Posts

Showing posts from April, 2014

MASJID: PENGGUNAANNYA

(Bahagian Kedua)
MASJID: PENGGUNAANYA: 1.Ketika Baginda Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah al-Munawwarah pada tahun 622 Masehi, masyarakat dan tampuk pemerintahan memerlukan kepada markaz dan pusat pentadbiran, pendidikan, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya, maka masjid yang didirikan oleh Baginda itulah yang menjadi ibu pejabatnya. 

  Disitulah tempat ibadat, tempat belajar, mesyuarat dan sebagainya yang merupakan aktiviti Baginda bersama penduduk Madinah keseluruhannya. 2.Fungsi inilah yang selalunya dibangkitkan semula dalam sejarah pertumbuhan masjid di dalam dunia Islam, iaitu yang diharapkan akan menjadi pusat serbaguna, bukan hanya untuk bersembahyang dan berzikir secara ritual kepada Allah SWT sahaja seperti yang difahami dan diterjemahkan selama ini. 3.
    Bagaimana pun isu ini sering dibicarakan secara teori dan retorik sahaja tanpa sebarang perancangan yang konkrit dan praktikal yang dapat dipraktikkan dengan sebaik-baiknya dalam masyarakat Islam, oleh itu masjid tetap lahi…

MASJID: INSTITUSI PENTING UMAT ISLAM

MASJID SEBAGAI INSTITUSI AGUNG UMAT ISLAM
(Bahagian Pertama)
MASJID: SECEBIS SEJARAH: 1.Masjid bermula dengan konotasi sujud. Sujud adalah perbuatan hamba kepada Allah SWT yang membawa maksud pengabdian, dan merupakan salah satu manifestasi pengabdian kepada Allah dengan melakukan ibadat. Ibadat sembahyang mengandungi banyak rukun nya, diantaranya  yang paling dominan ialah “sujud” iaitu meletakkan kepala ke atas bumi tanda kekerdilan hamba kepada Tuhannya, Allah SWT. Masjid dengan itu memberikan konsep perhambaan dan pengabdian kepada Allah SWT. 2.Rasulullah SAW ketika melakukan Hijrah iaitu semasa meletakkan kakinya di Madinah Al-Munawwarah, yang terkenal dengan nama Yathrib, pada tahun 622 Masehi, telah mendirikan masjid Quba’. Dengan itu kota Madinah merupakan kota suci yang di dalamnya tertegak Al-Masjid Al-Nabawi. Baginda juga kembali ke Makkah dan membuka Makkah, yang dengan itu membuka Majsidul-Haram. Kedua-dua buah Majis ini merupakan dua buah masjid agung Islam, tetapi kita mera…

Merialisasikan Sifat IHSAN

(Bahagian Kelima)

                              PENYELESAIANNYA? PERSOALANNYA?


Bagaimanakah hendak membina istana dan menara Ihsan itu seperti yang dibayangkan di atas, dan seterusnya menyelenggarakannya supaya kukuh sepanjang masa ? a)Agama? Ya pastinya. Kembali kepada Agama, kepada Al-Quran dan Sunnah? Tentunya. Tapi bagaimana? Adakah kaedahnya terlalu amat simplistik begitu? Apakah dengan menyediakan kayu, paku, simen dan peralatan lain untuk membina rumah, maka sesiapa saja dapat membina rumah itu? Sudah tentu tidak. Diperlukan tukang kayu yang mahir iaitu yang telah sekian lama mengasah bakat dan menimba ilmu dan pengalaman untuk mendapatkan kemahiran membina rumah.
b) Ihsan dan sifat-sifat integriti lain adalah merupakan satu kemahiran. Maka yang perlu dijawab ialah bagaimanakah menggunakan ajaran agama, Al-Quran dan Sunnah itu untuk membina peribadi manusia yang menghayati sifat mulia dan baik.? Agama bukan tongkat sakti yang dapat mengubah…

