HARI KE-24 PUASA - 29. 6. 2016



Dulu, zaman saya kecil2 di kampung, bila tiba hari ke sepuluh terakhir puasa, maka sibuklah masing2 menyediakan kelapa, beras pulut, dan akan mulai masuk hutan mencari daun palas untuk buat ketupat raya.

Yang kanak2 pula akan mencari tempurung kering yang bakal digunakan pada malam raya bagi menerangi halaman rumah, iaitu dengan menyusun tempurung ini melalui sebatang kaya yang di tanam di atas tanah agak panjang, lalu tempurung itu di tebuk lubang dan di susun dari bawah ke atas, hingga ke kemuncak kayu itu. Pada malam raya tempurung ini akan di bakar dari atas dan api akan membakar sehingga ke bawah dengan cahayanya menerangi pekarangan rumah. 

Kadang2 ada dua tiga bakaran tempurung di atas tiang yang tertegak tinggi ini, sehingga apinya terus menyala beberapa jam, dan ketika itulah budak2 bermain mercun, bunga api dan meriam buluh.

Orang2 dewasa pula sibuk juga ke madrasah atau ke masjid mengintai2 malam lailatul-qadar, terutamanya menjelang malam 27 puasa. Jamuannya agak istimewa pada malam 27 Ramadhan, mee hun goreng atau bubur nasi yang di perbanyakkan sedikit udang keringnya, dan makanan begini telah sampai ke kemuncak yang merupakan satu jamuan moreh yang istimewa dan mewah...

Di kampung air pun banyak, kerana perigi sentiasa penuh dengan air mata di bawah, tambahan pula jemaah mengambil wuduk melalui air kolah yang di takung dan semua jemaah mengelilingi kolah itu untuk mengambil wuduk.

Ketika berwuduk air tidak banyak terbuang, kerana semuanya di basuk di dalam air kolah itu, seperti membasuh muka, tangan dan kepala, hanya membasuh kaki sahaja, di gunakan baldi untuk membasuh kaki di luar kolam. Demikian juga ketika berkumur sebagai satu perkara sunat dalam berwuduk, maka orang akan berkumur, kemudian meludahkan kumurannya ke luar kolah.

Namun begitu dalam berkumur ini terdapat sedikit masalah, kerana ada seorang jemaah yang agak berumur, apa bila dia berkumur untuk memulakan wuduk, dia berkumur beberapa kali, tak kurang dari tiga kali, dan setiap kali dia berkumur, dia akan meludahkan kumurannya itu kembali ke dalam kolah .... tak kira orang lain banyak atau sedikit yang sedang mengambil wuduk, dia mengeluarkan air kumurannya itu kembali ke dalam kolah..mungkin dia fikir apa salahnya, mulut bersih kan?

Abang saya selalu perhatikan hal ini, dan dia akan pergi berwuduk ketika orang tua ini tak ada supaya tidak merasa jijik dengan air mulut yang di semburkan kembali ke dalam kolah...

Demikianlah nak jadi cerita, manusia kampung yang terlalu mudah dan berniat baik, dia tentu tidak merasakan bahawa apa2 yang di buatnya itu agak ganjil dari orang lain. Namun orang kampung semua dah tahu, tetapi mereka tetap mesra sesama sendiri, tak banyak "complain"...

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....