Posts

Showing posts from July, 2015

MALAM RAYA - 29 Ramadhan 1436 - 16 Julai 2015

Malam Raya baru menjelang, ketika para jemaah beberapa orang berjalan menuju ke Surau kami untuk berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, kemudian bertakbir raya beramai-ramai.
Malam ini tidak ramai bilangan jemaah seperti biasa,  kerana ternyata ramai jemaah yang telah beredar pulang ke kampung, meninggalkan daerah kami ini, Yang tinggal hanyalah beberapa orang lama yang tidak perlu tergesa-gesa balik ke kampung, atau tidak ada sesiapa lagi di kampung.
Kenangan segera membuka ruang untuk para jemaah yang tinggal ini merasa  agak lain dari yang lain. Selalunya selepas berbuka dan selesai solat maghrib mereka akan mengadap makan malam yang agak banyak lauk pauknya, tetapi pada malam ini hanya beberapa mata lauk untuk di makan sekadarnya saja. 
Lepas isyak, dan setelah bertakbir dari selesainya solat Maghrib tadi, jemaah hanya bersurai tanpa moreh lagi, kerana waktu masih awal, dan mereka perlu pulang ke rumah untuk tujuan lain bagi setiap isi rumah, yang pada malam ini akan kembali kep…

27/28/29 RAMADHAN 1436 - EPISOD YANG KE-27,28 dan 29 (14/15 dan 16 JULAI 2015) JANGAN DISANGKA AIR YANG TENANG TAK ADA BUAYA

Nampak pada lahirnya, negara dan rakyat kita hidup tenang dan selamat. Orang berperang dan berbunuhan, tetapi kita tidak sampai berbunuhan, cuma riaknya nampak hadir juga seperti kejadian di Low Yat. Riaknya kecil, tetapi maknanya besar, terutamanya pada masa kini apa-apa yang berlaku sering di salah berita dan di salah lapor, malah di tambah-tambah dan di reka-reka cerita, sehingga gambaran sebenarnya telah menyeleweng menjadi satu gambaran lain, yang jika dulunya ketika ketiadaan media sosial, hanya di ketahui oleh ratusan orang, tetapi sekarang melalui media sosial, telah menjadi persepsi ratusan ribu orang, bukan hanya di Low Yat, malah di seluruh negara dan seluruh dunia.
Harap riak-riak negatif itu hanya akan berhenti di situ sahaja, tanpa merebak dan berpanjangan ceritanya. Harap janganlah isu sensitif yang cuba dibangkitkan itu tidak akan menjadi api dalam sekam, yang kemudiannya akan mulai terbakar dan menjadi api yang besar, membahayakan ketenteraman orang ramai...
Menjenguk k…

26 RAMADHAN 1436 - EPISOD YANG KEDUA PULUH ENAM (13 julai 2015) - BALA' BENCANA TERSEMBUNYI

Memasuki hari ke 26 puasa, alhamdulillah, negara kita berada dalam aman. Tidak ada peperangan seperti negara lain. Tak ada gempa bumi menyeluruh yang memakan korban yang banyak. Tak ada banjir besar, gunung merapi, kecuala Gunung Kinabalu, yang baru-baru ini meletus dan bergegar sedikit. Tak ada kekacauan di antara penunjuk perasaan dengan pasukan keselamatan.
Oleh itu umat Islam di negara ini pada umumnya dapat menunaikan ibadat puasa dalam iklim yang selesa. Pasar Ramadhan masih dapat berjalan dengan meriah. Masjid dan surau dapat mengumpulkan jemaah yang banyak, sejak dari berbuka puasa, makan malam dan moreh secara percuma untuk semua, malah rumah anak yatim, orang tua, fakir miskin, semuanya mendapat rezeki yang mewah, dan gelandangan yang tinggal di bawah jambatan pun di cari untuk di berikana makanan.
Semuanya ini dengan berkat negara dan masyarakat yang aman dan tenteram, suasana keharmonian di antara rakyat Malaysia yang masih terpelihara, keadaan alam juga tenang, situasi kese…

25 RAMADHAN 1436 - EPISOD YANG KEDUA PULUH LIMA-(12 JULAI 2015) HAFAZ DAN TADABBUR AL-QURAN

Saya hanya memikirkan bahawa untuk peningkatan ilmu umat Islam pada masa kini dan masa yang akan datang, kita haruslah meneruskan pengajian Al-Quran mulai dari menghapal, menulis, membaca kepada memahami dan mentadabbur kandungan Al-Quran iaitu dengan menganalisisnya, mengkaji nya dari berbagai-bagai perspektif ilmu supaya Al-Quran benar-benar menjadi panduan yang menyeluruh kepada umat Islam di dalam kehidupannya di dunia dan di akhirat. 
Terdapat beberapa pihak yang mencuba untuk membuat perbandingan di antara dua kategori ini tentang menghapal dan mengupasnya secara ilmiah, dengan mengemukakan pertanyaan manakah yang lebih baik: menghapal seluruh Al-Quran, atau menguasai, walau pun sebahagiannya sahaja, meskipun tidak menghapalnya.
Bagi saya kedua-dua nya adalah mempunyai kelebihan masing-masing. Orang yang menghapal nya mempunyai keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri, meski pun dia tidak memahami isinya secara mendalam, dan orang-orang yang tidak menghapal keseluruhan kandun…