Bangunan Ihsan

Menguatkan Rumah Ihsan

                                  (Bahagian Keempat)
Rumah yang terbina dengan penghuninya yang seimbang dan perkasa itu haruslah mengalami proses penyelenggaraan yang konsisten. Penghuninya sendirilah yang seharusnya menjadi penyelenggara, jangan biarkan debu-debu melekat di mana saja tanpa dibersihkan, kerana kalau tidak dibersihkan maka debu-debu itu akan kekal menjadi racun yang memakan diri penghuninya, maka takrifan Ihsan, integriti, ikhlas, dan sebagainya mulai berubah.
2.Jadual penyelenggaraan bangunan ini haruslah disusun begitu rupa dengan masanya yang amat tepat, jenis penyelenggaraan yang berbagai-bagai, hal inilah yang menjelma di dalam sistem pendidikan, formal dan tidak formal, kempen-kempen, peranan institusi sosial, budaya, agama, swasta dan kerajaan, , kerana bangunan yang kukuh bagaimana pun, yang mengambil masa sepanjang hayat untuk dibina, sekiranya tidak di selenggara dengan berjadual dan halusi, tidak diperiksa dan diperbaiki, maka binaan itu…

Ihsan sebagai satu cara hidup

                            (Bahagian Ketiga)
BAGAIMANAKAH MEMBUDAYAKAN IHSAN?
1. Ihsan seharusnya menjadi budaya insan yang diamalkan sepanjang hayat sebagai tabiat dan darah dagingnya. Budaya ialah cara hidup, adat dan tradisi yang merupakan komitmen seseorang tanpa dipaksa dari luar. Ajaran agama menjadi satu unsur terpenting dalam membudayakan sifat-sifat baik seperti Ihsan ini. Tetapi berbeza dari amalan budaya lain yang diwarisi dari ibu bapa dan nenek moyang, sifat ihsan, integriti, amanah dan sebagainya adalah merupakan satu bibit atau biji benih yang seharusnya ditanam dari awal lagi, disiram, dibajai sehingga mengeluarkan bunga dan buah. Ertinya, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam membudayakanb sifat yang baik seperti ihsan ini. Ibu bapa di rumah, guru-guru di sekolah, ketua pejabat, majikan, komuniti, para pengajar dan penceramah di surau, masjid, perkhemahan, dan lain-lain, hendaklah sama-sama memainkan peranan dalam mendidik semua peringkat supaya sifat baik in…

Etika Islam : Ihsan

                                 (Bahagian Kedua)
                  KAEDAH PENYAMPAIAN BERKESAN
1.Orang yang bersifat dengan sifat Ihsan sentiasa
a)Menguasai komunikasi yang berkesan b)Bahasa yang bersopan dan beradab. “Terima kasih” “Maaf” “Silakan” “Tolong buat begini...” “Sila ke kaunter sebelah..” c)Menguasai ciri-ciri psikologi secara umum bagi mendidik orang awam, bukan mengajar atau menghukum d)Mengimbangi sistem penyampaian berlandaskan keikhlasan, keadilan dan kebajikan e)Mengelakkan sebarang prasangka kerana kepentingan kaum kerabat, sahabat rapat, ideologi politik partisan dan taksub agama f)Sentiasa meletakkan diri di tempat orang lain iaitu sebagai “pelanggan” “pengunjung kaunter” “pemohon lesen, paspot, penjual tanah/rumah” “orang tua atau muda” “pensyarah universiti atau peladang” dan sebagainya yang berurusan dengan Pegawai, kerana semua golongan itu dapat memahami bahasa yang sama, tetapi segala komunikasi dan arahan haruslah sesuai dengan tahap pemikiran dan pemahaman mereka…

Menghayati Etika Islam

IHSAN DALAM  KEHIDUPAN MANUSIA

(Bahagian Pertama)

APAKAH DEFINISI IHSAN
1.Ihsan bermakna kesempurnaan (Perfection/Excellence) penghayatan dari Iman (keyakinan dalaman) yang menjelma dalam tindakan dan amalan, yang mempunyai hubungan rapat dengan tanggungjawab sosial yang berdasarkan komitmen agama dan ketuhanan (God fearing/God consciousness)
2.Rasulullah SAW dalam Hadith yang terkenal dengan nama Hadith Jibril, telah menjelaskan hal ini secara peribadi iaitu Ihsan bermakna Bahawa kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya dan sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu. Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Muslim
3.Ihsan dalam pengertian ini ialah “melakukan sesuatu yang baik” dan merupakan salah satu dari tiga dimensi dasar agama, iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Islam menekankan tentang “apa yang anda mesti lakukan”, Iman “kenapakah seorang harus melakukan” maka Ihsan secara prinsipnya adalah tindakan yang dilakukan dengan “niat” yang keluar dari dalam hati.