Posts

Showing posts from April, 2011

BERTENANGLAH SEMUA

KETIKA PIHAK-PIHAK YANG BERKERISIS DAN BERTELAGAH MENGENAI VIDEO SEKS YANG TERMAKLUM, MAKA MASING-MASING TELAH CUBA MELAKUKAN SEGALA USAHA UNTUK MEMBUKTIKAN KEBENARANNYA, SEHINGGA BERLANGSUNGNYA SUMPAH LAKNAT SEMALAM.

SAYA BERANGGAPAN BAHAWA LAFAZ SUMPAH YANG DILAKUKAN ITU ADALAH MERUPAKAN KEMUNCAK DARI SATU KERISIS, YANG BERANI DILAKUKAN OLEH TRIO "T" DALAM MENEGAKKAN KEBENARAN MEREKA.

OLEH ITU SAYA RASA, SATU PERKARA YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH SEMUA ORANG, SAMA ADA DUA BELAH PIHAK YANG BERTELAGAH, ATAU PIHAK YANG TIDAK BERAT KE MANA-MANA DI NEGARA KITA, IALAH BERDIAM DIRI, BERTENANG DAN BERSABAR. TAWAKKAL DAN PASRAH KEPADA ALLAH SWT SEHINGGA KEBENARAN AKHIRNYA LAHIR LAMBAT LAUNNYA.

SAMA-SAMALAH KITA SEMUA KEMBALI KEPADA FITRAH ORANG MELAYU PADA MASA LAMPAU, YANG TERKENAL SEBAGAI UMAT YANG AMAT TENANG DAN SABAR, SAMA ADA PADA WAKTU SUSAH ATAU SENANG, BERDUKA ATAU BERGEMBIRA, KITA TIDAK PERNAH MENUNJUKKAN REAKSI YANG TERLALU AGRESIF ATAU BERLEBIH-LEBIHAN KETIKA DITIMPA BALA BEN…

JANGAN DI LENGAH-LENGAHKAN UMUM KEBENARAN

KALAU SEMUA SUDUT TELAH DIKAJI, DARI SEGI PERUNDANGAN DAN PROSEDUR LAINNYA, MAKA MELENGAH-LENGAHKAN PENGUMUMAN TENTANG HASIL VIDEO SEKS YANG MENIMBULKAN KONTROVERSIAL YANG BESAR DALAM MASYARAKAT KITA ITU, LEBEH MEMBUKAKAN PELUANG PENYEBARAN "FITNAH" INI DI DALAM MASYARAKAT KITA, DAN TENTULAH DIRASAKAN JUGA OLEH MASYARAKAT ANTARABANGSA.

SEMAKIN LAMA DIBIARKAN SEGALA PEMBICARAAN DI DALAM NEGARA KITA TENTANG VIDEO SEKS YANG DI KATAKAN MELIBATKAN TOKOH POLITIK ITU, MAKA SEMAKIN BANYAK RUANG YANG DIBUKA KEPADA UMUM UNTUK MEMBUAT SPEKULASI DAN KESIMPULAN SENDIRI YANG TIDAK BERKESUDAHAN.

MEDIA ALTERNATIF YANG TELAH BERLELUASA DENGAN MAKI HAMUN DAN SUMPAH SERANAH DIANTARA SESAMA KITA ITU AKAN TEUS MENERUS MEMAINKAN EMOSI, SENTIMEN DAN SERIBU SATU GAMBARAN BURUK, TAKSUB DAN FANATIK MELULU YANG AMAT BERCANGGAH DENGAN ADAB SOPAN DAN TATASUSILA BANGSA DAN AGAMA KITA.

KECENDERUNGAN MASYARAKAT KITA BERSUMPAH DI SANA SINI JUGA SEBENARNYA TIDAK HARUS DIGALAKKAN. SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH BUKAN…

TAK TIMBUL 1 MELAYU...

Satu Melayu, satu Cina, satu India, satu Iban dan sebagainya tidak timbul dalam negara kita. Negara yang berbilang kaum ini tidak mungkin diperintah oleh satu kaum. Sejarah telah membuktikan bahawa pemerintah negara ini haruslah berkongsi kuasa diantara pelbagai etnik dan kaum, iaitu bermula dari Perikatan yang di tubuhkan dengan permaupakatan tiga kaum terbesar, Melayu, Cina dan India, di Semenanjung Tanah Melayu, sehinggalah ke masa sekarang ketika Barisan Nasional berkongsi kuasa dengan semua kaum. Malah kaum minoriti sekecil mana sekali pun tetap diambil kira tentang hak dan tanggung jawabnya.

