Posts

Showing posts from 2014

MENJELANG 2015

SEMOGA SEJARAH BURUK UMAT ISLAM AKAN BERAKHIR Tahun 2014 menyaksikan perpecahan ummah Islam seluruh dunia.  Tanpa mencuba untuk menuding jari kepada pihak lain, umat Islam sendiri sebenarnya yang menyebabkan perpecahan dan kerisis sesama mereka sendiri.   Kerisis sesama umat Islam berlaku dalam satu keadaan yang amat parah dan serius, iaitu dengan berlakunya sejarah baru yang berlarutan dengan pertarungan kuasa dan pengaruh, perpecahan kerana aliran mazhab, aliran puak, etnik dan sebagainya, yang membawa kepada pertumpuhan darah, pembunuhan, penculikan dan seribu satu macam keganasan yang amat mencabar nilai-nilai kemanusiaan dan akhlak Islamiah itu sendiri.   Dunia Islam tidak setabil. Ekonominya tercabar. Peperangan antara rakyat dan pemerintah, malah rakyat sesama rakyat, menutup sama sekali arena politik yang sihat, pembangunan ilmu dan pendidikan, semuanya hancur dalam kehancuran gedung ilmu, sekolah dan universiti, bangunan dan industri, pertanian dan perniagaan, mala

ULANG TAHUN TSUNAMI DAN BANJIR BESAR DI NEGARA KITA

TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH Tanggal 26 Disember 10 tahun yang lalu, iaitu pada tahun 2004, satu peristiwa bencana alam yang pada umumnya tidak pernah kita alami dalam umur kita, telah berlaku, iaitu bencana alam yang bernama Tsunami, ketika lautan memuntahkan airnya setinggi gunung melanda segala bangunan dan mercu tanda bumi, pokok-pokok besar, hutan belantara, termasuk kenderaan dan pengangkutan laut dan darat, yang besar dan kecil, mengalami kemusnahan yang besar, dihanyutkan puluhan kilometre ke darat.   Ombak raksaksa menyapu bersih segala bangunan dan objek yang dilandanya menjadi padang jarak pedang tekukur puluhan kilometer, kecuali beberapa buah bangunan seperti Masjid Al-Rahman di Acheh, yang bangunan dasarnya masih dapat bertahan pukulan badai besar itu, kekal tegak di tengah-tengah tanah lapang...............dengan kudrat Maha Pencipta, Allah Subhanahu Wata'ala.   Kini, menjelang penghujung Disember 2014, ketika dunia menyambut 10 tahun peristiwa Tsunami,

PhD Ketika Berusian Enam Puluhan

ORANG TUA ZAMAN INI.... Jangan hairan, orang tua zaman ini tidak seperti orang tua zaman dulu lagi. Kini orang tua berumur enam puluhan mulai menjejaki kaki ke dalam dewan Konvo menerima ijazah, bukan ijazah pertama, tetapi ijazah Sarjana lengkap dan ijazah kedoktoran, PhD, bergelar Doktor Falsafah.... Itu yang berlaku di dalam Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) kali ke-16, dan di dalam Majlis Konvokesyen UiTM kali ke-81 sehari dua ini di Kota Kinabalu, Sabah dan Shah Alam, Selangor. Ketika saya menerima ijazah PhD dalam tahun 1975 dulu, saya merasakan umur saya telah agak lanjut, iaitu berumur 38 tahun baru menerima ijazah PhD, tetapi apabila membaca bahawa Yussof Ladi, yang kini bergelar Dr Yussof Ladi menerima PhD di UMS ketika berusis 61 tahun, dan Datuk Ir. Abdul Latif Mohd. Som, yang kini bergelar Datuk Dr Ir. Abdul Latif menerima PhD ketika berumur 59 tahun, maka saya segera menyedari bahawa orang-orang "senior" warga emas sekarang i

MEMPELAJARI AGAMA DI MERATA JALAN

MARI SENTUH ANJING Mempelajari agama di dalam bilik darjah yang teratur secara tradisional nampaknya telah bertukar menjadi tradisi baru iaitu mempelajari agama di ruang pasar raya, di tepi-tepi jalan, di pentas politik, termasuk di pentas kempen pilihan raya dan sebagainya.  Ajaran agama dengan kaedah bersemuka dengan guru yang mahir, dan berpandukan kepada teks Al-Quran dan Hadis, juga buku-buku  yang berotoriti, nampaknya telah diganti dengan sesiapa saja yang dapat memberikan fatwa dan ajaran mudah, tentang najis yang berbagai jenis, anjing dan kucing, dan akhirnya mungkin juga akan dirangkumi binatang-binatang yang lain. Para mufti dan guru agama yang sepatutnya dapat memberikan pengajaran yang lebih komprehensif dan terperinci, akan hanya dapat memberi komen susulan, yang tidak akan di dengari sangat.,kerana yang mengajar di tepi jalan dan ditempat awam itu biasanya akan lebih menarik perhatian kerana telah memecahkan tradisi pengajaran agama yang telah "kuno&q

