Posts

Showing posts from January, 2013

POLARISASI MASYARAKAT SEMAKIN PARAH

MASYARAKAT SEMAKIN MENGALAMI POLARISASI Sebelum ini kita sering membicarakan tentang polarisasi kaum, seperti yang berlaku di institusi pengajian tinggi umpamanya, iaitu ketika kaum masing-masing hanya bergaul, berinteraksi dan berkumpul sesama kaum mereka semata-mata. Hal ini dilihat sebagai satu fenomena yang tidak sihat dalam masyarakat seperti negara kita yang penduduknya terdiri dari kepelbagaian kaum, agama dan keturunan. Polarisasi dengan itu seharusnya tidak wujud, tetapi sebaliknya apa bila berlaku polarisasi kaum, maka dengan sendiri, masyarakat kita menjadi masyarakat yang berpecah  belah mengikut agama, keturunan, bahasa dan budaya. Kalau dulu kita membicarakan hal ini secara umum sahaja, tetapi nampaknya kerana perkembangan yang tidak sihat sedang berlaku di dalam politik yang berbentuk polarisasi juga, iaitu politik partisan yang membawa kepada taksub, maka orang Melayu dan umat Islam di negara kita nampaknya mulai memupuk dasar polirisasi politik ini di k

MESIR BERMANDI DARAH LAGI

MESIR BERMANDI DARAH LAGI........ Sambutan ulang tahun yang kedua kejayaan rakyat Mesir menumbangkan Presiden Hosni Mubarak, pada hari ini,  yang pada mulanya berjalan dengan baik, akhirnya menjadi satu perhimpunan ganas. Kepala yang dingin, tiba-tiba menjadi panas, ketenangan kemudiannya menjadi hiruk pekuk kerana ledakan sentimen dan emosi yang menyala seperti api, dan berlakulah rusuhan dan pergaduhan, termasuk kebangkitan semula rasa tidak puas hati dari golongan yang  anti Kerajaan sekarang, iaitu anti Presiden Morsi dan para penyokong parti Ikhwan Muslimin.  Dalam sentimen yang sama, banyak bandar di Mesir meletup dengan kekacauan dan pergolakan ini, sehingga pihak pasukan keselamatan telah bertindak balas, menembak beberapa orang penunjuk perasaan dan membunuh beberapa nyawa, yang kemudiannya menambahkan kemarahan dan kegilaan anak muda dan tua, lelaki dan perempuan serta menarik ribuan rakyat keluar mengamuk dan bertindak liar. Ada yang mengungkit tentang kega

USAHA MENGHARMONIKAN HAMAS DAN FATAH

USAHA NAJIB HARMORNIKAN DI ANTARA HAMAS DAN FATAH Politik dalam dunia membangun, termasuk dalam dunia Islam dan Arab, sememangnya amat tidak beretika. Hal-hal dari sekecil-kecil perkara sehingga ke isu-isu yang besar semuanya sering dipolitikkan. Isu pembangunan ekonomi, rasuah, pelajaran, alam sekitar, prasarana, pertahanan  dan agenda negara lain yang utama sering dipolitikkan dalam pendekatan yang dangkal, sedangkan isu-isu itu amatlah penting dibicarakan secara matang dan berilmu, tetapi kerana hal-hal itu sering dilakukan dengan sentimen dan emosi, maka isu-isu besar itu pun kelihatan sama saja pendekatannya dengan hal remeh temeh yang dipolitikkan seperti membicarakan tentang misai janggut, hidung dan rambut, pakaian dan kenderaan lawan politik yang digunakannya......dan sebagainya... Hal ini berlaku juga di negara kita, sehingga para pengikut parti politik yang berbeza-beza tidak dapat legi membezakan diantara isu-isu pokok dalam politik dan isu-isu sampingan yang seh

KEBESARAN ISLAM:CUTI DAN PENGISIANNYA

MAULIDUR-RASUL Budak-budak pejabat saya gembira menyambut Maulidur-Rasul kerana hari itu merupakan cuti umum, jatuh pada hari Khamis 24 Januari, maka mereka mengambil cuti tambahan sehari pada hari Jumaat, lalu cuti pun berlanjutan hingga hari Ahad, dan hari Isnin 28 Januari pula cuti Thaipusam, ganti hari Ahad (bagi WP KL dan Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, P.Pinang dan Selangor), panjanglah cuti mereka. Tahun baru Cina yang bakal menjelang pada 10 dan 11 Februari ini pun akan menyaksikan orang bercuti panjang, pegawai kerajaan dan swasta , guru, murid, pekerja kilang, kedai dan banyak lagi, bandar-bandar akan kesunyian, sebaliknya jalan-jalan raya yang bakal dibanjiri dengan kenderaan, berduryun-duyun, berlomba macam kat Sepang, dan akan memakan korban jiwa yang banyak pula seperti biasa.  Inilah Malaysia, tanah air kita, cuti agama apa pun, semua pakat cuti sama-sama, bukan untuk penganut agama itu saja!. Semua orang seharusnya sukacita dan bergembira, tak

