HARI KE-4 PUASA - 9. 6. 2016






EGO CENTRIC...
Cepat atau lambatnya hari dan masa berjalan agak subjektif juga. Namun bagi orang yang tidak bermasaalah, masa baginya berjalan agak pantas. Masuk hari ke empat Ramadhan pun mungkin antara sedar dengan tidak sedar saja hari ini di lampaui.
Orang Islam yang sedang berjuang melawan cabaran nafsu dalam bulan Ramadhan ini pun nampaknya bertibaran juga di atas dunia yang semakin sempit bagi mereka iaitu sebagai pelarian perang. Mereka lari dari negara sendiri kerana mahu menyelamatkan nyawa mereka dengan ahli keluarganya, yang banyak juga terdiri dari anak2 kecil beberapa bulan sahaja umurnya, atau membawa bayi yang sedang sarat di dalam perut ibunya, menunggu saat kelahirannya ke dunia nyata, di luar perut ibunya.
Mungkin sebahagian besar umat di negara Islam di Asia Barat dan Utara Afrika, tanah besar India dan Pakistan serta negara sekitarnya yang sedang terapung2 di tengah lautan yang dalam dan bergelora pada waktu malam yang gelap pekat sedang dalam pelarian menuju negara jiran dan Eropah. Nyawa di gadai, masa depan hanya Allah sahaja yang mengetahui, namun realiti hidup ini amat payah dan sengsara, mungkin kita yang tidak menjadi pelarian perang tidak dapat memahmi atau membayangkannya.
Kadang2 terfikir kita ketika melihat para pelarian perang yang mendarat di bumi asing, umumnya kuat mengerjakan ibadat solat dan puasa, kerana umat Islam turun temurun telah amat kuat komitmen mereka kepada hubungannya dengan Allah. Tetapi sayangnya, mungkin kerana beberapa unsur yang tertentu, kekuatan ini tidak melampaui ke kekuatan jemaah, kekuatan bersama sebagai satu umat dan seagama dalam menghadapi segala cabaran bersama.
Sebab itulah umat yang berjumlah berbilion di atas muka bumi ini tidak punya kekuatan dan kemahuan untuk membina keutuhan umat, kekuatan dunia sendiri dan agama juga. Mungkin juga kerana kekuatan individu dengan Tuhan telah terbina dengan kuat, maka mereka merasakan cukuplah dengan itu mereka menjadi umat yang di redhai Allah dan individu yang baik.
Hal ini telah kita warisi begitu lama, sebab itulah negara2 Islam yang kaya raya pun hanya dapat menggunakan kekayaannya untuk negara masing2 sahaja, malah seorang Presiden atau ketua negara dari negara2 yang bergolak itu akan lebih merasa penuh bertanggung jawab dengan kepentingan dirinya sahaja, walau pun rakyat sendiri menderita, di bunuh dan di tembak,
Mungkin masanya telah tiba, bagi umat Islam, para pemikir dan inteleknya berfikir bagaimanakah cara yang terbaik untuk membina kekuatan jemaah, masyarakat, ummah dan kesatuan negara Islam yang perkasa.
Melalui kuasa politik, Persatuan negara2 Islam, kerjasama ekonomi seperti orang lain, dan usaha2 lain lagi, supaya kekuatan peribadi dan individu dapat di teruskan kepada kesatuan masyarakat, komuniti, bangsa dan ummah yang satu....
Sembahyang puasa dan ibadat lain dapat di lakukan mengikut rukun2nya yang tertentu, tetapi pembinaan ummah dan tamaddunya dalam bidang kehidupan dunia nampaknya di letakkan di sebelah, tanpa di realisasikan menurut obligasi dan suruhan agama sendiri yang banyak di paparkan oleh kalimah Allah dan pesanan Rasul-Nya...mereka menjadi ego centric, aku - aku, kamu - kamu. apa pedulikan satu bangsa dan satu agama asalkan masing2 dapat melepaskan nafsu dan egonya sendiri...
Apakah hal ini akan berterusan hari demi hari, bulan dan tahun demi tahun, tanpa terdapat sebarang perubahan?

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....