Posts

Showing posts from June, 2015

13 RAMADHAN 1436 - EPISOD KETIGABELAS (30 JUN 2015) SAMPAI BILA NAK BERBINCANG...?

Di Surau mana-mana pun, malah di dalam majlis ilmu, tazkirah, ceramah dan perjumpaan lainnya tentang agama Islam, orang akan terus membicarakan masalah dan isu agama yang mempunyai kepelbagaian pendapat, atau tegasnya masalah-masalah ijtihad, yang terdapat perbezaan pendapat oleh para ulamak. Paling banyak timbul ialah isu amalan sunat yang dilakukan setahun sekali di dalam bulan puasa, seperti berapa raka'at sembahyang terawih, bila nak sembahyang witir, seleps Terawih terus, atau balik dulu, witir di buat selepas sembahyang malam, tahajjud dan sebagainya yang dilakukan individu di rumah..... Isu ini biasanya menimbulkan konflik dan masing-masing mempertahankan pandangan ulamak yang di anutinya, dan menghukum orang lain tidak betul, dan sebagainya. Tahun depan timbul lagi, sehingga isu ini menjadi isu bermusim sejak puluhan tahun yang lalu, dan melibatkan personaliti ulamak lama dan baru, terutamanya yang di puja ramai, kerana ilmunya dan penglibatan aktifnya di dala

12 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUABELAS (29 JUN 2015) APA ITU AKHLAK?

Majlis dialog pada malam itu belum lagi bermula, dan Pak Hariri pun belum muncul, tetapi telah sdia berdiri di depan mikrofon seorang jemaah muda, dalam lingkungan umur 18 tahun, menunggu ketiban Pak Hariri.  Sesampainya Pak Hariri ke pentas lalu anak muda ini bersuara di dalam mikrofon "Tuan Puan sekelian, saya mengucapkan selamat datang kepada Pak Hariri yang bijak sana, namun saya nak mula berbicara, bukan sebagai Pengerusi tetapi sebagai seorang peserta dialog" Pak Hariri membiarkan dia bercakap, malah mengisyaratkan kepadanya supaya meneruskan percakapan. "Walau pun saya generasi muda, dan penyair Nizar Qabbani, telah agak lama meninggal, tetapi saya nampak dia ini bermadah dan berbicara seperti pemikiran kami orang muda. Dia bukan seperti penyair lama yang bersyair dalam bentuk lama, tanpa menyedari realiti masyarakat zaman kini" dia berhenti sejenak "Jadi apakah yang anak mahu pada malam ini?" tanya Pak Hariri "Saya mahu kit

11 RAMADHAN 1436 - EPISOD KESEBELAS (28 JUN 2015) APA ITU AGAMA?

"Silakan saudara Kasim memulakan bicara tentang puisi yang telah saudara perkatakan semalam"  Pak Hariri menjemput pelajar Universiti tersebut ke depan dan menyambung "Oleh kerana saya tidak pandai bercakap tentang bidang bahasa dan sastera, saya menjemput penulis muda kita saudara Sufian untuk mengendalikan majlis ini" Kasim dan Sufian sama-sama berjalan ke hadapan. Kasim dengan perawakan sasterawan yang berambut agak panjang, tidak bersikat rapi, dan Sufian dengan rambut bersikat rapi, tetapi terhias dengan janggut sejemput di dagunya. Kasim membaca puisi Nizar Qabbani dalam bahasa Arab yang fasih, dan orang yang tidak memahami bahasa Arab, mulai merasa mengantuk, mahu memejamkan mata setelah kenyang memakan moreh tadi....Oleh itu Sufian meminta Kasim menterjemahkan puisi yang di bacakannya itu ke dalam bahasa Melayu. "Ya" jawab Kasim "Saya ada terjemahannya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris" lalu membacakan terjemahannya d

10 RAMADHAN 1436 - EPISOD KESEPULUH (27 JUN 2015) SUDIKAH ANDA MENGIZINKAN SAYA?

Malam itu suasana di surau kelihatan muram dan sedih, apa bila seorang arkitek yang menjadi jemaah surau ini menceritakan tentang kecelakaan yang berlaku di dalam bulan mulia, Ramadhan, ini di Tunisia dan Kuwait baru semalam. Secara kebetulan saja hal ini diceritakan oleh seorang arkitek kerana tajuk kisahnya bukanlah kena mengena dengan bidang profesion dan kerjayanya, tetapi mengenai politik keganasan di kalangan masyarakat Islam. Namun arkitek ini seperti orang lain hanya menceritakan berita yang di dengar dan di lihatnya di kaca TV dalam program berita antarabangsa. Jemaah surau ini memang terdiri dari orang-orang profesional, korporat, pegawai awam, serta bidang kerja yang lain. Sebagai masyarakat elit dan beragama di keliling surau ini, maka kebanyakan penduduk yang menjadi jemaah surau ini, mereka sering membawakan cerita harian yang mempunyai hubungan dengan isu dan perkembangan semasa...terutamanya yang menyentuh agama dan uamat Islam. Ahli jemaah surau ini merasa duk