Sejak sekian lama, rakyat majoriti negara kita menolak parti politik yang memperjuangkan kaum secara ekstrem dan melampau, sehinggalah ke akhir-akhir ini yang kelihatan hal ini mulai mengalami perubahan, iaitu apabila ketua-ketua politik yang tertentu mulai berani menimbulkan rasa perkauman yang melampau, maka suara-suara sumbang itu mulai mempengaruhi sebahagian pengundi, dan parti pelampau…

MEMPERKUATKAN BAHASA INGGERIS

Memang isu memperkuatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar kita amat perlu dibincangkan, bebas dari emosi atau perasaan yang tidak berasas, apa lagi di politikkan. Saya mengikuti perbincangan tentang pengajaran sains dan metametik dalam bahasa Inggeris dari awal lagi, iaitu dari saat Tun Mahathir mengemukakan hal ini di peringkat awalnya. Kita perlu membincangkan alasan beliau kenapa pelajar kita harus mengambil dua mata pelajaran ini dalam bahasa Inggeris.

Beliau menegaskan bahawa kedua-dua subjek ini haruslah diajar dalam bahasa Inggeris kerana kedua-dua subjek ini sentiasa berkembang dari hari ke hari. Buku-buku rujukan dan buku teks dalam bahasa Inggeris sentiasa diperbaharui, iaitu berdasarkan fakta sains dan metametik yang setiap hari melalui peringkat yang terbaru.

Kedua-dua mata pelajaran ini bukanlah pelajaran yang statik, tidak berkembang. Oleh kerana buku teks juga dikeluarkan terlalu kerap berdasarkan fakta sains dan teknologi yang baru, maka kita haruslah men…

PERCANGGAHAN FATWA

DULU ESQ, SEKARANG POCO-POCO. ESQ DIHARUSKAN OLEH MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAANTIDAK LAMA DULU, TETAPI DIHARAMKAN OLEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN. HINGGA KE HARI INI, SESIAPA YANG HENDAK MENGANJURKAN PROGRAM ESQ BOLEHLAH MENGADAKANNYA DI LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN, TIDAK DI WP KERANA TELAH DIHARAMKAN.

SEMALAM, DALAM ISU TARIAN POCO-POCO, MUZAKARAH FATWA KEBANGSAAN MENGHARUSKAN TARIAN POCO-POCO, SEDANGKAN MUFTI PERAK TELAH MENGELUARKAN FATWANYA BAHAWA TARIAN POCO-POCO ADALAH HARAM. MAKNANYA SESIAPA YANG HENDAK MENGADAKAN PROGRAM TARIAN POCO-POCO INI MAKA PROGRAM ITU HENDAKLAH DIADAKAN DI LUAR KAWASAN NEGERI PERAK, SEBAB TARIAN ITU HARAM DI PERAK,

INILAH NAMANYA "KHILAF ULAMAK" YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA FATWA YANG BERBEZA-BEZA BAGI SATU ISU, SAMA SEPERTI "IKHTILAF" ULAMAK TENTANG KES-KES YANG LAIN.

NAMPAKNYA SEHINGGA HARI INI PUN MUFTI-MUFTI MASIH BERSELISIH PANDANGAN TENTANG SESUATU HUKUM, DAN DALAM SITUASI INI MUZAKARAH FATWA DI PERINGKAT KEBANGSAAN PUN TIDAK MEMPUNY…

NEGARA DUNIA DALAM KEGAWATAN

KEGAWATAN YANG BERLAKU DI NEGARA-NEGARA ASIA BARAT DAN AFRIKA UTARA, MUNGKIN TIDAK SANGAT DIRASAI DI NEGARA KITA YANG AGAK JAUH DARI RANTAU ITU. KITA YANG MENDENGAR KEJADIAN DI SANA, DAN MELIHATNYA DI KACA TV HANYA DAPAT MERASA SEDIH DAN SIMPATI DENGAN NASIB BURUK YANG TERJADI DI SANA. KESEDIHAN KITA IALAH KERANA KEKACAUAN, KEGANASAN DAN PEMBUNUHAN ITU KEBANYAKANNYA BERLAKU DI NEGARA-NEGARA ISLAM.

