Posts

Showing posts from December, 2018

MEMBUKA LAMBARAN BARU BLOG 2019

NILAI-NILAI BERSAMA UNTUK SEMUA Mendengar ucapan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, pada 31 Julai 2018 yang lalu, di hadapan sekumpulan para cendiakawan Islam di pejabatnya, mengingatkan kembali   ke tahun 1991 ketika Perdana Menteri yang sama ini memanggil penulis ke pejabatnya dan menyatakan hasrat beliau untuk menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Intipati penjelasan beliau tentang Islam dan konsep sarwajagatnya masih sama , iaitu Islam sebagai sistem hidup yang lengkap, merangkumi kehidupan dunia dan akhirat, tidak hanya tertumpu kepada ibadat dan fardhu ain semata-mata. Bagaimana pun, kelainan suasana dan perbincangan yang terbaru ini sahaja yang amat terasa, ketika dalam pertemuan ini, beliau dilanda emosi semasa sedang menyampaikan perutusannya itu, sehingga kelihatan sebak dan tidak mampu meneruskan ucapannya, lalu YB Menteri Mujahid Yusuf, sebagai Pengerusi perjumpan, terpaksa menenangkan keadaan dengan meneruskan perbincangan. Pertemuan