Posts

Showing posts from February, 2014

MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN

DI MANAKAH SALAHNYA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM KITA?


Pendidikan merangkumi pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan Islam juga termasuk pendidikan tidak formal, secara langsung atau tidak langsung, yang diberikan oleh para ibu bapa, ahli keluarga, pemimpin masyarakat, anggota masyarakat, pemimpin politik, media cetak dan letronik, NGO's dan sebagainya. Pendidikan agama formal dijalankan di institusi pendidikan rasmi, sekolah, kolej, universiti dan pusat-pusat pendidikan Kerajaan dan swasta lainnya, termasuk sekolah agama, tahfiz dan lain-lain....
Persoalannya: adakah pendidikan agama di semua sektor ini, formal dan tidak formal, pusat dan institusi pendidikan agama Kerajaan dan swasta, telah berjaya menjalankan tugas mereka yang berkesan dalam melahir dan membentuk "produk"nya, khususnya generasi muda dan baru, menjadi anggota masyarakat dan warga negara yang baik dan sempurna?
Secara mudahnya, tanpa kajian dan penyelidikan akademik, kita dapat memerhatikan hal ini dalam…

PENGEMIS DARI SYRIA

AKIBAT PEPERANGAN DUNIA ISLAM


Kita, sebagai orang awam dari negara yang jauh dari negara bergolak di Asia Barat, tidak mengetahui politik sebenarnya yang menyebabkan kekacauan dan peperangan saudara yang berlaku di dunia Islam di rantau itu.
Kita hanya dapat menonton segala peristiwa yang berlaku. Askar dan orang awam membawa senjata canggih, menembak dan berlari mencari tempat perlindungan sambil melepaskan tembakan, malah bergegas di celah-celah mayat yang bergelimpangan, mencari musuh dan lawan untuk dimusnahkan.
Di satu segi, kereta dan lori yang sarat dengan bahan letupan, tiba-tiba meletup dan terbakar, memusnahkan mangsa dan bangunan di sekeliling dengan hebatnya. Kadang-kadang di tempat kediaman, pasar, kedai, restoran, malah sekolah dan tempat pendidikan, atau lebih hebat lagi di masjid.
Bangunan keseluruhannya di dalam satu bandar kelihatan lusuh di makan peluru dan roket, hampir sujud menyembah bumi, tanpa penghuni, akhirnya musnah, runtuh seperti bangunan lama yang kelihatan s…

SEMPENA BULAN MAULIDURRASUL

MAKKAH SESAK

Makkah nampaknya sesak sepanjang masa. Namun ketika saya berada di sana, kesesakannya luar biasa, sama saja seperti musim haji. Terdapat para jemaah yang mengatakan bahawa ramai orang datang mengerjakan ibadat umrah ketika ini ialah kerana udara agak baik, tidak panas, dan sempena pula dengan kehadiran bulan Rabi'ul Awwal, bulan keputraan Rasulullah SAW.
Kesesakan menjadi berlipat ganda pada hari Khamis, malam Jumaat dan berlanjutan sehingga ke pagi Ahad, kerana seperti yang saya nyatakan terdahulu, bahawa Saudi telah menukar hari kelepasan mingguan kepada hari Jumaat dan Sabtu, tidak lagi Khamis dan Jumaat seperti tahun lepas.
Biasanya wwarga negara Saudi akan mengambil kesempatan dari cuti mingguan ini untuk mengerjakan umrah dan beribadat di Makkah, termasuk jemaah dari jauh seperti Dammam, Riyadh, dan tempat-tempat lain lagi.
Saya lihat ramai sekali para jemaah dari Iran, Turki, India/Bangladesh, dan rakyat Arab sendiri, termasuk dari negara-negara yang dilanda kekaca…

WEEK END DI MAKKAH

MAKKAH SELEPAS ISTANBUL


Saya membuat catatan ini di lapangan terbang Jeddah sementara menunggu keberangkatan pesawat MAS jam 10 malam ini waktu Saudi (3 pagi 3 Februari waktu kita di Malaysia)

Catatan ini bolehlah saya namakan sebagai catatan hujung minggu di Saudi, kerana semasa saya bertugas di ibu kota Saudi, Riyadh, cuti mingguannya ialah Khamis dan Jumaat. Tetapi kini cuti mingguan itu telah diubah kepada hari Jumaat dan Sabtu. Inilah cuti hujung minggu Saudi.
Catatan saya ialah mengenai keluar masuk ke Saudi. Hendak masuk dan keluar dari Saudi ini, pemeriksaan keselamatan dan imegresen nampaknya amat ketat. Ketika saya sampai ke Jeddah lima hari yang lalu, saya beratur dengan sabar untuk pemeriksaan imegresen dan kastam selama hampir dua jam. Dan untuk keluar dari Jeddah masa yang diambil lebih pendek, kira-kira 45 minit sahaja.
Kerajaan Saudi tentulah mengambil langkah ketat ini kerana dunia semuanya, termasuk dunia Islam, sering menjadi sasaran keganasan, intipan, dan penyeludupa…