NAMUN BEGITU APABILA KITA MENDENGAR BAHAWA NEGARA JIRAN TERDEKAT KITA, INDONESIA, JUGA TERGUGAT OLEH KONFLIK ANTARA PENGANUT ISLAM DAN KRISTIAN, MAKA HAL ITU AMATLAH MENYEDIHKAN KITA, DAN SEOLAH-OLAH KITA TURUT MERASA BAHANGNYA YANG MERBAHAYA.

KETEGANGAN YANG BERLAKU AKIBAT DARI MELUAP-LUAPNYA RASA SENTIMEN KEAGAMAAN DAN PERKAUMAN ADALAH MERUPAKAN KRISIS YANG AMAT SUKAR DITANGANI SEKIRANYA KERISIS ITU MULAI BERLAKU DAN BERLANJUTAN TERUS MENERUS MEREBAK DI DALAM NEGARA, HAL INILAH YANG TIDAK SEHARUSNYA BERLAKU DI NEGARA KITA,

TETAPI AMAT MENDUKACITAKAN, BAHAWA PADA MASA YANG TERAKHIR INI, TERDA…

SIREH PULANG KE GAGANG

SETELAH BERSARA DARI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) PADA TAHUN 2002, BARU PADA HARI SELASA 19 APRIL 2011 SAYA KEMBALI KE IKIMUNTUK MEMBENTANGKAN SEBUAH KERTAS KERJA DALAM SEMINAR WANITA, MULAI JAM 2.15 HINGGA 4.30 PETANG BERTAJUK "ISLAM AGAMA PATRIAKI?"

SETELAH SELESAI PEMBENTANGAN KERTAS KERJA ITU, SAYA BUAT PERTAMA KALINYA JUGA SELEPAS 10 TAHUN BERKHIDMAT DI IKIM, DAN MEMPELOPORI PENUBUHANNYA PADA TAHUN 1992 ATAS IDEA TUN DR MAHATHIR MOHAMAD, PERDANA MENTERI KETIKA ITU, MAKA SAYA DI BAWA KEMBALI MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM PROGRAM IKIM.FM, RADIO IKIM, ATAS JEMPUTAN USTAZ ZAMRI DAN MERAKAMKAN PROGRAM "DUNIAKU BUKUKU", MEMBICARAKAN BUKU OTOGBIOGRAFI SAYA.

USTAZ ZAMRI ADALAH PILIHAN SAYA UNTUK BERKHIDMAT DI IKIM, MULANYA SEBAGAI PENYUNTING BUKU, DAN KEMUDIANNYA MENCEBURKLAN DIRINYA DALAM IKIM.FM. BELIAU SAYA TEMUDUGA KETIKA PADA SATU KETIKA SAYA BERADA DI KOTA BHARU KERANA MENGHADIRI SATU SEMINAR, DAN TIBA-TIBA DIA DATANG BERJUMPA SAYA DI DALAM BILIK HOTEL, MEN…

ISU AL-KITAB

SAYA TIDAK BERNIAT UNTUK MEMBICARAKAN ISU INI DENGAN PANJANG LEBAR. MALAH SAYA HANYA INGIN MENYATAKAN FIKIRAN SAYA TENTANG BEBERAPA KEBIMBANGAN UMAT ISLAM TENTANG HAL INI, YANG TELAH TIMBUL BEGITU LAMA, DAN KITA HARUSLAH MENCARI JALAN BAGAIMANAKAH KEBIMBANGAN INI SEHARUSNYA DIHAPUSKAN DENGAN MENENTUKAN SIKAP UMAT ISLAM SENDIRI, DAN JUGA PERSEFAHAMAN DENGAN PENGANUT AGAMA BUKAN ISLAM, KHUSUSNYA PENGANUT KRISTIAN.

MENGIKUT AKHBAR HARI INI, THE CHRISTIAN FEDERATION OF MALAYSIA, MELALUI KENYATAAN PENGERUSINYA BISHOP NG MOON HING, TELAH MENDESAK KERAJAAN SUPAYA MEMBATALKAN PERINTAH YANG DIBUAT DI BAWAH AKTA ISA DAN KEMENTERIAN DALAM NEGERI MENGENAI ISU-ISU BERKAITAN ALKITAB.