FATWA: BERJIHAD ATAU BERBUNUHAN

KITA MEMERLUKAN FATWA Penglibatan umat Islam dari Malaysia di dalam peperangan di Asia Barat seperti di Syria, khususnya di dalam pasukan ISIS, tidaklah merupakan satu penyelewengan terhadap agama pada pandangan mereka, kerana selain dari mereka, terdapat umat Islam dari negara lain yang turut sama dalam peperangan itu. Mereka turut berjuang di sana adalah berasaskan kefahaman mereka sendiri bahawa perjuangan itu adalah satu jihad untuk mempertahankan agama.  Mereka membina kefahaman ini di atas keyakinan mereka bahawa perjuangan yang sedang berlaku sekarang ini adalah perjuangan menentang "musuh Islam" Amerika Syarikat dan kuncu-kuncunya yang menentang Islam, termasuk perjuangan menentang umat Islam sendiri yang menyokong "musuh Islam" itu. Berdasarkan kefahaman ini, maka mereka beriktikad bahawa perjuangan menentang "musuh Islam" itu adalah "perang fi sabilillah" yang dituntut oleh agama, dan dalam perjuangan ini umat Islam se

ISLAM DAN KEGANASAN?

ISLAM TIDAK MENSYARIATKAN KEGANASAN…. Ramai orang terpengaruh dengan gerakan keganasan, termasuk pembunuhan sesama sendiri, kerana menganuti kepercayaan bahawa Islam mensyariatkan keganasan dan pembunuhan terhadap golongan yang diiktikadkan sebagai musuh Allah dan musuh agama Islam. Sebenarnya Islam tidak semudah itu mensyariatkan peperangan dan pembunuhan tanpa dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan Hadis serta fatwa yang muktabar dari para ulamak, yang menyatakan dengan terang bilakah peperangan itu disyariatkan dan menjadi satu amalan yang direstui oleh syarak. Penulis amat mengharapkan bahawa penjelasan dan fatwa yang jelas tentang hal ini dapat di sebar luaskan kepada masyarakat kita, kerana para belia Islam dan angkatan muda kita pada umumnya amat ghairah untuk bertindak melaksanakan syariah agamanya walau pun dengan mengorbankan nyawanya sendiri, sedangkan tindakan mereka ini adalah dilakukan di dalam kejahilan, tanpa panduan agama yang sahih Tanpa penyeb

KEIZINAN BERPERANG DALAM ISLAM

Dasar keamanan dan keharmonian Islam Seorang lagi rakyat Malaysia meninggal dunia kerana terkena tembakan di Syria mengikut berita akhbar tanggal 15 September 2014. Mengikut berita itu lagi, jenazah ini akan dikebumikan di Turki bersebelahan mayat anggota lain dari Malaysia yang telah terkorban sebelum ini. Dalam konteks ini penulis tidak bermaksud untuk membicarakan tentang hukum dan fatwa berhubung kematian ini, sama ada sebagai seorang yang berjihad dan terkorban sebagai syahid, ataupun meninggalnya sebagai anggota kumpulan militan yang terkorban secara sia-sia. Soal hukum dan fatwa ini bukanlah boleh dipermain-mainkan seperti kita menghukum dalam urusan dunia yang tidak mempunyai kaitan dengan hukuman berat dan mempunyai implikasi balasan di akhirat sama ada masuk syurga atau masuk neraka. Ummah seluruh dunia yang sepatutnya telah bertindak menubuhkan badan antarabangsa sendiri untuk memastikan hal ini, kerana isu ini sekarang telah menjadi isu indiv

FAHAMI ISTILAH ISLAM...........

