DARI ANKARA KE KUCHING

ALHAMDULILLAH, BALIK DARI ANKARA YANG MENGAMBIL MASA BERBELAS-BELAS JAM DI UDARA, AKHIRNYA MENDARAT DI KLIA SELASA 21 JUN JAM 5 PAGI. SEMASA DI ANKARA, IAITU PADA HARI AHAD 19 JUN JAM 9 PAGI, KERTAS SAYA DIBENTANGKAN DI DALAM PERSIDANGAN "INTERNATIONAL CONFERENCE ON HIGHER EDUCATION" (I.C.H.E)INI TENTANG KERJASAMA DIANTARA UNIVERSITI DAN PARA PENYELIDIK TIMUR DAN BARAT, TERUTAMANYA DI ANTARA DUNIA BARAT DAN ISLAM, YANG SEHARUSNYA DI PUPUK DENGAN LEBEH AKTIF DALAM MEMAHAMI DI ANTARA SATU DENGAN LAIN, TERUTAMANYA BAGI MENGELAKKAN KONFLIK YANG MELIBATKAN MANUSIA SEJAGAT DISEBABKAN OLEH PREJUDIS BANGSA, AGAMA, POLITK DAN SEBAGAINYA. (MUNGKIN NANTI SAYA SIARKAN SEBAHAGIAN DARI KERTAS SAYA ITU DI SINI).

SELESAI PEMBENTANGAN, WAKIL ISRAEL (!) YANG MULA-MULA BERSALAM DENGAN SAYA DAN MENYATAKAN KEGEMBIRAANNYA DENGAN PEMBENTANGAN SAYA. KEMUDIAN BERLAKU PERTUKARAN PANDANGAN DENGAN WAKIL TUAN RUMAH (TURKI)TENTANG BAGAIMANAKAH MUNGKIN DISIPLIN AGAMA DISEPADUKAN DENGAN BIDANG PENGAJIAN UMUM BERBENTUK AKADEMIK "CONVENTIONAL". SETELAH BERTUKAR PANDANGAN, BELIAU BEERKATA KEPADA WAKIL PAKISTAN DENGAN DI DENGARI OLEH SEMUA PARA PESERTA BAHAWA KITA (TURKI DAN PAKISTAN) SEHARUSNYA MELAKUKAN LANGKAH YANG SAMA DALAM PENDIDIKAN SEPERTI MALAYSIA. SAYA MENYATAKAN JUGA KEPADA BELIAU BAHAWA TERDAPAT DUA ORANG PROFESOR DARI TURKI YANG PERNAH TERDEDAH KEPADA SISTEM INI KETIKA MEREKA MENGAJAR DI UIAM, IAITU PROF DR YUSUF, PENGARAH PENGAJIAN TINGGI TURKI SEKARANG, DAN PROF AHMAD DAVUTUGLU, YANG SEKARANG MENJADI MENTERI LUAR TURKI. DIA KATA DIA TAHU, DAN PERNAH PUN BERBINCANG DENGAN MEREKA.

OLEH ITU SAYA FIKIR SELAMA INI KITA NAMPAKNYA SERING MENYIMPAN SESUATU KEBAIKAN KITA HANYA DALAM LENGKONGAN KITA, DALAM NEGERI KITA SAJA, TANPA MENDEDAHAKANNYA UNTUK ORANG LUAR DAN MENDAPATKAN MAKLUM BALAS MEREKA. KITA BUKAN HENDAK BERBANGGA-BANGGA SAJA DENGAN SESUATU YANG KITA SUMBANGKAN DALAM PENDIDIKAN, EKONOMI, SOSIAL, POLITIK DAN SEBAGAINYA. TETAPI SEMUANYA YANG KITA LAKUKAN ITU ADALAH KERANA "POLITICAL WILL" DAN KOMITMEN YANG DI LAKSANAKAN OLEH KERAJAAN KITA SELAMA INI, YANG SERING MENDENGAR KEHENDAK PAKAR DAN AHLI DALAM BIDANG MASING-MASING.