MENURUT BISHOP NG MOON HING : MASALAH UTAMA YANG TIMBUL DARI ISU INI ADALAH BERBALIK KEPADA TAHUN 1982 TENTANG LARANGAN KE ATAS ALKITAB, TAHUN 1993 LARANGAN TENTANG PERJANJIAN BARU (NEW TESTAMENT) DI BAWAH AKTA ISA ATAS ALASAN BAHAWA HAL INI MERUPAKAN PREJUDIS KEPADA KEPENTINGAN NASIONALDAN KETENTERAMAN AWAM, KEMUDIA…

RENUNGKAN KUASA ALLAH

ISLAM BUKAN HANYA SIMBOLIK

ISLAM MERUPAKAN SATU SISTEM HIDUP YANG MENGGABUNGKAN DI ANTARA ROHANI DAN JASMANI, AMAL DAN NIAT, FORM DAN SUBSTANCE.
SEORANG YANG MEMBASUH MUKA, TANGAN KAKI, SAPU KEPALA YANG KELIHATAN SEPERTI MENGAMBIL WUDU', TIDAK AKAN MENJADI PERBUATANNYA ITU SEBAGAI IBADAT WUDU' SEKIRANYA IA TIDAK BERNIAT MENGAMBIL WUDU' KERNA ALLAH SWT, IAITU TANPA MENYERTAI PERBUATANNYA ITU DENGAN NIAT KERANA ALLAH .

DEMIKIAN JUGA SEORANG YANG TUNDUK BANGUN SEPERTI ORANG YANG MENGERJAKAN SEMBAHYANG, TETAPI TIDAK BERNIAT UNTUK ALLAH SWT TENTANG PERLAKUANNYA ITU, IAITU IA BERSEMBAHYANG KERANA ALLAH SWT, MAKA PERBUATANNYA ITU TIDAK MENJADI IBADAT SEMBAHYANG KERANA TIDAK DISERTAI DENGAN NIAT.

OLEH ITU SETIAP ORANG ISLAM HARUSLAH MEMAHAMI KONSEP INI, SUPAYA ISLAM TIDAK HANYA MERUPAKAN RITUAL YANG DILAKUKAN TANPA NIAT YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT.

ISLAM TIDAK HANYA MERUPAKAN KATA-KATA DI BIBIR MULUT, ATAU DIPAMERKAN SEBAGAI BARANGAN JULANA, TANPA MEMPUNYAI RUH DAN NIAT KERANA ALLAH, DAN DILAKUKAN DENGAN PENU…

PERTAMA KALI DI MALAYSIA

MAJLIS PELANCARAN NADI DIALOG MALAYSIA
PADA 8 APRIL 2011
DEWAN PERDANA FELDA
KEHADIRAN :

TAN SRI YUSOF NOOR, DATO’ DR ISMAIL IBRAHIM, DATUK ABD. MANAF AHMAD, DATO’ ZAINAL ABIDIN ABDUL KADER, TUAN HAJI IDRIS MAMAT DAN DR FIRDAUS AHMAD AZZAM.



Latar Belakang :

Nadi Dialog Malaysia (NADI) merupakan sebuah pertubuhan bebas dan tidak partisan, ditubuhkan hasil cetusan pemikiran sekumpulan intelektual Malaysia dalam tahun 2009, dan telah didaftarkan dengan rasminya oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 18 Ogos 2010.

Objektif :

Objektif penubuhan NADI ialah untuk membangunkan bangsa dan negara Malaysia secara sepadu dan produktif di dalam bidang sosial, ekonomi, politik, agama dan bidang lainnya, melalui berbagai-bagai aktiviti, tetapi fokusnya ialah kepada Dialog yang berasaskan penyelidikan dan pemikiran yang terbuka.

Tujuan dan Matlamat :

1. Bertindak sebagai pusat dialog di antara berbagai kalangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

2. Mengkaji dan dan menjalankan penyelidikan tentang is…

JANGANLAH SEGERA JATUH HUKUM

SAYA INGIN MENYAMBUNG APA YANG TELAH SAYA TULISKAN TENTANG SEMUA ORANG NAK JADI HAKIM DAN NAK JATUHKAN HUKUMAN TERHADAP SESUATU YANG MEREKA SENDIRI TAK TAU HUJUNG PANGKALNYA.

KEMATIAN PENOLONG PENGARAH KASTAM SELANGOR SEMALAM AMATLAH TRAGIK DAN MENDUKACITAKAN. MENGIKUT POLIS DARI SIASATAN AWALNYA TERNYATA BAHAWA KEMATIANNYA ADALAH KEMATIAN MENGEJUT SEBAB TERJATUH DARI BANGUNAN ITU.

