Posts

Showing posts from September, 2011

MENCABAR KUASA SULTAN

Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerahkan laporan kepada Menteri Besar Selangor tentang tindakannya memeriksa Damansara Utama Methodist Church (DUMC) tempoh hari. MB telah membuat kenyataan untuk menunggu titah tuanku tentang perkara ini. Inilah beritanya yang disiarkan oleh portal Malaysian Insider pada 28 September 2011, yang menjadi rujukan saya di sini.

Seperti biasa, apa2 berita atau artikel yang disiarkan dalam portal ini akan diikuti oleh komen2 di bawahnya yang kadang2 mengulas tentang isi berita atau pandangan yang tersiar dalam artikel dan sebagainya, maka berita tentang permintaan MB Selangor supaya rakyat menunggu titah Sultan dalam hal ini juga menerima beberapa reaksi dari pembaca, yang menulis dengan menggunakan nama pena masing2.

Salah satu komen awal yang diberikan, seperti yang disiarkan oleh Malaysian Insider di bawah berita tersebut ditulis oleh seorang yang menggunakan nama samaran, dan bunyinya adalah seperti berikut

"The Sultan's credib…

HUDUD BUKAN HANYA ISU POLITIK

Saya amat ingin melihat dan mendengar bahawa isu2 mengenai perundangan Islam atau sivil, bukan hanya merupakan soalan dan isu perkauman atau partisan. Isu hudud juga janganlah hanya menjadi isu politik kepartian dan taksub ahli politik parti2 yang tertentu seperti yang berlaku sekarang ini. Kalau isu ini hanya dipandang dari sudut politik kepartian, maka akan bertambah besarlah jurang kesalah fahaman dan taksub diantara ahli2 parti politik, terutamanya PAS dan UMNO, kerana kedua2nya merupakan parti yang dianggotai oleh orang Melayu dan Islam, dan kedua2 para pengikutnya amat taksub dengan parti dan dasar masing2.

Orang yang bukan ahli taksub parti politik, orang awam yang berkecuali, orang Islam yang tidak kisah tentang parti manakah yang memerintah dan mencari undi, malah orang2 bukan Melayu, intelek, profesional, cendiakiawan, semuanya ingin tahu apakah sebenarnya undang2 Islam yang dikatakan hudud itu itu? Apakah takrifannya, apakah definisinya yang jelas dan terperinci? Apakah pros…

PENGUMUMAN PENTING PM?

ISLAMOFOBIA

11 September ? Apakah Kepentingannya?

Telah sepuluh tahun berlalu peristiwa 11 September, iaitu peristiwa dua buah jet penumpang merempuh Pusat Dagangan Dunia di New York yang menyebabkan kemusnahan dan kehancuran dua buah menara berkembar yang sasa itu, menjadi debu dan mengorbankan ribuan nyawa manusia.

Tun Dr Mahathir mengatakan bahawa orang Arab, yang dianggap pengganas yang menculik pesawat gergasi itu dan merempuh bangunan yang kuat itu, hanya merupakan helah Amerika sahaja, kerana orang Arab tidak mampu melakukan tindakan berani dan gagah itu. Pada pandangan Tun, Amerika sebenarnya yang bertindak melakukan hal itu, untuk membolehkan kuasa penjajah dunia itu, mengambil langkah drastik kepada umat Arab dan Islam, seterusnya menyerang negara Arab dan mendudukinya, kemudian mengaut kekayaan negara Arab untuk kepentingan mereka..

Saya tidak berniat membincangkan hujah dan pandangan Tun Dr Mahathir ini. Malah saya hanya merasa perlu memfokuskan kepada kejadian dan peristiwa ini.

Hari ini, 11 September 2011, kita menonton sa…

MASYARAKAT ISLAM BERTELAGAH

Negara Arab yang telah "selesai" menggulingkan ketua negaranya, sekarang mengalami masalah mencari pengganti ketua negara dan Kerajaan baru, seperti yang berlaku di Mesir dan Tunisia. Negara2 Islam yang hampir2 menjatuhkan ketua negara mereka seperti Libya dan Syria, masing2 mengalami mala petaka yang meruncing, kematian, kebuluran, kerisis makanan dan minuman, tempat perlindungan, dan seterusnya pelarian dan kesengsaraan yang lain.

Mesir bukan hanya tidak berjaya menubuhkan kerajaan baru, atau mendapatkan ketua negara yang lain, namun masa yang ada, nampaknya sibuk dihabiskan dengan perbicaraan bekas Presidennya, Husni Mubarak, yang terpaksa di usung ke mahkamah untuk menghadapi pertuduhan membunuh rakyatnya ketika berlaku pemberontakan tempoh hari. Husni Mubarak mungkin tidak cukup sedar untuk mendengar pertuduhan terhadapnya, atau membela dirinya, kerana dia nampaknya hampir koma dan tidak sedarkan diri.

Pemandangan di Libya lebeh menyedihkan, ribuan terbunuh sejak lebeh li…

AIR MATA DI SOMALIA DAN PETALING JAYA