Skip to main content

HARI KE-15 PUASA - 20. 6. 2016


MELAYU BOLEH !
Dalam bulan puasa ini, di Surau Jumaat P. 14 Putrajaya, muncul imam Sudais muda umur 19 tahun...Memang Melayu boleh. Dia boleh membaca ayat Al-Quran ketika menjadi imam terawih dengan tertib, lemah lembut dan lagu gaya Imam Makkah, Sheikh Sudais..Jemaah Arab yang mengikuti solah terawih tersebut juga mengakui hal ini....Orang Islam berbahasa Arab dan keturunan darah Arab mungkin banyak yang dapat menurut bacaan dan lagu Sudais. tetapi Melayu, yang makan belacan atau budu dan tempoyak, baca ikut Sudais bagi kita agak ganjil. dan jarang2.
Rupa2nya bila satu kumpulan jemaah kami berbual, kata mereka di Malaysia ini memang banyak Sudais, baca lagu Sudais, dan tarannum juga tarannum Sudais, sejak lama dah.
Bukan hanya lagu Sudais tetapi dulu, Mahmud Husairi, Abdul Basit Abdul Samad, dan sekarang Al-Ghamidi serta beberapa orang lagi Imam Makkah yang dapat di tiru bulat2 oleh orang Melayu...
Ajaib, fikir saya, kerana orang Islam lain di beberapa negara Islam, nak sebut "ALLAH" dengan betul dan fasih pun susah, jadi "Alah" "Alah" saja....Tetapi Melayu, masya Allah, memang semangat Melayu boleh betul.
Kawan saya kata sebab itulah orang Melayu cepat meniru orang lain, cakap Inggeris macam Mat Saleh betul pun ada, cakap Jepun, Tamil dan bahasa2 lain pun ok juga, nyanyi macam penyanyi Negro Amerika salin tak tumpak seperti Net Kin Cole (mungkin salah ejaan nama ini) Anak Andi Lala menyanyi lagu Cina mungkin kalah penyanyi Cina asli...
Saya sebut semua ini, juga dalam semangat puasa Ramadhan, dalam nada mudah, ringan dan lawak, iaitu sekiranya kita mahu buat sesuatu, dan berazam untuk membuatnya dengan sempurna, maka kita boleh dan kita akan berusaha agar menjadi "perfect" !
Saya teringat juga ketika kecil2 dulu, orang kampung saya memanggil seorang penyanyi anak Melayu yang menubuhkan pasukan Ghazal Arab dengan panggilan Abdul wahab Malaya...kerana kata orang suaranya dan lagunya sama dengan penyanyi terkenal Mesir tahun2 lima puluhan itu, iaitu Muhammad Abdul Wahab
Jadi, semangat Tun M, Malaysia boleh itu bolehlah kita terjemahkan Melayu boleh. Dan harap Melayu boleh ini haruslah di kembangkan, bukan hanya kepada Sudais dan Al-Ghamidi, bahasa German dan Inggeris, Lagu Cina dan Inggeris Negro, tetapi dalam ilmu lain yang lebih berkembang di dunia maju, di Eropah dan Amerika, seperti ICT (bukan Ikan Celup Tepong - Trengganu) tetapi ICT yang tercanggih...
Semangat Ramadhan kita....


ers
Commen

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....