Posts

Showing posts from August, 2013

HARI INI 31 OGOS 2013

MERDEKA

Kelmarin:

31 Ogos 1957 : Tunku mengisytiharkan kemerdekaan. Pada malam 31 Ogos, Allah Yarham Hashim Amir Hamzah merupakan salah seorang juruhebah Radio Malaya yang mengucapkan kata-kata semangat sebagai mewakili rakyat Malaya yang pertama kalinya muncul sebagai rakyat dalam Malaya Merdeka, dan pertama kali juga Radio memainkan lagu kebangsaan Negaraku selepas pukul 12 tengah malam hari Merdeka itu.
Tiga kaum bersahabat mesra. Sekurang-kurangnya 11 kali PRU mendapat restu majoriti umum bagi Parti yang dianggap sebagai parti politik sederhana, tidak ekstrem agama atau kaum. 
Hari ini:
31 Ogos 2013 : 56 tahun berlalu negara mencapai kemerdekaan. Negara punya menara berkembar, Putrajaya, KLIA, dan lebuh raya yang panjang. Kemalangan bas terjun gaung mengorbankan puluhan orang.
13 kali PRU, tahun 2013, nombor 13 nombor sial pada orang Barat. Namun apakah kita juga menganggap no 13 sebagai nombor hitam??
Bendera Malaysia di koyakkan dengan pisau atau gunting, surau digunakan untuk ibadat …

KHUTBAH JUMAAT

DOA UNTUK SIAPA Khutbah Jumaat hari ini diakhiri dengan doa seperti biasa iaitu diantara lainnya memohon agar Allah SWT menghancurkan musuh-musuh kita orang Islam yang merupakan musuh-musuh Allah juga. Contoh musuh-musuh tersebut ialah orang Yahudi di Palestin yang  telah merampas negara orang Arab dengan zalim, menyakiti dan membunuh mereka dengan sewenang-wenangnya setiap masa. Demikian juga musuh orang Islam di Mymar yang juga bertindak zalim terhadap orang Islam di sana. Musuh ini adalah jelas sebagai musuh orang Islam, iaitu yang bertindak menyerang masyarakat Islam tanpa sebab yang selayaknya. Tetapi apabila Khatib berdoa supaya Allah menyelamatkan orang Islam di Mesir dan Iraq, dan memusnahkan musuhnya, maka hal ini mungkin menimbulkan sedikit tanda tanya, siapakah yang memusuhi siapa, dan siapakah musuh orang Islam di sana, kerana dari peristiwa yang berlaku setiap hari ternyata bahawa orang Islam di dua buah negara tersebut adalah bermusuhan sama sendiri, berbunuhan sama sendiri…

24 OGOS 2013 = 17 SYAWAL 1434

KEPEMIMPINAN BERWIBAWA:


Pagi ini kumpulan jemaah surau kami berbincang tentang kepemimpinan yang telah diberikan amanah oleh Allah SWT bagi menyampaikan ajaran agama Tauhid, iaitu para Nabi dan Rasul utusan Allah SWT untuk menjadi pemimpin bagi sesuatu kaum itu..
Ketika majoriti kaum yang menjadi sasaran seruan seseorang Nabi itu menolak dan membantah akan seruan Nabi yang tertentu, maka Allah akan menghancurkan mereka, dengan menimpakan bala bencana ke atas negeri mereka, malah diri orang-orang yang ingkar itu sendiri, seperti yang berlaku ke atas kaum Nabi Nuh, Luth, Hud dan lain-lain.

Memanglah ketika manusia itu masih berada dalam era kegelapan minda dan akal, pengaruh tradisi dan persekitaran yang kuno, maka umat itu akan dihancurkan Allah sekiranya mereka tetap berdegil dan bertindak menyakiti atau membunuh para Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah untuk menyampaikan misi tauhid itu.
Tetapi bagi manusia sekarang, yang telah menerima Islam secara ilmu dan hikmah, yang diberikan A…

