Posts

Showing posts from April, 2013

TAN SRI MUHAMMAD TAIB; DI MANAKAH SILAPNYA?

SURAT TERBUKA KEPADA TAN SRI MUHAMMAD MUHD TAIBSaya tidak berniat untuk mempertikaikan tindakan Tan Sri untuk menyertai PAS, kerana Tan Sri bebas memilih mana-mana parti politik untuk kembali bergerak aktif, terutamanya apabila Tan Sri memberi alasan untuk menyatu padukan bangsa dan mewarnai perjuangan negara dengan “roh Islam”. Saya berbangga kerana Tan Sri memberikan contoh “roh Islam” ini kepada saluran Radio yang di asaskan ketika saya mengetuai Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) iaitu Radio IKIM, yang disebutkan sebagai saluran yang mendapat rating yang tinggi.
Saya pernah bergerak bersama-sama dengan Tan Sri, terutamanya ketika Tan Sri menerajui negeri Selangor sebagai Menteri Besar. Penglibatan saya dengan Tan Sri secara langsung ialah ketika menganggotai Lembaga Pengarah Kolej Islam Selangor Darul Ihsan (KISDAR) dan merancang penubuhan sebuah Bandar yang dinamakan “Bandar Ilmu” dengan konsep pembangunan bandar yang bersepadu dengan pembangunan insan, ilmu pengetahuan, eko…

AL-QARADHAWI PERLUKAH MENGADILI POLITIK MALAYSIA?

AL-QARADHAWI SEHARUSNYA LEBEH MEMENTINGKAN DUNIA ARAB
Memang betul kenyataan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  bahawa Shaikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengiktiraf Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kerana dalam suratnya bertarikh 2 Mac 2013, kepada Anwar dan teman-teman dalam PKR, Tuan Haji Abdul Hadi Awang dan ahli-ahli PAS, juga kepada Parti Komuniti Cina (DAP) beliau menyokong supaya Anwar seharusnya diberikan pimpinan negara, tegasnya menjadi Perdana Menteri apa bila Pakatan Rakyat diharapkannya memenangi PRU ke 13 ini.
sikap Al-Qaradhawi yang secara konsistennya menyokong dan membela Anwar Ibrahim, sejak dari kerisis yang menimpa Anwar sehingga sekarang. Malah dalam suratnya yang terbaru  ini Al-Qaradhawi masih lagi menegaskan bahawa Anwar telah dizalimi dengan tuduhan yang palsu dan dusta sejak dari zaman ketika Anwar menjadi TPM dahulu lagi, maka dengan itu Al-Qaradhawi berbangga kerana kelahiran golongan yang bangun menentang kezaliman yang dikaitkan oleh beliau dengan kezaliman kepada Anwar dan…

JANGAN KELIRU TENTANG FATWA NAMA PARTI ISLAM DI NEGARA KITA

MAJLIS FATWA TIDAK MENGHARAMKAN NAMA ISLAM PADA PARTI POLITIK
Dalam  tahun 2001 pihak Majlis Raja-Raja telah menulis surat kepada Jakim meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan sidang khas untuk membincangkan isu perpecahan umat Melayu, Islam, ketika itu, iaitu adakah oleh perpecahan dalam politik kerana terdapat parti politik yang menggunakan nama Islam pada partinya. Pihak Raja-Raja dengan itu mungkin telah mendapat banyak maklumat tentang perpecahan umat Islam di Malaysia kerana isu-isu politik keislaman, seperti isu mengkafirkan sesama sendiri, dan isu masuk neraka atau syurga sekiranya mengundi calon parti-parti tertentu. Hal ini secara langsung atau tidak langsungnya ialah kerana terdapat parti politik yang menggunakan nama "Islam" pada partinya, seolah-olah parti tersebut  adalah seiring dengan agama Islam dan parti-parti lain itu tidak Islam
Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sidang khasnya untuk membincangkan isu tersebut, dan ahli-ahli Majlis Fatwa Keba…

CALON DAN PENGUNDI: SIAPAKAH LEBIH BERKUASA?

CALON DAN PENGUNDI PILIHAN RAYA: SIAPAKAH RAJA DAN SIAPAKAH RAKYAT?

Pada 20 April 2013 yang lalu, saya telah berada di satu tempat di utara Semenanjung, mencipta satu sejarah dalam hidup saya, iaitu untuk menemui calon PRU 13 sebelum calon itu menghadirkan diri bagi mendaftarkan namanya sebagai calon..Saya hadir untuk bersalaman dengan nya dan mendoakan kejayaannya. Saya sebelum ini tidak pernah bertindak demikian, sebab itulah saya katakan bahawa hal ini merupakan satu sejarah dalam hidup saya...
Perarakan calon itu ke dewan tempat penamaan calon bermula dengan bacaan doa, kemudian disambut dengan sorakan dan suara pekikan penyokong beranika ragam, gegap gempita memecahkan suasana pagi yang mulai berbahang itu, dan mulai bergerak dengan kibaran bendera lambang parti yang memenuhi jalan raya yang kebetulan pada masa itu sedang meluap-luap dengan bau masam sampah disekitarnya dari tong sampah dan aliran air kotoran sampah yang membanjiri jalan raya...