24 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUA PULUH EMPAT (11 JULAI 2015) APAKAH DUNIA INI HANYA PERMAINAN POLITIK?

Pada tahun-tahun yang lalu, kita sering mendengar dan membaca serta menonton, bagaimanakah kesucian bulan Ramadhan sering dicemarkan dengan perbuatan mungkar, dosa dan tidak bercirikan akhlak serta ihsan.

Kita sering merujuk kepada dunia Arab dan dunia Islam lainnya yang dilanda kerisis keganasan, pertumpahan darah, peperangan sesama saudara seagama, ledakan roket dan tembakan meriam yang merosakkan rumah kediaman, universiti, sekolah, malah memusnahkan masjid dan jemaah yang sedang beribadat di dalamnya.

Kita melihat semuanya ini berlaku sepanjang masa, tanpa mengira bulan ibadat, bulan Ramadhan yang berkat ini, dan kita sentiasa bersyukur kerana hal ini tidak berlaku di negara kita, malah merasa amat bertuah kerana kita dapat berpuasa, berterawih dan berjaga malam di surau dan masjid kita tanpa gangguan dan kebimbangan akan kesejahteraan nyawa serta harta benda kita.

Tetapi mungkin pada tahun ini, keadaan yang sering kita alami selama ini, agak berubah sedikit dari tahun-tahun yang lal…

23 RAMADHAN 1436 -EPISOD KEDUAPULUH TIGA - (10 JULAI 2015) MALAM LAILATUL QADAR?

Pencarian Lailatul-Qadar atau Malam Al-Qadar merupakan satu usaha umat Islam setiap kali menjelangnya bulan Ramadhan saban tahun. Malam-malam ganjil, mulai dari malam 21 Ramadhan hingga akhirnya, menjadi sasaran pencarian Lailatul-Qadar berdasarkan pandangan para ulamak yang mengambil kesimpulan dari sesetengah riwayat Hadis Rasulullah SAW tentang hal ini. Oleh itu malam 23 Ramadhan merupakan malam pilihan ramai bagi para jemaah Surau dan masjid di tanah air kita sebagai berkemungkinan besar direstuai oleh Allah SWT sebagai malam Al-Qadar itu.
Ketika saya masih bersekolah Arab dulu, seorang guru kami, secara bersahaja dalam nada ringannya berkata kepada kami bahawa kalau ingin mencari Malam Al-Qadar ini, carilah pada setiap malam, dari awal Ramadhan hingga akhirnya, insya' Allah akan bertemulah kita dengan malam bertuah itu. Dia juga memberi perbandingan mudah dengan mengatakan bahawa sekiranya kita ingin menagkap seekor musang yang lari masuk ke dalam sebuah hutan kecil, kita teba…

22 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUA PULUH DUA (9 JULAI 2015) - KETIDAK SETABILAN NEGARA ISLAM

Perbincangan Majlis Dialog surau ini dua malam lepas ialah tentang kemerosotan undi yang diperolehi parti yang condong kepada Islam di dalam Pilihan Raya minggu pertama bulan Julai baru-baru ini. Parti pimpinan Erdogan itu memenangi pilihan raya Presiden, pada akhir tahun lepas, dan Erdogan tetap mejadi Presiden, cuma partinya dalam pilihan raya Parlimen yang dilangsungkan pada 7 Julai yang lalu, hany menang 41% sahaja, berbanding lebih 50% dalam pilihan raya sebelum ini, maka partinya terpaksa menunggu hasil penubuhan kerajaan campuran dengan parti lain yang ada diantaranya yang anti Islam, atau berdasarkan prinsip sekularisme.
Pihak parti pemerintah sebelum ini yang pro Islam sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa, kerana demikianlah tabiat pembentukan kerajaan dalam sistem negara demokrasi ini, iaitu ketika seorang rakyat yang berhak mengundi di berikan satu suara, dan terletaklah kepada rakyat untuk memilih parti yang mana untuk memerintah...
Tetapi Dr Ishak mempunyai analisisnya ya…

