Posts

Showing posts from October, 2014

MEMPELAJARI AGAMA DI MERATA JALAN

MARI SENTUH ANJING Mempelajari agama di dalam bilik darjah yang teratur secara tradisional nampaknya telah bertukar menjadi tradisi baru iaitu mempelajari agama di ruang pasar raya, di tepi-tepi jalan, di pentas politik, termasuk di pentas kempen pilihan raya dan sebagainya.  Ajaran agama dengan kaedah bersemuka dengan guru yang mahir, dan berpandukan kepada teks Al-Quran dan Hadis, juga buku-buku  yang berotoriti, nampaknya telah diganti dengan sesiapa saja yang dapat memberikan fatwa dan ajaran mudah, tentang najis yang berbagai jenis, anjing dan kucing, dan akhirnya mungkin juga akan dirangkumi binatang-binatang yang lain. Para mufti dan guru agama yang sepatutnya dapat memberikan pengajaran yang lebih komprehensif dan terperinci, akan hanya dapat memberi komen susulan, yang tidak akan di dengari sangat.,kerana yang mengajar di tepi jalan dan ditempat awam itu biasanya akan lebih menarik perhatian kerana telah memecahkan tradisi pengajaran agama yang telah "kuno&q

FATWA: BERJIHAD ATAU BERBUNUHAN

KITA MEMERLUKAN FATWA Penglibatan umat Islam dari Malaysia di dalam peperangan di Asia Barat seperti di Syria, khususnya di dalam pasukan ISIS, tidaklah merupakan satu penyelewengan terhadap agama pada pandangan mereka, kerana selain dari mereka, terdapat umat Islam dari negara lain yang turut sama dalam peperangan itu. Mereka turut berjuang di sana adalah berasaskan kefahaman mereka sendiri bahawa perjuangan itu adalah satu jihad untuk mempertahankan agama.  Mereka membina kefahaman ini di atas keyakinan mereka bahawa perjuangan yang sedang berlaku sekarang ini adalah perjuangan menentang "musuh Islam" Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang menentang Islam, termasuk perjuangan menentang umat Islam sendiri yang menyokong "musuh Islam" itu. Berdasarkan kefahaman ini, maka mereka beriktikad bahawa perjuangan menentang "musuh Islam" itu adalah "perang fi sabilillah" yang dituntut oleh agama, dan dalam perjuangan ini umat Islam se

ISLAM DAN KEGANASAN?

ISLAM TIDAK MENSYARIATKAN KEGANASAN…. Ramai orang terpengaruh dengan gerakan keganasan, termasuk pembunuhan sesama sendiri, kerana menganuti kepercayaan bahawa Islam mensyariatkan keganasan dan pembunuhan terhadap golongan yang diiktikadkan sebagai musuh Allah dan musuh agama Islam. Sebenarnya Islam tidak semudah itu mensyariatkan peperangan dan pembunuhan tanpa dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan Hadis serta fatwa yang muktabar dari para ulamak, yang menyatakan dengan terang bilakah peperangan itu disyariatkan dan menjadi satu amalan yang direstui oleh syarak. Penulis amat mengharapkan bahawa penjelasan dan fatwa yang jelas tentang hal ini dapat di sebar luaskan kepada masyarakat kita, kerana para belia Islam dan angkatan muda kita pada umumnya amat ghairah untuk bertindak melaksanakan syariah agamanya walau pun dengan mengorbankan nyawanya sendiri, sedangkan tindakan mereka ini adalah dilakukan di dalam kejahilan, tanpa panduan agama yang sahih Tanpa penyeb