HARI KE-19 PUASA - 24. 6. 2016



Semua amal ibadat yang kita lakukan adalah di sertai dengan niat kerana Allah SWT, termasuklah ibadat puasa yang kita lakukan hari ke 19 pada hari ini.
Ibadat itu kita lakukan ialah kerana menunaikan perintah Allah dan kerana Allah, bukan kerana sesuatu makhlok dan tujuan yang lain, sehinggakan perbuatan yang kita lakukan untuk kepentingan sesama manusia adalah juga kerana Allah seperti perbuatan memberi sedekah kepada sesama manusia, maka niatnya ialah kerana Allah, supaya kita diberikan ganjaran oleh Allah SWT dengan kerja yang di galakkan oleh Allah itu, sedangkan manfaatnya ialah untuk kepentingan orang yang kita berikan sumbangan dan sedekah itu.
Puasa bulan Ramadhan juga kita laksanakan kerana telah di fardhukan oleh Allah, dan kita lakukan kerana menunaikan perintah Allah.
Banyak para penyelidik di dalam berbagai2 bidang kehidupan manusia, seperti pakar perubatan, ahli psaikologi, sosiologi, kerohanian dan sebagainya telah membuat kajian tentang puasa dan mereka, menerusi kajian masing2, telah membuat beberapa penemuan, seperti faedah kesihatan yang mereka temukan di dalam berpuasa iaitu yang dapat menyembuhkan berbagai2 penyakit, seperti asthma, obesiti, malah kolesterol tinggi, kencing manis dan lain2
Ahli2 psikologi berpendapat bahawa puasa juga boleh meringankan perasaan stress, tekanan mental, jiwa dan beberapa hal lain yang berhubung dengan kejiwaan.
Pendeknya berbagai2 teori dan dapatan yang sering di bentangkan tentang rahsia dan faedah puasa kepada badan dan jiwa manusia.
Namun begitu, ibadat puasa tidaklah boleh di niatkan kerana hendak menguruskan badan umpamanya, atau menghilangkan stress, mengurangkan gula di dalam darah dan lain2 keistimewaan yang di perolehi oleh orang2 yang berpuasa, kerana niat yang asasi bagi puasa ialah untuk Allah, dan kerana menjunjung perintah Allah.
Segala kebaikan dan faedah puasa yang di manfaatkan oleh manusia, adalah merupakan hikmah ibadat itu, yang mungkin akan berhasil, atau mungkin juga tidak berhasil. cuma orang yang berpuasa kerana Allah itu akan menyerahkan kepada Allah tentang faedah sampingan dan hikmah yang terpulang kepadanya dari berpuasa itu.
Itulah konsep niat dan tujuan orang Islam berpuasa, dan kekuatan orang Islam berpuasa selama sebulan dengan mengatasi dan melawan segala cabarannya ialah kerana dia melakukannya kerana Allah SWT dan dengan harapan untuk menjadi orang yang bertaqwa....
Sifat2 untuk menjadi orang bertaqwa mungkin akan di sentuh di dalam ruang ini kemudian insya'Allah..

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....