HARI KE-22 PUASA - 27. 6. 2016



Mufti ialah sumber fatwa rasmi negeri2 di Malaysia ini. Oleh kerana Mufti merupakan otoriti rasmi untuk mengeluarkan fatwa, maka seharusnya para Mufti hendaklah berhati2 mengeluarkan fatwa, hatta dalam hukuman biasa setiap hari pun, apa bila Mufti bercakap maka cakapannya itu telah di anggap sebagai fatwa.

Baru2 ini terdapat "fatwa' dari Mufti Pahang dan Perak, yang menjadi isu perdebatan, iaitu ketika Mufti Pahang mengeluarkan fatwa nya bahawa terdapat orang2 bukan Islam di negara kita ini yang di hukum sebagai kafir "harbi" iaitu kafir yang seharusnya (boleh?) di perangi, manakala Mufti Perak pula mengeluarkan fatwa bahawa tidak sah membayar zakat terus kepada ansaf (orang2 yang berhak menerima zakat) yang menurutnya pembayar zakat hendaklah membayar zakatnya kepada badan rasmi yang di lantik oleh Majlis Agama Islam Negeri yang di kira sebagai 'amil iaitu Pusat Pungutan Zakat dan 'amil yang bertauliah.

Mereka sememangnya bebas mengeluarkan fatwa, namun sebagai fatwa rasmi mereka tidak boleh hanya berdasarkan pandangan peribadi, atau ijtihad personal sahaja. Malah mereka sepatutnya dapat mengadakan perbincangan di dalam majlis fatwa negeri terlebih dahulu, dengan membentangkan beberapa dalil syarak yang mu'tabar dan menjalankan beberapa kajian dan penyelidikan, kemudian barulah di keluarkan fatwa.

Mufti perlulah berhati2 dalam hal ini, terutamanya isu orang bukan Islam di dalam negara kita, apakah ciri2 sebenarnya untuk meletakkan segolongan orang bukan Islam itu sebagai kafir yang boleh di perangi?

Demikian juga hukuman yang di katakan tidak sah membayar zakat terus kepada asnaf tanpa melalui PPZ atau Baitul Mal negeri2, apakah dasar dan dalil2 bagi fatwa ini.

Pendeknya hal ini merupakan asas utama yang seharusnya jelas ketika sesuatu fatwa itu di keluarkan supaya fatwa tersebut tidak merupakan isu kontraversil yang mengundang kepada perbahasan tidak seimbang, yang akhirnya akan merosakkan imej Mufti dan institusi fatwa itu sendiri.

Hal ini menambahkan kesedihan kita kerana berlaku ketika umat Islam sedang menunaikan puasa Ramadhan, ketika puasa bukan hanya dari segi makan minum dan melawan nafsu lain, malah di dalam perkatan dan pengucapan....



Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....