HARI KEDUA DI ANKARA
KONVOKESYEN YANG MERIAH, TIDAK MENJEMUKAN. ITULAH YANG DAPAT SAYA SIFATKAN MAJLIS KONVOKESYEN YANG DIJALANKAN DI UNIVERSITI TEMPAT PERSIDANGAN THE INTERNATIONAL CONFERENCE ON HIGHER EDUCATION (I.C.H.E.) MULAI ESOK, KHAMIS 17 JUN 2011, IAITU BILKENT UNIVERSITY, ANKARA.
KEBETULAN UNIVERSITI INI MENGADAKAN MAJLIS KONVOKESYENNYA HARI INI, MAKA BEBERAPA ORANG PEMBENTANG KERTAS KERJA YANG AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN DI DALAM PERSIDANGAN TERSEBUT, TELAH DIUNDANG BERSAMA SEBAGAI TETAMU KHAS, DUDUK DI DEPAN, BARISAN KEDUA.
HARI INI PULA HUJAN LEBAT TURUN DI ANKARA, ORANG TURKI SAMA JUGA DENGAN ORANG PUTEH, MEREKA TAU REDAH SAHAJA DALAM HUJAN YANG LEBAT, LARI KE KERETA, TAK ADA PAYUNG, TAK ADA APA-APA PERLINDUNGAN, LALU KAMI PUN LARI JUGA LENTANG PUKANG DALAM HUJAN MENUJU KE KERETA, DAN ADA SEORANG PROFESOR, YANG AGAK BERUMUR, (TETAPI MUNGKIN LEBEH MUDA DARI SAYA), MERANGKAK MENAIKI VAN PACUAN EMPAT RODA YANG DISEDIAKAN BAGI KAMI, IAITU PROFESOR DARI NEGERI BELANDA, YANG TERMENGAH-MENGAH BERLARI DALAM HUJAN, SEHINGGA PEMANDU VAN ITU TERPAKSA MENOLONG MENGANGKATNYA BERDIRI DAN DUDUK ATAS TEMPAT DUDUK KERETA ITU.
KALAU ISTERI SAYA DATANG SAMA, TENTU DIA DAH SAKIT KEPALA, KERANA DIA TAK BOLEH LANGSUNG KENA HUJAN SETITIK PUN, SAKIT KEPALA, KENA CARI PENADOL ! MANA NAK CARI PENADOL DI ANKARA INI, KALAU TAK BAWA DARI MALAYSIA ! TETAPI SAYA JUMPA PENADOL DALAM BEG BAJU SAYA, DIA BEKAL JUGA KEPADA SAYA, JUST IN CASE.
SUASANA DALAM MAJLIS KONVO ITU RIOH RENDAH DENGAN SORAKAN, JERITAN, SIAULAN DAN BUNYI MERCUN SERTA BUNGA API, SEBELUM MAJLIS DIMULAKAN. APABILA MAJLIS BERMULA BARULAH SUASANA MENJADI TENAG. SEMUANYA PELAJAR YANG MENJADI GRADUAN DALAM SESI INI IALAH 600 ORANG, DAN SESI YANG KAMI HADIR PADA JAM 2 PETANG ITU ADALAH SESI KEDUA. PAGI TADI JAM 8 TELAH ADA SATU SESI, DAN JAM 8 MALAM INI SATU SESI LAGI. SEMUANYA 1,800 GRADUAN YANG LULUS TAHUN INI DARI SEMUA FAKULTI UNIVERSITI TERSEBUT.
MAJLIS DI SERIKAN DENGAN PASUKAN MUZIK PELAJAR SENDIRI, TETAPI ENTAH LAGU APA YANG DIMAINKAN, TAK KETAHUAN DENGAR, KERANA PARA GRADUAN AMAT RIANG DAN GEMBIRA, BERSORAK SORAI, DAN TERPEKIK MELOLONG, BANGUN RAMAI-RAMAI, DUDUK RAMAI-RAMAI, BERGILIR-GILIR DARI SATU PENJURU KE SATU PENJURU DALAM DEWAN BESAR YANG BERBENTUK STADIUM BULAT INI, MENGANGKAT TOPI, DAN MENIUP SEJENIS ALAT YANG AMAT KUAT BUNYINYA, SEPERTI ALAT YANG SERING KITA DENGAR KETIKA PERLAWANAN BOLA SEPAK LEGA INGGERIS DALAM STADIUM.
