Posts

Showing posts from November, 2013

MENDIDIK UMAT

MEDIA DAN PENDIDIKAN Kita maklum bahawa salah satu tugas media, iaitu media cetak, elektronik dan sosial, ialah untuk mendidik pendengar, pembaca dan penonton. Oleh itu amatlah diharapkan bahawa para pengamal media dan semua yang terlibat dengannya hendaklah perihatin dengan tugas ini, dan seharusnya menguasai kaedah dan cara penyampaian pendidikan ini dari segi emosi, psikologi, kepercayaan, adat resam, budaya dan sebagainya. Ketepatan maklumat dan keikhlasan para pengamal media dan yang terlibat dengannya dari segi mendidik orang ramai haruslah dijadikan matlamat akhir dari saluran pendidikan ini, terutamanya yang berhubungan dengan kesihatan jasmani dan rohani, akal dan minda, emosi dan naluri kumpulan sasarnya. Pagi tadi semasa dalam perjalanan saya ke satu tempat, saya sempat mendengar satu saluran radio yang dipancarkan ke seluruh negara menyiarkan satu rancangan tajaan tentang satu produk berasaskan Islam, yang boleh menyembuhkan segala macam penyakit, untuk bayi

KUASA ALLAH

KUBUR BATU BADAK Saya ingin merujuk kepada berita mengenai kuasa Allah yang dapat di lihat dalam beberapa mayat yang dikeluarkan dari tanah perkuburan yang tersebut untuk dipindahkan ke  kawasan lain kerana tanah perkuburan ini terlibat dengan pembinaan lebuh raya Segamat - Tangkak, seperti yang tersiar di dalam Sinar Harian on-line 9 November 2013, hari ini. Kisah beberapa mayat yang masih mempunyai kain kapan yang belum reput keseluruhannya walau pun telah lama dikebumikan, dan kisah keharuman bau udara di sekitar perkuburan yang sedang mengalami proses pemindahan itu, sememangnya tidak harus dijadikan bahan khurafat dan sensasi tentang hal tersebut, kerana mengaitkannya dengan cerita-cerita ghaib yang tidak kita ketahui asal usulnya , atau menghubungkannya dengan perkara-perkara yang tidak berasaskan ilmu agama yang sebenarnya, hanya mungkin mencemarkan akidah dan syariah kita sahaja. Namun hal ini amat baik kita jadikan sebagai satu tanda kebesaran dan kekuasaan Allah

ISU KALIMAH ALLAH

TELAH ADA TOLAK ANSUR Sepanjang ingatan saya, mungkin saya silap dan kalau saya silap harap tolong betulkan, bahawa isu kalimah Allah ini timbul di Semenanjung ialah apabila penerbitan The Herald bertindak menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan "God". Pada masa itu, kalau saya tidak silap juga, pihak Kementerian Dalam Negeri telah meminta supaya penerbitan tersebut tidak menggunakan kalimah "Allah" sebagai terjemahan "God" dengan beberapa alasan yang tertentu. Malah sekiranya The Herald terus juga menggunakan kalimah Allah, maka mungkin permit penerbitannya akan ditarik balik. Pihak penerbitan Katholik itu menyatakan bahawa mereka berhak menggunakan kalimah Allah, dan sekiranya kes ini dipanjangkan, maka mereka akan membawakannya ke Mahkamah.  Ekoran dari itulah kes ini telah di bawa ke Mahkamah Tinggi, dan The Herald memenangi kes itu, yakni the Herald berhak menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitannya sebagai t

PILIHAN RAYA KECIL SUNGAI LIMAU

KERANA PRK: MORAL TERGADAI Pilihan Raya Kecil Sungai Limau menyaksikan penglibatan majoriti pengundi Melayu beragama Islam. Terlalu banyak pengucapan dan perilaku yang dilakukan seolah-olah dalam "peperangan saraf" untuk mendapatkan undi maka segala pencabulan nilai moral dan akhlak boleh dilakukan. Pepatah Melayu mengatakan tentang hal ini "baling batu sembunyi tangan" dan tektik perang saraf juga memberikan justifikasi untuk perbuatan itu, seperti yang dilakukan oleh Presiden Bush untuk menyerang Iraq dengan mengatakan bahawa dalam negara tersebut terdapat banyak senjata weapon of mess destruction (WMD) iaitu senjata pemusnah besar-besaran, sedangkan ketika negara Iraq diduduki, ternyata bahawa senjata itu tidak pun wujud. Tujuan Bush ialah supaya mata dunia dapat di rabunkan dengan teori kotornya itu agar PBB dan dunia umumnya mempercayainya. Maka demikianlah yang berlaku ketika kita menghadapi Pilihan Raya, terlalu banyak tektik kotor dan "per