Posts

Showing posts from February, 2010
SAMBUTAN MAULIDURRASUL Alhamdulillah sambutan hari bersejarah mengingati hari keputraan Rasulullah SAW telah berjalan lancar dan penuh arti di negara kita, malah diseluruh negara Islam yang lain. Saya berada di negara Brunei Daarussalam pada hari perayaan tersebut, dan saya dapati negara tersebut melalui siaran langsung TV telah memancarkan segala zikir, sembahyang yang dihadiri oleh Ketua negaranya. Hari Sabtu 27 Februari barulah diadakan perarakan dan perayaan di Bandar Seri Begawan, kerana hari Sabtu menjadi hari cuti umum maulidurrasul, oleh itu semua peringkat rakyat jelata akan dapat mengambil bahagian dengan ramainya di dalam peerarakan dan perayaan tersebut. Pada hari Sabtu 27 Februari juga kita membaca dan melihat akhbar, bagaimanakah meriahnya orang Islam menyambut hari bersejarah itu, di Indonesia, Iran, Syria, Mesir, dan di negara-negara lain. Sebagai kaum Muslimin, saya rasa kita tidaklah seharusnya menimbulkan banyak persoalan lagi tentang acara sambutan hari tersebut, sa
    MERAYAKAN HARI KEPUTRAAN RASULULLAH SAW   Dr Ismail Ibrahim Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim UKM   Walau apa-apa pun yang difatwakan orang tentang sambutan hari keputraan Rasulullah SAW, pada pandangan saya, umat Islam di seluruh dunia akan mendapat semangat dan keinsafan baru ketika menyambut hari yang bersejarah itu. Umt Islam merayakan hari yang bersejarah itu bukanlah dengan niat yang buruk, atau menyalahi sunnah baginda sendiri, tetapi sebagai perayaan yang penting di dalam sejarah agama dan umat Islam, maka 12 Rabi'ul-Awwal adalah merupakan tarikh yang seharusnya diperingati setiap tahun, terutamanya untuk meneruskan tauladan dan pengajaran yang seharusnya diambil dari peristiwa kelahiran manusia agong ini, generasi demi generasi sehingga peristiwa penting ini tidak hanya nanti akan tinggal di dalam buku sejarah semata-mata.   Kita seharusnya mengulang-ulangkan kajian dan penerokaan kita tentang segala peristiwa yang dilalui oleh baginda Rasulullah SAW sepanjang hay
    DALAM PERJALANAN   SEPANJANG PERJALANAN DISTINASI HIDUP TIDAK KETAHUAN APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ESOK DAN DIBUMI MANAKAH INSAN AKAN BERPERGIAN? KEPERGIAN BUAT SELAMA-LAMANYA (2) MANUSIA MERANCANA UNTUK ESOK SEGALA PERSIAPAN TELAH DIPASTIKAN SEGALA PERSEDIAAN TELAH TERATUR ESOK TIBA DIA TERSEKAT UZUR MENDATANG TIDAK DIDUGA ATAU TERSADAI DI TENGAH PERJALANAN KENDERAAN BERHENTI KEROSAKAN PERANCANGAN TINGGAL RENCANA TERABAI TIDAK TERLAKSANA. INAI DAN CELAK DIPAKAI PENGANTIN BAJU SUTERA BERKERAWANG TERPASANG INDAH DI BADAN ADA KALANYA TIDAK MENJADI PENGANTIN HANYA MENUNGGU KESEORANGAN   (3) PERJALANAN INI AMAT LUAS DAERAHNYA PANJANG LIKU-LIKUNYA PELUSUK BUMI TIDAK BERSEMPADAN HUTAN RIMBA GURUN PADANG PASIR LAUTAN LUAS GUNUNG GANANG MELONJAK MEMBELAH AWAN DAN ANGKASA SERBA LEPAS DI MANAKAH MANUSIA BERADA KETIKA KEMATIANNYA TIDAK ADA YANG MENGETAHUI HANYALAH ALLAH YANG MENENTUKAN (4) MANUSIA DALAM PERJALANAN YANG PANJANG ATAU HANYA SELANGKAH PENDEK MERENCANA DAN MERANCANG BERIKHTIAR