SAYANGNYA SELAMA INI KEBAIKAN ITU TIDAK DIDEDAHKAN KEPADA DUNIA LUAR, SEBALIKNYA ORANG-ORANG POLITIK PULA, YANG KERANA SEBAB-SEBAB YANG TERTENTU, SERING KELUAR NEGARA DAN MENCERITAKAN SESUATU YANG MEREKA ANGGAP PERKARA BURUK YANG DILAKUKAN OLEH MALAYSIA. BANYAK SUDAH KITA DENGAR TENTANG PROPAGANDA BURUK TENTANG NEGARA KITA YANG DI HEBOH-HEBOHKAN DI LUAR NEGARA, MALAH MEMPANGARUHI RAKYAT KITA SENDIRI TENTANG PERSEPSI PALSU YANG MEREKA ADA-ADAKAN OITU, SEDANGKAN HAKIKATNYA BANYAK NEGARA LUAR YANG MASIH MENGANGGP MALAYSIA SEBAGAI NEGARA MODEL DALAM BANYAK BIDANG, SEPERTI BIDANG PENDIDIKAN INI.

TENTANG PILIHAN RAYA TURKI UMPAMANYA, APAKAH YANG DIKETAHUI OLEH AHLI-AHLI POLITIK KITA SEHINGGA TIMBUL ISU MEMBURUK-BURUKKAN NEGARA KITA? SAYA DI SANA, DAN SAYA MEMBACA SERTA MENDENAR SENDIRI DARI MULUT PARA AKADEMIK MEREKA, SAYA TIDAK NAMPAK KEBURUKAN KITA ATAU KEPINCANGAN NEGARA KITA, TERMASUK DALAM PILIHAN RAYA DAN PERHUBUNGAN DI ANTARA KERAJAAN DAN RAKYAT, MALAH DALAM BANYAK HAL, KITA LEBEH TERKEMUKA DARI TURKI, TERUTAMANYA DALAM KOMITMEN AGAMA DI SEMUA BIDANG KEHIDUPAN RAKYAT KITA' DAN KEBEBASAN YANG DINEKMATI OLEH SEMUA, TERMASUK OLEH AHLI POLITIK YANG MENDAPAT PENTAS UTAMA DALAM MASYARAKAT KITA INI.

SELEPAS INI, SAYA AKAN SAMPAIKAN BANYAK PERKARA KEPADA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI KITA TENTANG KEPENTINGAN KITA MENGHADIRI PERSIDANGAN YANG SAYA HADIRI DI TURKI INI, KERANA PERSIDANGAN YANG SAYA HADIRI ITU TELAH MEMASUKI SIRI KE 22, IAITU SUDAH LEBEH 22 TAHUN DI ADAKAN DI SELURUH DUNIA, YANG DIHADIRI OLEH RAMAI TOKOH DAN PIMPINAN IPT SELURUH DUNIA.

PERSIDANGAN INI AKAN DIADAKAN TAHUN HADAPAN 2012 DI IRBIL, BAHAGIAN KURDISTAN, IRAQ, DAN PADA 2013 DI TEL AVIV. KALAU TIDAK DI TEL AVIVI PUN, MUNGKIN WAKIL KPT DAN IPT KITA DAPAT MENGHADIRINYA TAHUN DEPAN DI IRAQ, SAMBIL DAPAT MELIHAT SENDIRI BAGAIMANAKAH PERKEMBANGAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA IRAQ YANG TELAH DIBERIKAN KEKUASAAN KEPADA TIGA KUMPULAN RAKYAT DI SANA SELEPAS PENDUDUKAN AMERIKA SYARIKAT DI SANA LEBEH SEPULUH TAHUN YANG LALU, IAITU KURDISTAN, SYIAH DAN SUNNI.

DALAM KELETIHAN PERJALANAN SAYA, DAN SEMPAT BEREHAT BEBERAPA JAM DI RUMAH, PETANGNYA, SELASA 21 JUN, SAYA TERBANG LAGI, KALI INI KE KUCHING, DENGAN PESAWAT JAM 3.50 PETANG, KERANA PADA 22 JUN HARI INI SAYA DIJEMPUT MENGHADIRI SATU MESYUARAT MENGENAI AGAMA, DI SINI.

KINI, SALAM SAYA DARI KUCHING, SETELAH MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL ANKARA DAN ISTANBUL, SELAMAT TINGGAL KEMAL PASYA ATTARTUK !!

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....