Mungkin betullah kata Pengerusi SP…

13 MEI DARI KACA MATA SAKSI SEMASA

MEI 69 DARI KACA MATA SAKSI SEMASA
Saya dan arwah isteri bekerja di DBP pada tahun 1969. Anak kami, Zaki, lahir pada 22 Mac 1969. Ketika dilahirkan, iaitu ketika masih bayi, dia selalu tersumbat hidungnya dengan "tahi hidungnya" sendiri sehingga sering juga terpaksa kami bawakannya berjumpa doktor untuk korek lubang hidungnya!
Pada pagi 13 Mei 1969 kami bawa dia ke kelinik di Brickfields, juga untuk korek hidungnya. Dalam perjalanan pulang, ketika kami berjalan ke kereta, seorang pemuda India memberitahu kami, ada satu pergaduhan besar di Kampung Baru, dan dia nasihat kami balik ke rumah segera. Rumah sewa kami pada waktu itu ialah di Persiaran Lornie, off Jalan Lornie (Jalan Syed Putera sekarang) di tengah-tengah komuniti Cina.
Sehari sebelum itu, saya dan arwah isteri pergi ke pasar besar KL(Pasar Seni sekarang). Kami telah melihat, beberapa buah lori dengan ramai orang di atasnya dan yang mengikurinya berdemonstrasi, rioh rendah, hingar bangar, dan kami nampak orang yang…

PRU: JANGAN BERMAIN API

JANGAN BERMAIN API
Satu perkara penting yang perlu dielakkan di dalam masyarakat kita ialah jangan bermain dengan api, iaitu api pelampau dan ekstrem. Menjelang PRU ke-13 ini kita harus menoleh kembali kepada sejaraha negara kita dalam mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang selama ini telah kita parktikkan secara aman damai mengikut tradisi dan budaya kita sendiri.
Adat keturunan bangsa kita, terutamanya adat Melayu dan resamnya, yang kemudiannya disokonga dan disemarakkan lagi oleh ajaran agama orang Melayu, telah berjaya membentuk bangsa kita sebagai bangsa yang dapat menghayati nilai-nilai bangsa dan agama dengan sebaik-baiknya, kerana adat istiadat dan nilai-nilai sejagat yang diamalkan dalam agama kita adalah merupakan sesuatu yang dapat diterima dengan baiknya di dalam masyarakat kita, tanpa mengira latar belakang agama, budaya dan kaum masing-masing.
Hasil dari penghayatan adab dan budaya bangsa dan agama inilah kita telah bangun menghadapi penjajahan, mengisi kemerdekaa…

DUA KELAINAN PRU 13: BETULKAH?

DUA KELAINAN PRU 13 PRU ke 13 mengalami dua kelainan. Pertama seperti yang digambarkan oleh tajuk media : PRU 13 dijangka paling sengit dalam sejarah negara. Kedua sungutan beberapa pihak: Tempoh kempen terlalu lama. Sebenarnya kedua-dua sungutan atau pandangan ini telah berlaku amat lama sudah. Keadaan tegang dan pertelagahan hebat telah pun berlalu sejak lama, iaitu sesudah selesainya PRU 12 dulu lagi, "peperangan" diantara parti yang berlawanan telah bermula, dan nampaknya tidak pernah reda atau terdapat tanda-tanda akan berhenti. Cuma kebenarannya mungkin betul, iaitu memanglah keadaan akan menjadi semakin marak dan panas, segala kata nesta dan tuduh menuduh akan menjadi semakin bertambah dan membesar.  Gendang raya yang dipalu selama ini tiba-tiba menjadi gendang perang yang amat gempila sekali seperti helilintar membelah bumi.