Memahami Erti Sebenar Jihad, Syahid dan Syurga DUNIA sekarang menyaksikan umat Islam berperang dan berbunuhan sesama sendiri, seolah-olah agama membenarkan peperangan dan pembunuhan. Golongan yang mengaku berjihad atas nama Islam, atas nama negara Islam, atas nama tentera Khalifah juga, akan memancung kepala sesama Islam. Hal ini amat mengelirukan kerana Islam tidak membenarkan pembunuhan kecuali di dalam kes-kes tertentu yang amat kecil perangkaannya. Malah antara kesalahan pertama yang diharamkan oleh Islam ialah perbuatan manusia zaman jahiliah yang membunuh anak-anak mereka yang baru dilahirkan. Al-Quran di dalam surah Al-An’am (6) ayat 151 menerangkan dengan jelas di antara perkara yang diharamkan ialah perbuatan membunuh anak-anak. Maka Allah SWT menerangkan bahawa sekiranya pembunuhan bayi itu dilakukan kerana takut tidak dapat diberikan makanan kepada mereka, maka Allah yang memberikan rezeki kepada anak-anak itu, malah Allah jugalah yang memberikan rezeki kepada me

DI MANAKAH MARUAH KITA?

KEHAKISAN INTEGRITI .......... Di manakah maruah dan integriti bangsa kita? Sehinggakan di dalam dunia pendidikan nasional pun terdapat manusia yang tidak ikhlas dan berakhlak jika di lihat tentang kebocoran kertas soalan UPSR sekarang ini, dan jika dapat dibuktikan bahawa kebocoran ssoalan itu adalah merupakan perbuatan tidak bertanggung jawab manusia-manusia yang menguruskan kertas soalan ini sendiri.... Kita tidak akan merasa terperanjat yang amat sangat sekiranya orang menyeludup minyak desel atau rokok kretek untuk mencari wang dan keuntungan sekiranya mereka yang melakukan perbuatan itu adalah terdiri dari orang biasa yang mungkin tidak mempunyai hati dan rohani yang tinggi. Tetapi kita tentu akan merasa amat hairan dan terkejut sekiranya kertas soalan itu di bocorkan oleh orang-orang terpelajar dan berpendidikan yang diserahkan amanah oleh pihak yang bertanggung jawab bagi menjalankan satu ujian penting untuk mengukur tahap pencapaian akademik dan ilmu bagi para pe

APAKAH KONSEP JIHAD ??

MEMAHAMI KONSEP JIHAD YANG SEBENARNYA… DALAM kekecohan dan krisis besar dunia Arab yang melibatkan pertentangan di antara rakyat dan pemerintah, di antara rakyat dan rakyat yang berbeza pegangan mazhab agama, maka timbul pula satu kumpulan lain yang mendakwa bahawa mereka ingin menubuhkan negara pemerintahan Khalifah yang merangkumi Syria dan Iraq, dan akan menjalankan pemerintahan Islam yang tidak mempunyai sempadan. Mereka menamakan diri kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) tetapi dalam proses membentuk kerajaan itu mereka telah menggunakan kekerasan dan pertumpahan darah seperti tentera biasa yang bertindak untuk menakluki sebuah negara musuh, malah memaksa umat Islam di sekeliling mereka supaya menerima mereka sebagai pemerintah, jika tidak maka umat sesama Islam itu akan dibunuh serta-merta. Kejadian ini disedari oleh seluruh penduduk dunia yang menyaksikan keganasan ini melalui kaca televisyen dan gambar dalam media cetak serta media baru. Semuanya m

ISU SEMASA YANG MERBAHAYA

Apakah Islam benarkan keganasan? ISU penglibatan umat Islam negara ini di dalam gerakan bersenjata di arena krisis politik di negara-negara Asia Barat adalah merupakan isu besar yang tidak harus dipandang ringan. Kita perlu prihatin mengenai laporan-laporan dan berita-berita yang menyatakan bahawa beberapa orang rakyat kita yang telah turut serta berjuang di dalam kumpulan bersenjata di sana seperti di Iraq dan Syria. Malah yang terbarunya ialah berita tentang kematian seorang rakyat kita di Syria yang menyertai golongan pemberontak Syria menentang kerajaan Basshar Al Asad, baru-baru. Sungguh pun penglibatan mereka di dalam golongan tersebut merupakan penglibatan peribadi atas dasar ajaran agama atau fahaman politik yang mereka pegang, tetapi negara kita sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pemerintahan berdasarkan Perlembagaan demokrasi, kekuatan Islam yang dilambangkan oleh kedaulatan Raja-Raja Melayu dan mempunyai perundangan yang amat jelas menentang keganasan