15 syawal 1434

BERAYA SAKAN
Bagi orang utara khasnya, ungkapan "beraya sakan" tidak dirasakan pelik apa-apa. "Sakan" dalam pengertian orang utara ialah : sungguh, bersungguh-sungguh. Raya sakan maknanya raya sungguh-sungguh, yang boleh digambarkan oleh orang yang mendengarnya bahawa orang ini beraya sana sini, pergi semua rumah orang, makan macam-macam, sampai tak ada masa lapang, dan kadang-kadang sampai tak balik rumah.
Saya beraya sakan, kerana beraya dengan anggota keluarga dua belah pihak di Kelantan dan di Kedah, juga di Petaling Jaya.  Masa di Kelantan, di samping hari raya, ada pula kenduri kawin, demikian juga di Kedah, ada cucu saudara berkahwin, jumpa semua anggota keluarga, terutamanya yang lama tak jumpa, yang telah gugur gigi, nampak tua, yang sakit, nyanyok dan macam-macam lagi.
Sampai hari ini, dah hari raya ke-15 baru boleh ambil masa tulis di sini, kalau tidak asyik sana sini, makan, bersembang, singgah rumah orang, dan kerana terlalu penat maka kena tidur siang ju…

RAYA KE-8: PERTUMPAHAN DARAH UMAT MUSLIMIN.............

8 SYAWAL 1434


Umat Islam seluruh dunia dikejutkan dengan pertumpahan darah yang banyak di bumi Mesir, bumi bersejarah, yang pada satu ketika dulu, malah hingga kini, dianggap sebagai satu pusat tamadun dan ilmu Islam yang amat terkemuka. Tiba-tiba selepas menjelangnya Hari Raya beberapa hari sahaja, media melaporkan bahawa pihak keselamatan Mesir telah menyerbu dua lokasi penunjuk perasaan dengan menggunakan kekerasan yang menyebabkan ratusan orang mati dan ribuan yang lain cedera.
Konfrontasi di antara para penyokong Ikhwanul-Muslimin dan penentangnya telah sampai ke kemuncak, apabila pihak keselamatan Mesir mulai bertindak untuk mengembalikan negara itu ke situasi yang normal dan setabil, setelah suasana politik di sana berada dalam keadaan yang penuh dengan pertentangan, dan mengancam pembangunan negara Mesir dalam semua bidangnya.
Kita yang melihat dan menonton situasai di sana pun merasa amat tidak selesa, ibadat ke mana, puasa dan terawih ke mana, hari raya entah bagaimana, makan m…

6 SYAWAL 1434

RAYA KE-6 Kegelisan berlaku dengan kadar yang membimbangkan di dalam masyarakat kita sebulan dua ini. Peristiwa tembak menembak yang mencederakan dan meragut nyawa orang tidak sangat berleluasa di dalam masyarakat kita selama ini. Sekarang nampaknya undang-undang kawalan senjata api nampaknya tidak begitu berkesan, sehingga berlaku jenayah berat ini, iaitu penggunaan senjata api, yang selama ini amat terkawal dan ketat sekali. Semoga semua pihak di dalam negara kita akan mengenal pasti punca masalah ini, dan akan berusaha menyelesaikan masalah ini, dari segi undang-undang, kawalan sempadan, imegrisen, polis, tentera dan orang ramai sendiri. 

Orang politik yang terdapat diantaranya yang sering mengambil kesempatan dari kelemahan dan kerisis di dalam masyarakat kita untuk kepentingan diri dan kumpulannya, harap janganlah menggunakan isu keselamatan ini untuk saling salah menyalahkan sesama sendiri. Janganlah hal ini duginakan untuk menuding jari, menyalahkan lawan masing-masing, kerana yan…

RAYA KE-4 PERISTIWA JENAKA DAN MENYAYAT HATI

5 SYAWAL 1434 HARI RAYA KE-5

Hajat hati hendak berkunjung ke rumah keluarga dekat Pasir Mas yang kehilangan dua anak gadis tersayang semasa dalam perjalanan balik ke kampung, yang saya ceritakan dalam entri saya yang lalu, tidak kesampaian, kerana batasan masa di antara kunjungan ziarah dan majlis perkahwinan, juga kerana kesesakan lalu lintas yang masih menghantui di jalan-jalan raya Kota Baharu dan jalan-jalan sekitarnya yang merupakan mimpi ngeri bagi pemandu dan penumpang kenderaan yang terpaksa beratur panjang dalam cuaca panas diselangi dengan gelagat gila-gila segelintir para pemandu yang kacau bilau tanpa disiplin, memotong kiri kanan dengan merbahaya, dan para penunggang motosikalnya mencuri masuk dan memotong sana sini di celah-celah kereta yang banyak.
Namun di celah-celah kegembiraan berhari raya dan bertemu sanak saudara itu, ada juga rasa sedih dan terharu apabila menziarahi tanah perkuburan tempat bersemadinya ibu bapa dan keluarga yang telah pergi dulu. Tanah perkuburan …