9 RAMADHAN 1436 -EPISOD KESEMBILAN (26 JUN 2015} KAKI MANA MASUK TANDAS?

"Siapakah antara para Jemaah yang tahu: kaki manakah yang kita langkah dahulu untuk masuk tandas?" Pak Hariri memulakan majlis dialog malam itu. Dia terpaksa memulakan pembicaraan tentang sesuatu, ketika harapan untuk mendengar Halim menceritakan pengalamannya tentang ISIS belum juga berjaya, kerana Halim belum lagi ternampak kelibatnya. "Semua orang tahu" jawab Mat Nasir, seorang jemaah yang telah memasuki peringkat umur warga emas. "Kami tak tahu" jawab beberapa orang jemaah muda "masuk sajalah kaki kiri atau kanan pun. Sama saja" tambah mereka lagi "Baiklah Mat Nasir" kata Pak Hariri menujukan cakapnya kepada Mat Nasir "Masuk tandas kaki mana?"  "Masuk kaki kiri, dan keluar kaki kanan" jawab Mat Nasir dengan mudah sekali "Masuk ke tempat kotor eloklah masuk dengan kaki kiri. Dan keluar dari tempat kotor menuju ke tempat bersih hendaklah dengan kaki kanan..." "Betul, betul Mat Nasir

8 RAMADHAN 1436 - EPISOD KELAPAN (25 JUN 2015) MAYAT-MAYAT YANG PULANG

"Alhamdulillah saya dapat bersama jemaah lagi malam ini" Pak Hariri memulakan percakapannya pada malam ini kepada para jemaah sekelian. Disambut dengan ucapan yang sama oleh kebanyakan hadirin "Alhamdulillah Pak Hariri" "Saya hilang semalam bukan kerana apa-apa, tetapi kerana saya mendengar satu tragedi yang serius menimpa komuniti kita" sambung Pak Hariri.  "Sebenarnya kita baru mula berpuasa selama seminggu sahaja, tetapi satu fenomena sedih berulang lagi di dalam masyarakat kita, iaitu peristiwa kemalangan jalan raya yang memakan korban nyawa telah mulai meningkat....dan semalam tragedi inilah yang menimpa anggota masyarakat kita di sini..." "Ya Samad, ada nak cakap apa-apa?" Pak Hariri menujukan percakapannya kepada seorang anak muda yang mengangkat tangan meminta untuk bercakap. Hal ini berlaku kerana Pak Hariri selalu juga mengingatkan jemaah supaya meanggap majlis ini adalah majlis bersama. Sesiapa yang hendak mem

7 RAMADHAN 1436 - EPISOD KETUJUH (24 JUN 2015) HALIM DAH BALIK?

Pertanyaan pertama yang ditanyakan oleh ramai jemaah sebelum berbuka puasa ialah: Adakah Halim yang di bawa anggota keselamatan semalam telah balik untuk berkongsi pengalamannya pada malam ini dengan para jemaah selepas terawih nanti? Tetapi tidak ada seorang jemaah pun yang mengetahui jawapan bagi persoalan itu. Malah Pak Hariri sendiri pun tidak kelihatan sehingga hampir menjelangnya waktu Isyak, dan bilal telah pun melaungkan azan. "Mungkin Pak Hariri sendiri juga di bawa oleh pihak keselamatan negara, kerana peranannya mengaturkan pertemuan dengan Halim semalam" bunyi perbualan umum pada malam itu "Sebab itulah dia juga hilang" tambah beberapa orang jemaah lain.  Selesai Terawih pada malam itu, terdapat jemaah yang maju ke depan pentas untuk meninjau sendiri, apakah Halim telah datang, juga Pak Hariri? Tetapi kelibat mereka tidak kelihatan langsung, yang dengan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa Pak Hariri juga mungkin telah di tahan bersama Hali

6 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEENAM (23 JUN 2015) JIHAD DAN ISIS

Pihak Surau telah menyediakan kain rentang khas hasil dari cadangan jemaah supaya majlis perbincangan di ubah nama menjadi majlis Dialog, bukan Debat... Kain rentang itu di pasang di pintu pagar, dan satu lagi di dinding sebelah pintu utama surau....Dan kain rentang malam ini tertulis "Majlis Dialog Jihad di Syria/ISIS" dan di bawah tajuknya di tulis "Oleh Penceramah Mistri" bertujuan untuk menarik seberapa ramai jemaah datang bersembahyang kemudian menyertai majlis dialog... Pak Hariri sekali lagi menjadi pemain utama bagi mengendalikan majlis malam ini, dengan tajuknya yang sedang di perkatakan dengan hebohnya di seluruh dunia pada masa kini...iaitu berkaitan dengan satu kumpulan jihad yang sedang bertempur di Syria, dikenali dengan nama ISIS. Tiba masanya, Pak Hariri kelihatan amat gagah dan megah membawa masuk anak muda berjambang ke tengah pentas.  Mereka berdua duduk dengan tenang di atas kerusi masing-masing mengadap para jemaah yang penuh sesak d

5 RAMADHAN 1436 - EPISOD KELIMA (22 JUN 2015) DEBAT IMAM SOLAT SIRI 3

Selesai terawih, Pak Hariri, maju ke hadapan dan mengumumkan bahawa debat tentang imam solat bulan Ramadhan di teruskan. Kali ini kelihatan beberapa orang pemuda yang tegap badannya, siap berdiri di dekat kerusi Pak Hariri, Haji Riduan dan Pak Kutik. Just in case.... Pak Hariri tiba-tiba menangis terisak-isak di dalam sepi, dan beberapa orang lain turut menangis, mungkin tanpa mengetahui sebabnya. Orang boleh menangis tanpa sebab sekiranya merasa sedih melihat orang di hadapannya menangis. "Mungkin dia sedih dengan peristiwa perlanggaran Syed Monir semalam" fikir beberapa orang jemaah, sambil berbisik-bisik sesama sendiri. "Maaf saya" tiba-tiba Pak Hariri bersuara dalam nada tangisannya. "Ada beberapa perkara yang saya tangiskan. Pertama kerana tadi saya melihat TV kita menayangkan peristiwa langsung seorang bukan Islam yang memeluk agama Islam. Seorang Muslim kita mengajar orang bukan Islam itu membaca dua kalimah syahadah dalam bahasa Arab, ke