21 RAMADHAN 1436 - EPISOAD KEDUA PULUH SATU (8 JULAI 2015) - NUZUL AL-QURAN

Malam Nuzul Quran. Semua orang Islam perlu menumpukan perhatian sepenuhnya kepada aktiviti kerohaniah, muhasabah diri, pembersihan jiwa dan hati, memupuk emosi dan sentimen untuk kebaikan dan kesejahteraan semua, ketika dunia sedang bergolak dan bergoncang, peluru senapang dan meriam bersimpang siur di lepaskan memamah tengkorak kepala dan jasad saudara seagama, tanpa mengira bulan puasa atau tidak, di masjid atau di rumah, di tepi jalan atau di surau, semuanya amat bergolak dan mengakibatkan kemunculan secara tiba-tiba musim berperang dan bersabung nyawa....maka pada masa inilah umat Islam harus bangun mengingatkan diri, di manakah mereka sedang berdiri, dan di manakah segala teori serta penghayatan ajaran agama yang mereka kuasai selama ini.
Maka semuanya harus bertenang, mencari jalan bagaimanakah menyelesaikan kerisis dan kemelut sesama Islam, kepimpinan yang tidak berkualiti, dan jangan di ulang kesalahan yang sama sekian tahun.
Saudi yang menyangka bahawa tenteranya akan dapat mem…

20 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEDUAPULUH (7 JULAI 2015) - TURKI BERGOLAK

Dr Ishak meneruskan bicaranya malam ini tentang pendahuluan yang di buatnya semalam mengenai kedudukan negara Turki yang nampaknya mulai di landa kerisis politik selepas Pilihan Raya Umum baru-baru ini. 

Walau pun Erdogen masih berkuasa kerana memenangi Pilihan Raya Presiden baru-baru ini, tetapi dalam Pilihan Raya Umum 7 Julai lalu, partinya hanya menang 41% sahaja di banding dengan kemenanganya sebayak 50% dalam Pilihan Raya yang lalu.

"Perdana Menteri yang lalu Mr, Ahmed Davutoglu, yang pada bulan Ogos 2014, baru bertukar menjadi Perdana Menteri dari jawatan asalnya sebagai Menteri Luar, masih berkuasa, sementara menunggu proses pembentukan kerajaan campuran" Jelas Dr Ishaq, sambil menerangkan bahawa PM ini pernah bertugas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai Pensyarah Ekonomi dan mengenali ramai para pensyarah UIAM, termasuk Dr Ishak sendiri.

"Orangnya mempunyai kualiti kepimpinan yang beradab dan berhikmah" Dr Ishak memuji PM Turki ini. Kemudi…

19 RAMADHAN 1436 - EPISOD KESEMBILAN BELAS (6 JULAI 2015) KE MANA TURKI KINI?

Majlis dialog malam ini di isikan dengan tajuk lain, sementara menunggu Halim untuk kembali semula selepas ini bagi berbicara seterusnya tentang pengalamannya menyertai IS di Syria.
Majlis malam ini berbicara tentang pergolakan di negara Islam Turki selepas pilihan raya baru-baru ini. Bagi memulakan pembicaraan ini majlis menjemput Prof Ishak memberikan pandangannya tentang pilihan raya Turki baru-baru ini.
"Dunia moden memandang Turki dan Malaysia sebagai dua buah negara Islam yang sedang membangun di dalam semua bidang pembangunannya, iaitu dari segi prasarana, sains dan teknologi, pendidikan, politik, ekonomi, spiritual dan sebagainya" kata Dr Ishak memulakan bicaranya di hadapan jemaah yang agak kurang pada malam ini di sebabkan oleh cuaca panas dan Ramadhan semakin lanjut, yang lebih banyak di ambil kesempatan oleh umat Islam keluar membeli belah selepas Terawih.
Prof Ishak bagaimana pun menjelaskan bahawa Turki mengikut Perlembagaannya masih tetap sekular, malah satu peru…

18 RAMADHAN 1436 - EPISOD KELAPAN BELAS (5 JULAI 2015) BALIK KE PANGKAL JALAN

Halim menyambung perkongsian pengalamannya di Syria. 
"Saya berada di tengah-tengah pemuda pemudi asing yang banyak dalam memperjuangkan satu kes yang saya sendiri tidak memahaminya, kecuali atas alasan berjuang sebagai seorang Jihadis menentang musuh Allah dan musuh Islam"
Setelah menyedari hakikat bahawa peperangan ini tidak seharusnya merupakan jihad, kerana terkeluar dari definisi jihad zaman Rasulullah SAW, ketika baginda dan para sahabatnya  berperang  untuk mengembangkan agama Islam di kalangan orang-orang kafir yang menolak Islam sebagai agama Allah, dan berusaha menyerang baginda untuk menghancurkan misi Islam itu sendiri, maka perjuangan yang di sertai Halim serta ramai "jihadis" luar negara Arab, adalah merupakan pertempuran berdarah dan pembunuhan nyawa manusia, terutamanya pembunuhan sesama Islam, yang tentunya amat jauh dari perang juhad  yang sebenarnya.
"Saya pernah bertanya para belia negara Arab luar Syria yang berjuang dalam kumpulan IS ini ten…