KEMUNGKINAN ALLAH YARHAM MEMBUNUH DIRI, MENGIKUT TEMAN-TEMAN RAPATNYA, TIDAK MUNGKIN, KERANA ALLAH YARHAM ADALAH WARAK, SERING MENJADI IMAM DI SURAU KELANA JAYA, MALAH SEORANG SAHABATNYA MENCERITAKAN BAHAWA PADA MALAM SEBELUM KEJADIAN, ALLAH YARHAM BERMAIN TENIS DENGANNYA, DAN MENGIKUT TEMAN INI, DIA TENTULAH TIDAK BERNIAT MEMBUNUH DIRI, KERANA KALAU DIA BERNIAT BEGITU, TENTULAH DIA TAK AKAN BERMAIN TENIS PADA MALAM ITU.

MEMANGLAH KALAU DILIHAT DARI SUDUT INI, TAK MUNGKIN SEORNG ITU AKAN BERTINDAK MELAKUKAN PERKARA YANG DITEGAH OLEH AGAMA INI, TAMBAHAN PULA ALLAH YARHAM ADALAH SEORANG YANG BERIMAN.

MENGIKUT B…

SEMUA NAK JADI HAKIM

KEHADIRAN VIDEO KONTROVERSIAL MENGUNDANGSEMUA ORANG UNTUK MENJADI HAKIM, DAN MENJATUHKAN HUKUMAN MENGIKUT KEPALA DAN PENDIRIAN MASING-MASING, TERUTAMANYA DIDORONG OLEH RASA TAKSUB DAN FANATIK KEPADA SESEORANG, ATAU KUMPULAN TERTENTU. WIRA DALAM VIDEO SEKS ITU SI ANU, "SAH, DIALAH ORANGNYA", MENGIKUT KATA ORANG YANG MEMUSUHI SI ANU ITU, ATAU YANG TIDAK SEALIRAN DENGANNYA DALAM POLITIK TERUTAMANYA. "MANA BOLEH, ITU BUKAN DIA, BADAN DIA BUKAN MACAM TU, BADAN DIA....." HUKUM ORANG LAIN PULA YANG INGIN MEMBELANYA DAN MENOLAK TANGGAPAN PUAK LAGI SATU YANG MENGATAKAN WIRA ITU ADALAH DIA.AMAT JARANG AKAN DIDAPATI ORANG YANG SABAR MENUNGGU, MENANTI PIHAK BERKUASA MENENTUKANNYA, MENYIASATNYA, DAN KEMUDIANNYA MENGAMBIL KESIMPULAN YANG TERAKHIR. JARANG TERJUMPA ORANG YANG BERSIKAP MACAM INI, IAITU YANG TIDAK MAHU MELOMPAT MENGAMBIL KEPUTUSAN, SEOLAH-OLAH DIA BENAR-BENAR YAKIN, "ORANG ITU IALAH DIA, SI ANU" ATAU "ORANG ITU BUKANLAH SI POLAN, MANA BOLEH SI POLAN I…

KONTRAVERSI FATWA

SAYA TIDAK BERMAKSUD MEMPERTIKAIKAN FATWA YANG DI KELUARKAN DI PERINGKAT NEGERI ATAU FATWA OLEH MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN. TETAPI INGIN MENCARI SEDIKIT PENYELESAIAN TENTANG KAEDAH DAN PENGURUSAN MENGELUARKAN FATWA, SUPAYA TIDAK TERDAPAT PERCANGGAHAN DIANTARA INSTITUSI FATWA NEGERI DAN PUSAT TENTANG SESUATU FATWA.

KITA MASIH INGAT TENTANG FATWA AKTIVITI ESQ BARU-BARU INI. PIHAK MUZAKARAH MAJLIS FATWA KEBANGSAAN TELAH MENGELUARKAN FATWA MENGHARUSKAN AMALAN ESQ ITU, TETAPI DIPERTIKAIKAN OLEH MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN, LALU BERLAKULAH KONFLIK DIANTARA PARA MUFTI TENTANG FATWA INI, DAN HAL INI MENYEBABKAN KEKELIRAUAN DI DALAM MASYARAKAT ISLAM DI NEGARA KITA. DAN MENGAKIBATKAN PERSELISIHAN DALAM PERLAKSANAAN FATWA ITU, IAITU OLEH KERANA WILAYAH PERSEKUTUAN MENGHARAMKAN ESQ, MAKA AKTIVITI PERGERAKAN INI TELAH DIJALANKAN DI LUAR WILAYAH PERSEKUTUAN, DAN UMAT ISLAM SENDIRI YANG BERPECAH BELAH DALAM HAL INI.

FATWA TERBARU TENTANG PENGHARAMAN TARIAN POCO-POCO OLEH MUFTI PERAK, JUGA MENGU…