HARI KE-17 PUASA - 22. 6. 2016



HAMPIR 40 TAHUN BERPUASA DAN BERAYA DI DALAM PENJARA?
BERUNTUNG JUGA BAGI ORANG iSLAM YANG DI KENAKAN HUKUM DUNIA, KERANA HUKUM INI SERING MENJADI KEINSAFAN KEPADA MEREKA.
Hari ini kita baca dalam akhbar tempatan bahawa ada seorang banduan yang di hukum penjara seumur hidup kini memasuki ke tahun 38 berpuasa dan beraya di dalam penjara....
Banduan ini mengaku dengan ikhlas bahawa dia amat merinduai keluarganya dalam bulan Ramadhan dan berhari raya yang telah di jalani selama 38 tahun di sebalik pagar besi dan lantai simen penjara yang kasar dan menjemukan itu....
Dia dulunya liar dan lupakan dosa pahala, tidak tahu apa kah ibadat dan nilai moral dan akhlak yang baik sesama manusia dan dunia sekelilingnya. Saya rasa hal inilah yang menyebabkan dia bertindak liar melakukan kesalahan yang menyebabkan dia di penjara seumur hidup kerana mengetuai satu rompakan bersenjata.
Dia sekarang telah berumur 71 tahun, dan menceritakan bahawa ketika dia memasuki penjara sekitar tahun 1978 dia mempunyai se orang anak yang berusia 7 tahun......
Bagaimana pun dari berita yang di siarkan ini ternyata bahawa dia telah banyak mendidik diri dan mindanya, dan penghayatan agama yang di pelajarinya di dalam penjara serta pengalaman hidupnya yang amat pahit selama ini, telah memberikan pelajaran yang baik kepadanya...dia insaf dan mengetahui dengan jelas kenapa seorang itu perlu beragama, dan kenapakah agama mendidik manusia menjadi baik untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.
Dalam menjalani ibadat puasa ini, cuba kita renungkan sejenak ketika menghadapi hidangan berbuka puasa nanti, apakah agaknya perasaan kita sekiranya hari ini kita berbuka tanpa keluarga dan kenalan, bersendirian di dalam penjara,,,? Hari ini sahaja, bukan 38 tahun...,apakah perasaan kita ?
Top of Form

Like
Love

Haha

Comments

Popular posts from this blog

ADAT PERMAINAN.......!

SIAPA? APAKAH SEBENARNYA GENERASI Y?

MENITI USIA TUA....