Posts

Showing posts from July, 2010
    KE MANAKAH UMAT ISLAM HENDAK DIBAWA? Ketika umat Islam telah pun ketinggalan di belakang dalam semua aspek kemajuan dunia dan persaingan dalam ilmu, termasuk sains dan teknologi, maka tiba-tiba timbul satu aliran "dakwah" yang terbina diatas emosi dan perasaan, ledakan rohani dan dorongan untuk meninggalkan dunia dan alam kebendaan, alam kemajuan dan "keduniaan" dengan hanya menumpukan kepada alam kerohanian, tafsiran yang menyeleweng tentang apakah itu akhirat dan agama, apakah itu agama sebagai cara hidup lengkap dunia dan akhirat. Tontonlah siri Halaqah di TV 9, saya melihatnya sebagai satu usaha yang menyorot ke belakang, membawa minda dan pemikiran kita kepada alam fantasi dan ketakutan yang tidak berasas kepada hal dunia, sedangkan dunia ini adalah juga dijadikan Allah untuk kita, dan yang lebeh parah dari itu ialah pengertian kehidupan dunia sebagai kosong dan tidak berharga, agama hanya ibdat, ritual, doa, dan saham adalah hanya saham akhirat, bencikan s
    DALAM PERJALANAN SEUMUR HIDUP SEPANJANG PERJALANAN DISTINASI HIDUP TIDAK KETAHUAN APAKAH YANG AKAN DILAKUKAN ESOK DAN DIBUMI MANAKAH INSAN AKAN BERPERGIAN? KEPERGIAN BUAT SELAMA-LAMANYA? DUA LAKARAN INI HANYALAH KETENTUAN TUHAN MANUSIA MENERIMANYA SEBAGAI TAKDIR YANG DITULISKAN     (2) MANUSIA MERANCANA UNTUK ESOK SEGALA PERSIAPAN TELAH DIPASTIKAN SEGALA PERSEDIAAN TELAH TERATUR SEMUANYA BERJALAN LANCAR ESOK TIBA DIA TERSEKAT UZUR MENDATANG TIDAK DIDUGA ATAU TERSADAI DI TENGAH PERJALANAN KENDERAAN BERHENTI KEROSAKAN PERANCANGAN TINGGAL RENCANA TERABAI TIDAK TERLAKSANA. INAI DAN CELAK DIPAKAI PENGANTIN BAJU SUTERA BERKERAWANG TERPASANG INDAH DI BADAN ADA KALANYA TIDAK MENJADI PENGANTIN HANYA MENUNGGU SEORANG DIRI (3) PERJALANAN INI AMAT LUAS DAERAHNYA PANJANG LIKU-LIKUNYA PELUSUK BUMI TIDAK BERSEMPADAN HUTAN RIMBA GURUN PADANG PASIR LAUTAN LUAS GUNUNG GANANG MELONJAK MEMBELAH AWAN ALAM SEMESTA DAN
  AWASI GEJALA ASING DI NEGARA KITA Malaysia amat bergantung kepada pekerja asing untuk bekerja di negara kita. Kita juga memerlukan pelajar asing untuk mendidik mereka dengan acuan kita yang mementingkan ilmu dan sains teknologi bagi mereka menjadi tenaga pakar yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara mereka. Disamping itu kita juga menggalakkan pelancong asing melancong ke negara kita untuk melihat kemajuan dan keindahan negara ini, sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi kita. Tetapi dalam hal ini kita sering terperangkap dalam gejala negatif. Pelajar asing sering juga menyalah gunakan visa mereka untuk melakukan kerja maksiat, pelancong asing juga mengambil kesempatan untuk melakukan kerja rompakan, mencuri dan melakukan berbagai-bagai kesalahan undang-undang kita, demikian juga dengan pekerja asing. Kita baru-baru ini dikejutkan dengan pendedahan pihak polis bahawa terdapat orang asing yang berpakat dengan rakyat kita untuk menghidupkan kegiatan yang menentang undang-u