KALIMAH ALLAH: REALITI DAN KONSEP SEBENAR

RUJUK KEPADA KEBENARAN LEBEH BAIK DARI BERLARUTAN DALAM KEBATILAN Ahli politik dan ahli ilmu haruslah bersama-sama berganding bahu menyatukan pemikiran dan tenaga untuk menangani segala isu dan masalah yang timbul di dalam masyarakat kita, secara khususnya,  masyarakat Islam. Dewasa ini, dalam masa yang terakhir ini, nampaknya isu kalimah Allah yang dituntut supaya digunakan di dalam kitab Kristian ketika menterjemahkan kalimah God atau Lord dan sebagainya, nampaknya telah selesai, dengan keputusan terakhir PAS melalui Majlis Syuranya, bahawa Allah adalah Tuhan umat Islam yang konsepnya tidak sama dengan God atau Lord, yang hendak diterjemahkan di dalam Bible versi bahasa Melayu sebagai “A llah”. Dari segi konotasi bahasa bahawa Allah itu sebagai Tuhan, mungkin tidak menimbulkan konflik akidah, kerana semua orang menyebut Tuhan, tetapi dari segi konsep dan penjelasan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Esa, adalah sesuatu yang khusus untuk Tuhan dalam

PENDIDIKAN ISLAM: PERLU ALAMI REBOLOSI DINAMIK

AL-MA'AHAD AL-MAHMUD ALOR STAR Lebeh kurang dalam tahun 1949 - 50 seingat saya, saya memasuki sekolah ini bertempat di Simpang Kuala, Alor Star. Ketika itu pelajar sekolah ini hanya memakai basikal untuk berjalan ke pekan, pergi bergunting rambut atau membeli selipar. Banyak yang masih pakai kain dan baju Melayu. Tetapi setahun dua selepas itu, pelajar-pelajar telah memakai seluar panjang berkemeja, masih bersongkok hitam. Kami belajar selama 8 tahun, dan lulus darjah 8, dapat sijil, kalau jadi guru Quran, dapat gaji 120 ringgit pada masa itu. Itulah gaji idaman kami semua. Tetapi saya tamat darjah 8, tak jadi mencari kerja, kerana ada kawan di Kolej Islam Malaya mengajak saya menyambung pelajaran ke sana, lalu saya pun mengembara ke Kelang, masuk Kolej itu di Kampung Jawa Kelang. Bersenjatakan dua sijil inilah akhirnya saya hanyut ke Sungai Nil, dan mendarat di Mesir, memasuki Al-Azhar dan kemudian, hanyut lagi ke Scotland sehingga mendapat ijazah doktor falsafah di

MENGHADAPI PRU 13: TERUS BERKERISIS?

TAHUN 2013: AMAN ATAU TERUS BERKERISIS..? Tahun 2012 merupakan kemuncak kerisis antara umat Islam dalam kemelut politik untuk berkuasa, kerana satu pihak berusaha mempertahankan kuasa politik, dan satu pihak lain berusaha merebutkannya. Kalangan masyarakat yang tidak terlibat dengan politik kepartian walau sealim dan sepandai mana sekali pun sering tidak dihiraukan oleh media dan orang politik, berkokolah senyaring mana sekali pun.  Kerisis politik yang berlaku di kalangan masyarakat Islam dalam tahun-tahun terakhir ini khususnya dalam tahun 2012  adalah disebabkan ramalan yang kencang mengatakan bahawa PRU-13 akan berlangsung dalam tahun 2012. Maka dalam proses itu berlakulah tuduh menuduh, fitnah memfitnah, keji mengeji, kecam mengecam dan berbagai konflik  serta permainan politiking yang tesisih dari nilai moral dan akhlak yang sewajarnya untuk mempengaruhi seberapa ramai bilangan pengundi. Maka tahun 2012 merupakan "tahun keaiban" bagi umat Islam di negara kit