKAN TANPA MENUKAR AGAMA, SEDANGKAN KITA TELAH MENGAMALKAN AJARAN ISLAM YANG MEMESTIKAN PERTUKARAN AGAMA ORANG BUKAN ISLAM KEPADA AGAMA ISLAM KETIKA BERLAKU PERKAHWINAN DI ANTARA PASANGAN ISLAM DAN BUKAN ISLAM..DASAR "UNITY IN DIVERSITY" HARUSLAH DIAMBIL OLEH UMNO DAN PAS DALAM ISU-ISU DASAR ISLAM.
KALAU KEDUA-DUA PARTI INI MERASAKAN BAHAWA DALAM KEADAAN-KEADAAN YANG TERTENTU MEREKA SEHARUSNYA BERSIKAP FLEKSIBAL UNTUK MENGAMBIL HATI ORANG BUKAN ISLAM, MAKA ERTINYA DASAR ISLAM HARUSLAH DIKORBANKAN KERANA KEPENTINGAN POLITIK, DAN HAL INI AMATLAH MERBAHAYA KEPADA ISLAM DAN UMATNYA SENDIRI, YANG MEJORITINYA AMAT KECIL DI NEGARA KITA INI.
MENGORBANKAN DASAR-DASAR YANG REMEH TEMEH, MEMANGLAH MERUPAKAN PERKARA KECIL SAHAJA, TETAPI MENGORBANKAN DASAR ISLAM YANG BERKAITAN DENGAN ISU TERAS, ATAU MERAGU-RAGUKAN PEGANGAN DAN AKIDAH ISLAM SESAMA UMAT ISLAM, MAKA ISU INI ADALAH ISU BESAR YANG TIDAK SEHARUSNYA TIMBUL DALAM MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA KITA INI, YANG BUKAN MERUPAKAN SESUATU YANG BOLEH DI "KOMPROMI" KAN.
SAYA AKAN TERUS MENGIKUTI PERKEMBANGAN INI, TERMASUK PERKEMBANGAN PERJALANAN MUKTAMA PAS INI MELALUI MEDIA, UNTUK MELIHAT SEJAUH MANAKAH PAS MASIH BERTAHAN DENGAN DASAR-DASAR YANG DIAMALKAN SELAMA INI, ATAU PENDIRIANNYA AKAN GOYANG SEDIKIT SEBANYAK, MENGIKUT PERUBAHAN DAN RENTAK BARU DALAM DASAR SERTA KEPIMPINAN PAS YANG NAMPAKNYA AKHIR-AKHIR INI MENIMBULKAN SEDIKIT KEKELIRUAN PADA UMAT ISLAM DI NEGARA KITA, TERUTAMANYA GOLONGAN RAKYAT ISLAM YANG TIDAK PARTISAN.
Prof., maaf komen saya agak lain sikit. Politik adalah aktiviti keduniaan. Kalau hidup dunia Allah kata: tempat mainan, tipu daya, bila pengaruh dunia lebih, akhirat pun lupa. Kalau hidup dunia berubah, politik juga berubah. Kalau PAS kata nak tegakkan Islam, bohong. Komunis kata, macam ibu bapa janjikan gula-gula, supaya anak-anaknya tidak menangis lagi. Boleh tunai, lebih banyak gagal. Demikian jua dengan Islam. Islam sempurna, tapi penganut/pejuangnya tidak sempurna.
ReplyDeleteBila ulamak PAS merayu: Kepimpinan ulamak perlu dikekalkan. Ungkapan dan intonasi rayuan, gambarkan ulama PAS lemah. Macam mana nak berhujah dengan PKR. Bagaimana nak kaunter balik kenyataan DAP. PR Serawak buktinya. Tak mampu analisa, kemenangan di Kedah kerana hanya tompang kebencian PKR kepada UMNO. Tompang undi DAP yang mahu tumbangkan BN. Isu politik tidak akan berhenti kerana ia isu perasaan dan nafsu.
Lebih baik sediakan Bas Pesiaran yang lebih ekslusif. Boleh bawa semua rakyat melalui lebuhraya rohani terus ke syurga.