MEMAHAMI ISLAM YANG BETUL

BERJIHAD    Islam haruslah difahami secara syumul...Berjihad yang digunakan istilah "Jihadis" dalam media Barat perlu difahami konsepnya yang sebenar. Tanpa memahami konsep dan definasi jihad yang berlandaskan hukum syarak, maka orang Islam akan tersesat dalam kefahamannya dan akan melakukan jihad yang tidak menepati hukum syariah yang sebenarnya. Kita membaca berita baru-baru ini tentang seorang anak Melayu (?) dari negara kita yang telah terkorban di Syria ketika berjuang bersama-sama askar penentang Basshar Al-Asad, pemerintah Syria. Malah ada yang tercedera juga.  Penglibatan anak negara kita ini hanya baru kita mengetahui ketika tersibar berita tersebut. Dan sebelum ini pun kita telah mendengar berita tentang penglibatan rakyat kita, umat Islam, yang turut mengangkat senjata berjuang dengan kumpulan tertentu di negara lain, seperti di Iraq.... Perkara pertama yang seharusnya kita timbulkan di sini ialah apakah usaha kita untuk memberi kefahaman kepada umat Isla

MAKNA BERKABUNG

BERKABUNG CARA ISLAM Alhamdulillah sebahagian mayat para penumpang Malaysia yang menjadi korban tragedi MH17 akan sampai ke tanah air pada 22 Ogos ini. Pengumuman yang dibuat oleh YAB Timbalan Perdana Menteri agak melegakan kerana jenazah itu akan disambut sebegitu rupa mengikut syiar agama, terutamanya agama Islam. Harap Kerajaan akan meneliti dan mendapatkan pandangan para ulamak Islam tentang cara menyambut jenazah itu dan erti berkabung mengikut syiar Islam, yang tentunya berbeza dari adat tradisi dan simbolik agama lain. Ritual dan doa serta bacaan ayat suci al-Quran dalam menyambut mayat ini haruslah hanya dikhususkan kepada mayat dan jenazah Muslim saja, berjauhan dari mayat mangsa agama lain. Harap tidaklah jenazah Muslim di gabungkan dalam satu sambutan mengikut kepelbagaian agama, kerana jenazah Muslim tidaklah hanya diraikan secara keduniaan yang melampau dan menjadi acara yang kelihatan sama dengan sambutan agama lain. Saya menyebut begini kerana terd

SAMPAI BILAKAH PEPERANGAN INI AKAN BERTERUSAN?

HENTIKAN KEGANASAN.... Hingga kini orang awam Gazzah yang terkorban dalam serangan Israel ialah 80% dari hampir 1,800 orang korban rakyat Gazzah keseluruhannya. Yang terbunuh di pihak Israel kira-kira 65 orang adalah tenteranya dan 3 orang sahaja orang awam. Perangkaan ini menunjukkan bahawa Israel lebih banyak membunuh orang awam, sedangkan Hamas membunuh hampir keseluruhannya adalah tentera. Siapakah yang lebih zalim dan tidak bertamadun dalam konteks ini?? Dari sudut pandangan syariah, ternyata bahawa penceroboh yang melakukan jenayah perang ialah Israel. Dan dari sudut syariah juga Gazzah adalah merupakan pihak yang mempertahankan diri dari pencerobohan. Peperaangan disyariatkan di dalam Islam ialah ketika dicerobohi iaitu diperangi, dizalimi dan dihalau dari rumah tangga dan negara, maka yang diceroboh mestilah bangun bertindak mempertahankan dirinya. Dan hal inilah yang dilakukan oleh Kerajaan Ghazzah. Bagaimana pun dalam perhitungan dan peraturan peperangan,

3 SYAWAL 1435 - HARI RAYA KETIGA

MAKNA UJIAN Pesawat MAS KLIA - KB yang gagal mendarat di KB jam 3. 30 ptg Raya Kedua semalam setelah membuat dua kali percubaan, akhirnya membuat keputusan untuk pulang ke KLIA. Di KLIA semua penumpang diminta turun dan berada dalam balai ketibaan sementara menunggu pengumuman seterusnya. Akhirnya diumumkan bahawa pesawat akan kembali ke KB. Pulang ke KB dengan pesawat yang sama dan anak kapal yang sama, kecuali Keptain, berlepas semula ke KB dari KLIA pada jam 7.30 malam. Keptain baru menggantikan Keptain yang terdahulu ialah kerana Keptain pertama telah pun cukup tempoh tugasnya. Ujian yang dihadapi ketika mengalami kegagalan mendarat tadi menjadikan penumpang rata-ratanya, saya rasa, agak gelabah dan resah. Hal ini dapat dilihat kepada sikap penumpang yang kelihatan agak gementar, mulut terkumat kamit membaca apa-apa saja yang teringat, dan susana sepi yang biasanya tidak begitu, malahan ketika akan mendarat inilah biasanya orang menjadi teruja dan mulai berbual den