MALAM ISRA' DAN ZAMAN DULU-DULU

Dulu-dulu suasana beragama dan kesedaran tentang ibadat serta ketibaan bulan-bulan Islam amat mudah dirasa. Masa saya budak-budak berhingus di kampung lama dulu, saya tahu bulan Rejab dah masuk, kerana saya tenguk mak saya berpuasa, sedangkan bulan puasa belum tiba.

Pada mulanya saya hairan juga kenapa mak saya puasa sedangkan bulan Ramadhan belum tiba, saya tahu bulan Ramadhan dah tiba kerana tiap2 malam ada terawih, makan mureh, dan masa orang sembahyang di surau, kami main macam2, riuh rendah dalam kampung, dan masuk hutan, berbekalkan lampu suluh yang berbeteri baru.

Bila orang sudah sembahyang, kami pun bergegas ke surau berebut makan bubur kacang, bubur nasi, meehun goreng, atau habis2 lekeh pun makan roti dengan kari ayam. Sedap sungguh moreh ni.

Itulah tandanya bulan puasa, tetapi mak saya puasa dah, malam2 tak ada terawih dan tak ada moreh pun. Lama kemudian, bila saya dah pergi sekolah, barulah saya tahu yang emak saya tiap2 tahun puasa tiga bulan, Rejab, Sya'ban dan Ramadhan. Yang dia puasa awal itu maknanya baru masuk bulan Rejab. Lepas tu taulah saya.

Tapi kini dunia dah berubah, amalan orang pun demikian juga, lalu suasana pun bertukar, tak tau lagi bila rejab atau sya'ban. Bagaimana pun tak pe lah, kerana puasa tiga bulan itu bukan wajib semuanya, dua bulan puasa sunat, Ramadhan saja puasa wajib, malah ada pula "tok guru" yang kata puasa Rejab dan Sya'ban itu bukan mengikut sunnah, bid'ah saja. Pedulikanlah, nak puasa sunat apa salahnya dalam bulan apa pun! Dia puasa pun bukan niat wajib. Kita dah tak mau puasa, orang lain nak puasa jangan kata mereka berdosa pula, masuk nerakalah, dan sebagainya, apa nak dosanya puasa sunat??

Bagaimana pun saya teringat hal ini, hal Mak saya dulu, kerana masa amat berubah kini. Ketibaan bulan Rejab dan bakal tiba pula Sya'ban dan Ramadhan tahun ini bukan membawa suasana kyusuk dan hening seperti dulu. Kini kita tengah sebok pasal tunjuk perasaan, tindakan nak lakukan aktiviti "bersih", mengumpul ribuan orang untuk menunjukkan "otot" masing2, tak perlu hiraukan siapa2 lagi, nak marahkah, nak halang, nak bantah, buat laporan polis, nak kata apa pun, pedulikan !!

Itulah maknanya zaman teknologi, global, zaman memperjuangkan hak asasi manusia, kebebasan, ketelusan, zaman demokrasi dan sebagainya. Zaman ini bukan zaman bermegah2 dengan nilai moral dan akhlak, zaman memupuk toleransi dan kehidupan yang harmoni. Itu zaman dulu, zaman lama, kuno, sekarang zaman moden, zaman undang2 manusia, zaman "keras kepala" "konfrantasi" dan "zaman lawan" !!

Itulah bezanya dulu dan sekarang. Semakin saya mengingati zaman2 lama, semakin saya merasa sedih dengan orang2 sekarang, termasuk orang2 seagama dengan saya sendiri!!!

Comments

  1. as salam Dr Ismail

    org dulu-dulu suka kestabilan....org zaman sekarang suka kebebasan...

    itu beza dulu dan sekarang...

    seronok membaca catatan org lama...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....