Kelainan yang kedua sekurang-kurangnya dibandingkan dengan PRU ke 12 lalu ialah tempoh masa untuk berkempen agak panjang kali ini, 15 hari dibanding…

DR MAHATHIR - ANWAR IBRAHIM; KENANGAN SAYA KE OGOS 1998

MENYELAK KEMBALI CERITA BULAN OGOS 1998
Ketika saya berkhidmat sebagai KP IKIM (1992 - 2002) saya mengetahui juga kisah-kisah yang berlaku dalam JPM, iaitu ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM. Saya rasa ingat-ingat lupa ketika dalam bulan Ogos 1998, saya melihat hubungan baik di antara Tun Dr Mahathir dengan Timbalannya Dato' Seri Anwar Ibrahim..ketika pada satu ketika dalam bulan itu DSAI berkata kepada Tun M kira-kira begini, yang saya masih ingat, tetapi tak perlu saya nyatakan sumbernya..."Dato' Seri telah mengenali saya begitu lama. Kita telah lama berjuang bersama dan kita saling mempercayai. Kita telah mengharungi pelbagai cabaran politik. Dato' Seri yang membawa saya untuk aktif di dalam Umno, mengasuh, membimbing dan memberi saya peluang untuk maju sehingga ke jawatan sekarang. Saya bukanlah orang yang mudah melupakan budi. Justeru itu setiap kali ada usaha untuk menggugat Dato' Seri sayalah orang yang pertama yang akan tampil membela Dato' Seri bagaiman…

PRU 13 MELAHIRKAN TOKOH KARISME DAN SELEBRITI?

KARISME DAN DAYA TARIK TERSENDIRI: JAGA-JAGA JANGAN TERPEDAYA...!
PRU ke-13 akan melahirkan ahli-ahli politik yang penuh karisme dan daya tarik masing-masing. Karisme merupakan sesuatu yang dimileki oleh seseorang calon PRU, ahli politik, tukang kempen dan sebagainya, yang dapat tampil di hadapan orang ramai dengan penuh gaya kerana susuk badan dan pakaiannya yang unik, pidatonya yang menawan hati dan perasaan orang yang mendengarnya, kebolehannya meniupkan semangat ramai yang penuh dengan permainan kata-kata atau pengucapan yang berapi-api, malah sekali-sekali membuat gaya kelakar yang menggelikan hati, penuh makna, sinikal dan menghiburkan.
Ahli politik yang akan bermati-matian berkempen pula adalah terdiri dari orang bijak, berilmu, segala ilmu termasuk ilmu agama, glamour, artis, bekas pegawai tinggi, seleberiti, jaguh "realiti TV" dan sebagainya yang semuanya , atau hampir semuanya, telah menempah nama dan terkenal di dalam masyarakat tanah air, terutamanya yang dipopular…

FATWA SEMBAHYANG AHLI UMNO?

SEMBAHYANG AHLI UMNO TAK DAPAT PAHALA?


Inilah maksud tajuk berita dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini, Jumaat 5 April 2013. Hal ini merupakan satu "fatwa" oleh seorang ulamak, dan tidaklah seharusnya dipandang enteng dan mudah. Sama ada fatwa ini merupakan fatwa politik atau tidak, bukanlah menjadi isunya. Tetapi kandungan fatwa inilah yang seharusnya dibicarakan.
Saya tidak tahu berapa ramaikah ahli UMNO di negara kita pada hari ini? Mungkin 3 juta atau 2 juta? Ertinya ibadat solat oleh bilangan umat Islam yang ramai ini tidak diterima Allah? Kerana tidak dapat pahala? Kalau betul begini, maka mereka semuanya haruslah di "islamkan" semula untuk menjadi Muslim yang diterima segala amal ibadatnya.
Saya tidak dapat memahami dengan jelas sebabnya fatwa ini dikeluarkan. Tetapi yang saya faham, mungkin saya salah, ialah kerana UMNO menolak Islam, maka solat ahli-ahlinya tidak mendapat pahala.
Menurut Tok Guru, UMNO menolak Islam ialah kerana mengambil dasar "kebangsa…

3 APRIL 2013 PEMBUBARAN PARLIMEN !

YANG DI NANTI-NANTIKAN TELAH TIBA
Ibarat menunggu buah yang tidak gugur, maka yang ditunggu-tunggukan itu telah pun tiba, telah pun gugur. Pembubaran Parlimen yang ditunggu-tunggukan sebagai menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjelang tiba, kini telah berlaku.  3 April 2013 membawa berita pembubaran Parlimen, dan PRU boleh diadakan dalam masa terdekat, dua tiga hari lagi tahulah kita, bila masanya penamaan calon, kemudian berapa lama berkempen, dan akhirnya berapa haribulan kah pengundi akan keluar mengundi.
Ada berita mengatakan bahawa jumlah pengundi yang berdaftar di negara kita ini ialah seramai 13.3 juta orang, dan ekoran dari itu seorang wanita pejuang demokrasi yang awal-awal lagi membuat telahan bahawa banyak penipuan yang berlaku dalam pengundian dan sebagainya, telah menyeru supaya penipuan itu dapat dikurangkan sekiranya sebanyak mungkin pengundi keluar mengundi, dan dia menyeru supaya para pengundi keluarlah seberapa ramai yang boleh, untuk mengundi supaya dapat dikurangkan san…