    1 MALAYSIA DAN MELAYU-ISLAM Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, kadang-kadang terfikir saya, apakah relevennya konsep 1 Malaysia untuk menyatu padukan semua keturunan rakyat Malaysia, sedangkan umat Islam dan umat Melayu di negara sendiri berkerisis dan bercakaran? Relevenkah kita membicarakan konsep 1 Malaysia, sedangkan kita sendiri sesama umat dan kaum tidak mengamalkan konsep satu ummah dan satu kaum itu? Kita beccakaran kerana perbezaan ideologi politik dalam isu yang remeh temeh dan isu-isu sampingan yang tidak kena mengena dengan isu dasar dan perssoalan pokok mati hidupnya kita sebagai bangsa dan umat yang mempunyai satu agama? Cukuplah fahaman politik kepartian yang selama ini telah menjadi pendorong kepada perpecahan dan pertelegahan umat kita sehingga kadang-kadang menimbulkan perilaku tuduh menuduh yang bukan-bukan kepada orang lain yang dianggap musuh politik kerana perbezaan parti politik yang disertainya, iaitu tuduhan kafir, murtad, sekular, dan berbagai-bagai
  DUNIA HARUS MEMAHAMI KES PALESTIN   Palestin merupakan isu rumit dan menyedihkan, bukan hanya untuk umat Islam dan Arab, malah untuk dunia umumnya, kerana penindasan yang menimpa rakyatnya pada masa kini bukan hanya atas nama agama dan suku bangsa, malah pencerobohan ke atas rakyatnya adalah merupakan pencerobohan ke atas kemanusiaan seluruhnya. Tragidi yang menimpa kapal Marvi Marmara pada 31 Mei 2010 ketika regime Israel menyerang anggota keamanan antarabangsa yang sedang membawa bantuan kemanusiaan untuk rakyat Gaza di perairan antarabangsa yang mengorbankan 9 orang sukarelawan itu memang amat menyedihkan. Peristiwa itu tidak dapat dibayangkan akan berlaku pada abad ke-21 dan dalam zaman tamadun manusia alaf ketiga ini, tetapi ia dilakukan oleh Israel. Bagaimana pun pengorbanan para sukarelawan itu mempunyai hikmah di sebaliknya, kerana di atas tumpahan darah mereka dan korban nyawa mereka yang amat tinggi nilainya sedikit sebanyak nya telah dapat membuka mata hati dunia tentang u
    INSAN PUNYA PILIHAN (1) TELAH DITAKDIRKAN DUA INSAN BERNAMA SUAMI DAN ISTERI BERTEMU DAN MEMADU KASIH DAN RAHIM IBU BERISI SEGUMPAL DAGING MUDGHAH DAN ALAQAH KEMUDIANNYA LAHIR SEORANG INSAN (2) INSAN IN BERKELANA MELALUI LIKU-LIKU JALAN TANAH GERSANG DAN KUNTANG TANAH SUBUR DAN MEWAH SUNGAI DAN LAUTAN GERAK GEMPA DAN RIBUT TAUFAN SILIH BERGANTI (3) ITULAH GAMBAR –GAMBAR KEHIDUPAN INSAN YANG LAHIR MENGHUNI DUNIA NYATA DITUNJUKKAN ALLAH PENCIPTA ALAM DUA JALAN TERBENTANG DI HADAPAN BERSYUKUR ATAU KUFUR JALAN BAHAGIA ATAU CELAKA YANG HARUS DILEWATI KETIKA DI PERSIMPANGAN (4) MENJELMA HIDUP AKHIRAT INSAN SOLEH BAKAL MERASAI NEKMAT YANG KEKAL DAN ABADI MENGHIRUP AIR SYURGA ZANJABIL DARI MATA AIR SALSABIL MENGHIAS DIRI DENGAN SUTERA KALUNG DAN GELANG PERAK TANPA MENTARI YANG MEMBAKAR ATAU HAWA DINGIN MENGIGILKAN DISAJIKAN MINUMAN KAFUR DI DALAM BIJANA PERAK DAN KRISTAL BERNAUNG DI BAWAH POHON SYURGA RENDANG NYAMAN DA

BILA MUFTI BERCANGGAH

      BILA MUFTI SESAMA MUFTI BERCANGGAH: ORANG ISLAM KELIRU   Kehadiran banyak orang Mufti di Malaysia membawa kesan negatif dan positifnya. Positifnya kerana fatwa yang dikeluarkan tidak hanya menjadi monopoli seorang mufti sahaja, kerana mufti yang lain akan berpeluang mengeluarkan fatwanya yang berbeza, dan pada ketika itu, maka terbukalah peluang untuk para mufti yang ramai itu berdialog sesama mereka untuk diselaraskan.   Negatifnya ialah apabila mufti sesama mufti bercanggah pandangan dan masing-masing mengeluarkan fatwa yang berbeza-beza serta berkeras mempertahankannya, maka orang awam akan menjadi keliru, fatwa manakah yang betul dan fatwa manakah yang sejajar dengan ajaran Islam untuk semua rakyat, bukan hanya untuk sebuah negeri sahaja seperti fatwa tentang ajaran Esq yang baru diterbitkan, iaitu fatwa Mufti Wilayah Persekutuan yang mengharamkan ajaran tersebut di Wilayah Persekutuan, sedangkan mufti di Negeri lain menghalalkannya atau mengharuskannya.   N