APAKAH BENTUK PERJUANGAN POLITK MELAYU - ISLAM SEKARANG ? Politik adalah penting dalam pembangunan bangsa dan negara. Politik adalah seni pemerintahan dan pentadbiran yang seharusnya ditangani oleh orang-orang yang berwibawa. Kalau orang-orang politik rosak, maka rosaklah negara dan rakyat. Kita perhatikan bahawa negara kita agak kacau bilau sekarang ini ialah kerana sesetengah ahli politik mempunyai agenda untuk bermain politik taksub, partisan, memperojekkan persepsi yang salah kepada rakyat umum dan permusuhan yang tidak seharusnya diberikan keutamaan. Pilihana raya yang lepas mengeluarkan satu kesimpulan umum tentang trend undi rakyat dan aliran pemikiran serta persepsi mereka tentang corak pemerintahan Malaysia yang mereka mahu. Itulah kehendak rakyat terbanyak, dan itulah mentaliti rakyat ketika membuat satu kejutan yang amat ketara dalam pilihan raya yang lalu dalam memilih wakil-wakil mereka. Walau pun BN masih memegang teraju pemerintahan, tetapi majoritinya merosot begitu
        (PUISI KETUHANAN)     PERILAKU LUAR FITRAH   SATU HARI NABI ALLAH LUT DIKUNJUNGI TAMU ANAK-ANAK MUDA LELAKI TAMPAN SEDANGKAN LUT CEMAS NANTI DIGANGGU KAUMNYA YANG SUDAH BIASA BERLAKU GANJIL BERKEINGINAN SESAMA LELAKI " TUHANKU, HARI INI SUNGGUH MENCEMASKAN BAGAIMANAKAH AKAN KU JAGA KESELAMATAN MEREKA?"   2   BENAR SEPERTI YANG DIDUGA KAUMNYA YANG GELOJOH BERNAFSU SEGERA MELURU KE KEDIAMAN LUT " TUNGGU, TUNGGU DULU WAHAI KAUMKU BUKANKAH KAMU PUNYA PEREMPUAN-PEREMPUAN YANG LEBEH SUCI LEBEH TABI'I UNTUK DIKAHWINI ? INI TAMUKU TOLONG JANGAN MALUKAN AKU TAKUTLAH TUHAN KAMU, APAKAH TIDAK ADA ANTARA KAMU SEORANG LELAKI YANG BIJAK BERAKAL YANG MAMPU MEMBERI INGATAN DAN NASIHAT?"   3     " LUT ! ENGKAU SEDIA MENGETAHUI KAMI TIDAK PUNYA HAJAT UNTUK ANAK PEREMPUAN KAMU, ENGKAU SEDIA MAKLUMI APAKAH KEMAHUAN KAMI" NABI LUT MEMENDAM AMARAHNYA BERGELORA DI DALAM KALBUNYA " ANDAINYA AKU ADA KEKUATAN AN
PERTEMUAN ULAMAK – UMARAK Saya diberi penghormatan oleh JAKIM untuk membentangkan sebuah kertas kerja pada pagi Jumaat 5 Februari 2010 iaitu sebelum kehadiran YAB PM pada petangnya untuk memberikan ucapan dan berdialog dengan para peserta dalam pertemuan diantara Ulamak dan Umarak itu. Satu cadangan saya dalam sesi pembentangan kertas kerja saya ialah penubuhan sebuah badan tertinggi bebas yang dianggotai oleh para ulamak yang benar-benar ikhlas dan berminat untuk memajukan agama Islam dalam negara ini, tanpa mempunyai sebarang kepentingan politik partisan, atau taksub kepada kumpulan yang tertentu. Badan bebas peringkat tinggi ini haruslah diketuai oleh PM atau Timbalannya, supaya segala pandangannya dapat disalurkan terus kepada pucuk pimpinan negara, dengan cepat pantas dan berkesan, tanpa melalui sebarang pentadbiran birokrasi yang melambatkan penyampaiannya kepada pucuk pimpinan, dan melengahkan pula perlaksanaannya. Segala isu agama dan umat Islam yang timbul di dalam tanah air k
PENYAKIT HATI : PUNCA KEJADIAN JENAYAH   Kita terkejut, marah dan sedih, membaca akhbar atau menonton TV, iaitu ketika kita melihat kejadian kejam yang dilakukan oleh seorang manusia terhadap orang lain, yang kadang-kadang melibatkan pembunuhan yang kejam. Kadang-kadang kita tidak dapat menggambarkan bagaimana seorang anak boleh membunuh ayah atau ibunya, demikianlah sebaliknya, bagaimana kah seorang ibu atau bapak tergamak melakukan kecederaan parah, atau mendera bayinya yang masih kecil, sehingga kadang-kadang membawa kepada kematiannya.   Dalam banyak hal, masyarakat kita mengalami penyakit psikologi yang amat parah. Kejadian ganas yang melibatkan kematian dan kecederaan kepada anggota keluarga, yang jauh apa lagi yang terdekat, yang tua atau kanak-kanak, adalah berpunca daripada penyakit dalaman yang serius, yang tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang normal hati dan pemikirannya.   Dalam konteks ini, saya teringat ajaran al-Quran yang menegaskan bahawa masalah umat manusia