3 SYAWAL 1434

RAYA KE-3
Saya pertama kali memakan daging rusa pada hari raya ini di Pasir Mas iaitu ketika beraya di bandar ini. Orang Kelantan berpusu-pusu balik kampung, ke Kelantan ini semenjak sebelum raya pertama lagi. Sebab itu Kelantan mengalami kesesakan jalan raya yang amat sangat sehingga ke hari ini, terutamanya di sekitar bandar Kota Baharu, Orang Kelantan biasanya tinggal di negeri lain, termasuk paling ramai mungkin di ibu kota. Keadaan jalan raya yang nampaknya masih kecil dan tidak sangat terurus menjadikan keadaan lalu lintas sebagai medan mimpi siang hari bagi pemandu kereta ketika cuti raya ini. 
Bagaimana pun anak-anak Kelantan nampaknya amat bergembira dan berbangga dengan kampung halaman mereka ketika pulang bercuti sempena hari mulia ini, dan keadaan ini dimeriahkan lagi oleh kemewahan yang mereka bawa pulang ke kampung masing-masing.
Jadi pada hari raya ke-2 inilah pada malamnya saya memakan daging rusa yang di panggang di halaman rumah dan dipotong kecil-kecil untuk di makan d…

HARI RAYA KE-2

2 SYAWAL 1434 KENANGAN YANG HENDAK DILUPAKANSatu perkara yang sering saya elakkan semasa menyambut hari mulia Aidilfitri ini ialah mengenangkan orang-orang tersayang yang telah pergi, kerana mengenangkan mereka merupakan satu peristiwa yang mengundang emosi dan rasa sedih yang tidak terkira. Oleh itu saya lebih suka mengenangkan mereka dalam bentuk lain, iaitu berdoa dan menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci tanpa terlalu banyak bercakap atau bersedih dengan membicarakan hal mereka dengan keluarga atau sanak saudara. Bagaimana pun, tanpa mengenangkan arwah keluarga sendiri yang telah pergi, tetapi apa bila membaca dan mendengar berita terbaru, rupa-rupanya banyak peristiwa sedih dan duka yang berlaku kepada orang lain, yang amat meledakkan emosi dan mengocak perasaan kita yang mendengarnya. Pada hari Raya Pertama, saya menjadi amat terharu apabila membaca berita malang yang menimpa dua beradik perempuan yang bernama Maala dan Taqwa, yang telah meninggal dunia di Grik dalam perjalanan mere…

SALAM AIDIL FITRI

1 SYAWAL 1434 SELAMAT HARI RAYA 'AIDIL FITRI
Khamis 8  Ogos 2013 permulaan Syawal 1434. Kita merayakan Hari Raya Puasa pada hari ini setelah sebulan berpuasa. Mulai hari ini, hidup dan aktiviti kita kembali normal seperti biasa, sama seperti bulan-bulan ketika Ramadhan belum menjelma dahulu.
Bagaimana pun, sama ada kita sedari atau tidak, kita umat Melayu, sememangnya amat terpengaruh dengan amalan agama kita. Adat resam, budaya hidup dan tradisi serta kebanyakan tindakan dan kelakuan orang Melayu amat banyak mendapat kesan dari ajaran dan nilai agama kita.
Oleh itu, Melayu dengan Islam tidaklah boleh dipisahkan begitu mudah sekali, dan agak mustahil untuk melihat adat tradisi dan budaya Melayu yang menyimpang jauh dari ajaran Islam.
Al-Hamdulillah, umat Islam bersama-sama menikmati keamanan dan kesejahteraan  dengan kaum lain di negara kita, ramai yang sama-sama berbuka puasa, menjamu selera dengan hidangan makanan yang amat mewah, cuma buffet Ramadhan di hotel-hotel telah meningkat b…

PUASA HARI KE-29: PENUTUP SATU EPISOD

29 RAMADHAN 1434


Insya'Allah hari ini, Rabu 7 Ogos 2013, kita berpuasa hari ke-29 dan biasanya menurut kaedah negara kita dalam menentukan 1 Syawal, maka esok 8 Ogos, kita menyambut Hari Raya 'Aidul-Fitri tahun ini, 1434.
MANANTI EPISOD BARU:
*Menjelangnya Raya esok maka tamatlah sudah satu episod hidup kita dalam menunaikan ibadat puasa Ramadhan tahun ini, dan kita menunggulah kemunculan Ramadhan tahun hadapan insya'Allah. Pandanglah ke hadapan dengan penuh harapan dan doa semoga kita akan dapat menyambut kedatangan Ramadhan 1435.
KAEDAH MEMANDU DI ATAS LEBUH RAYA:

*Sebelum lagi ketibaan Hari Raya, jalan raya dan lebuh raya, negara kita telah menyaksikan kemalangan maut yang bertambah-tambah dari hari ke hari. Kenderaan remuk, putus dua, tiga, pemandu dan penumpang kereta, kenderaan ringan atau berat, juga motosikal, meninggal serta merta dalam keadaan ngeri, atau mati dalam perjalanan ke hospital, penuh tragedi. Sebahagian besar kemalangan adalah kerana kesalahan manusia send…

28 HARI PUASA: DI MANAKAH SILAPNYA ISTERI INI?

28 RAMADHAN 1434


Nabi Luth yang diutuskan Allah SWT untuk menyeru kaumnya supaya meninggalkan tabiat luar biasa mereka, iaitu mengamalkan cinta sejenis (homosexual) telah menerima tentangan yang hebat dari kaumnya, malah mereka bertekad dan berpakat sesama mereka untuk mengusir Nabi Luth keluar dari bumi mereka (Sodom, atau Laut Mati,di Jordan sekarang).

Setelah habis ikhtiar Nabi Luth yang telah mencuba untuk menyeru, memujuk dan memberikan amaran kepada kaumnya supaya meninggalkan tabiat keji itu, namun mereka masih berdegil, maka Allah SWT telah mengutus para Malaikat untuk memberitahu Nabi Luth bahawa Allah akan menghancurkan negeri kaum nya pada waktu subuh pagi esok, dan Nabi Luth berserta para pengikutnya yang setia, hendaklah meninggalkan negeri itu pada waktu tengah malam ini, jangan menoleh ke belakang lagi.

Janji Allah ialah untuk menghancur leburkan negeri dan kaumnya yang degil dan keji itu semua sekali, dan sayangnya, termasuk dalam kalangan kaum yang hendak dihancurkan itu…

27 HARI BERPUASA: APAKAH KITA SENTIASA BERADA DI PIHAK YANG BENAR?

27 RAMADHAN 1434


Mengikut ajaran Islam, segala-segalanya yang ditentukan Allah SWT adalah benar. Hidup mati, dosa pahala, syurga neraka, adalah benar. Semuanya akan berlaku menurut yang ditakdirkan Allah. Maka dalam konteks ini, puasa Ramadhan adalah benar, satu ibadat yang diperintahkan oleh Allah SWT yang wajib dilakukan oleh orang-orang yang mencukupi syaratnya.
Bagaimana pun "benar" atau "salah" dalam arena kehidupan manusia seharian, kadang-kadang amat bersifat subjektif. Yang "benar" pada kita mungkin "salah" pada pandangan orang lain.
Manusia menghabiskan tenaga dan kekuatan mental yang banyak untuk membuktikan dirinya "benar" dan dalam masa yang sama  mencuba bersungguh-sungguh untuk membuktikan  pula bahawa orang lain itu, terutama musuhnya, sentiasa "salah".
Banyak kerisis yang berlaku di dalam masyarakat manusia pada hari ini, kadang-kadang sehingga membawa kepada pertumpahan darah dan pembunuhan, ialah kerana satu pih…

PUASA HARI KE-26:APAKAH YANG RAMADHAN MENGAJAR AKU?

26 RAMADHAN 1434
Satu perkara yang menjadikan orang merasa tidak selesa untuk melakukan sesuatu, ialah kerana ketika dia diberikan satu tanggung jawab, maka dia sering bertanya "kenapakah aku harus melakukannya?"
Apabila dia mengemukakan soalan itu kepada dirinya, maka berbagai-bagai jawapan yang sering kali tidak dapat dijawabnya akan timbul.
Orang yang beragama Islam dalam bulan Ramadhan ini umpamanya mungkin akan bertanya "kenapakah aku mesti berpuasa di dalam bulan Ramadhan ini?"
Soalan ini mempunyai jawapan yang banyak, bergantung kepada ilmu dan pelajaran, atau pengalaman seseorang itu. Bagi orang yang tidak mahu berfikir dengan mendalam untuk mencari jawapan bagi persoalan ini, maka dia hanya akan menjawab dengan mengatakan "kerana Allah SWT memerintahkan orang Islam supaya berpuasa, maka aku ini seorang Islam yang telah mencukupi syarat-syarat wajib berpuasa, maka aku mestilah berpuasa".
Jawapaan ini amat baik bagi orang yang telah kuat imannya, iaitu …