APABILA MAJLIS BERMULA BARULAH SUASANA KEMBALI TENANG, IAITU DIMULAI DENGAN LAGU KEBANGSAAN TURKI, KEMUDIAN UCAPAN REKTOR, SETELAH ITU PRESIDEN UNIVERSITI MENYAMPAIKAN ANUGERAH AKADEMIK KEPADA BEBERAPA ORANG PROFESOR YANG CEMERLANG, DI IKUTI DENGAN PEANUGERAHAN IJAZAH PH.D DAN SARJANA OLEH REKTOR.
PENGANUGERAHAN IJAZAH PH.D DAN SARJANA DI SEMPURNAKAN OLEH REKTOR SENDIRI, KEMUDIAN TIBA KEPADA ACARA PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA, MAKA IA DILAKUKAN OLEH DEKAN FAKULTI MASING-MASING, IAITU DENGAN MENGGUNAKAN DUA BELAH BAHAGIAN PENTAS, KIRI DAN KANAN, DENGAN DUA ORANG JURUACARA, MEMBACA NAMA BERSELANG SELI KIRI DAN KANAN, DAN PARA GRADUAN BERATUR DI SEBELAH KIRI DAN KANAN, NAIK SERTENTAK KEATAS PENTAS, TERIMA IJAZAH, LALU TURUN JUGA DISEBELAH KIRI, BAGI GRADUAN YANG MENERIMA IJAZAH SEBELAH KIRI PENTAS, DAN TURUN DI SEBELAH KLANAN BAGI GARDUAN YANG MENERIMA IJAZAH DI SEBELAH KANAN, SEKEJAP SAHAJA SELESAI, TAMBAHAN PULA SUASANA GEGAP GEMPITA MACAM DUNIA NAK KIAMAT DIBUATNYA OLEH PARA GRADUAN DAN KAWAN-KAWAN SERTA KELUARGA YANG DATANG MERAIKAN MEREKA YANG BERJAYA, SEMUANYA INI MENJADIKAN MASA BERLALU DENGAN AGAK PANTAS.
MAJLIS MEREKA TIDAK TERLALU KUDUS DAN HENING, MALAH MENAMPAKKAN KEGEMBIRAAN SEBAGAI HARI PERAYAAN BAGI MERAIKAN KEJAYAAN TERHADAP USAHA PARA PELAJAR BERTAHUN-TAHUM LAMANYA MEMERAH OTAK UNTUK LULUS, MAKA HARI KEJAYAAN INI DIRAIKAN DENGAN MERIAH, BUKAN TERLALU SEPI DAN KAKU SEPERTI ORANG YANG SEDANG BERDUKACITA.
ITULAH YANG SAYA KATAKAN DI ATAS, BAHAWA INILAH KONVO YANG TIDAK MENJEMUKAN DAN PENUH DENGAN SUASANA GEMBIRA MENYAMBUT KEJAYAAN PARA GRADUAN.
KITA MUNGKIN DAPAT BELAJAR DARI KEADAAN INI, SUNGGUH PUN MAJLIS KONVO KITA TENTULAH LEBEH MERUPAKAN SATU MAJLIS YANG RASMI DAN FORMAL, BUKANLAH MAJLIS KONSERT ROK, ALA MAJLIS EMMY SEARCH UMPAMANYA, MAAF EMMY (KENALAN SAYA KERANA DIA MENGHANTAR ANAKNYA KE TADIKA ANAK SAYA ILHAM)NAMUN BEGITU, TIDAKLAH PULA MAJLIS KONVO KITA MENJADI TERLALU SUNYI SEPI, SEHINGGAKAN NAK TEPOK TANGAN PUN TAK BOLEH, MUZIK YANG BUNYI PUN HANYA GEMELAN, ATAU CAK LEMPONG SAJA.
ESOK SAYA NAK CERITA YANG LEBEH SERIUS TENTANG UNIVERSITI BILKENT INI. INSYA'ALLAH.

Comments
Post a Comment