17 RAMADHAN 1436 - EPISOD KETUJUH BELASA - (4 JULAI 2015) BERMUSUH SESAMA ISLAM?

Halim menyatakan kesyukurannya kerana telah kembali ke pangkal jalan, meninggalkan "perjuangan" yang di sifatkannya sebagi sesat dan merosakkan dirinya serta nama umat Islam keseluruhannya.
"Kelahiran IS ini lebih merupakan satu ajaran sesat atas nama Islam" kata Halim..."Banyak anak muda, kerana berbagai sebab yang tertentu, telah mempercayai dakwaan bahawa ketua kumpulan perjuangan ini ialah seorang Khalifah, bernama Abu Bakr al-Baghdadi, yang mendakwa dirinya sebagai seorang Khalifah baru, keturunan Nabi Ibrahim dan terus juga kepada Nabi Muhammad SAW"
Menurut Halim, Abu Bakr ini di panggil Amirul-Mukminin Khalifah Ibrahim, dan dakwaan seperti ini bukanlah perkara baru dalam kalangan masyarakat Islam, malah pada zaman Nabi sendiri pun terdapat orang yang mengaku begitu, atau yang seumpamanya... 
"Saya sendiri terpengaruh dengan dakwaan kelahiran Khalifah baru ini" Halim mengaku. "Keterampilannya dengan perawakan wajahnya yang berhias jamban…

16 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEENAM BELAS (3 JULAI 2015) MATI SYAHID YANG TIDAK KUNJUNG TIBA..

Halim menceritakan bahawa perasaannya mulai berjinak-jinak dengan Arab ketika dia sekecil berumur tiga tahun lagi, dia telah di pakaikan jubah dan songkok puteh, terutamanya ketika ke surau dan sekolah agama. Masa itu lagi dia memikirkan bahawa untuk menjadi Muslim beragama dan orang kuat ibadah, pertama sekali ikutlah pakaian Arab...
Dia membesar di dalam persekitatan yang sama, iaitu hingga ke zaman sekolah menengah, dan lebih banyak ke masjid serta surau, ternyata bahawa orang Melayu lebih banyak mendekati diri dengan penampilan Arab ketika beribadat, membaca doa, ke masjid, bersembahyang waktu dan sembahyang Jumaat, bertahlil, dan segala sesuatu yang berbentuk perayaan Islam, malah terdapat pula orang muda yang lebih dari umurnya menampilkan diri dengan hiasan janggut di dagu, jambang dan serban.
Dia melihat bapanya tidak demikian, tetapi zaman dia, hal ini telah menjadi cara hidup dan trend yang biasa, ertinya sesiapa yang mahu kelihatan Islam sejati, maka dia hendaklah memakai pak…

15 RAMADHAN 1436 - EPISOD KELIMA BELAS (2 JULAI 2015) DIPANGGIL KEPINTU SYURGA...??

"Seorang teman saya terbunuh di tembak pada malam itu" Halim memulakan ceritanya, yang dinanti-nantikan oleh para jemaah, sejak semalam ketika di umumkan bahawa Halim akan kembali ke Majlis Dialog ini untuk berkongsi pengalamannya berjuamg di Syria. 
"Kawan itu datang bersama-sama saya dari Malaysia. Mayatnya di bawa segera oleh kumpulan kami entah ke mana pada malam itu juga. Esoknya saya dengar bahawa mayat itu dikebumikan di sempadan dengan Turki. Saya menangis agak lama, tetapi tidak memadamkan semangat saya untuk berjuang menentang musuh Allah"
Halim menceritakan bahawa dia menerima banyak pelawaan dalam grupnya untuk berangkat segera ke "pintu syurga" bagi sesiapa yang mahu berjuang menentang dan menghancurkan "musuh Allah". Niat untuk menentang musuh Allah itu sahaja sudah cukup untuk menempah syurga dengan amat mudah sekali melalui jalan yang singkat.
"Pada malam itu, saya mengharap-harapkan saya yang terkorban...tetapi rupanya nasib b…

14 RAMADHAN 1436 - EPISOD KEEMPAT BELAS (1 JULAI 2015) ISIS - ISIL?

Majlis dialog di kosongkan hari ini. Jemaah amat teruja apabila diberitahu berita baru bahawa pada malam esok akan dimulai majlis dengan Bicara Isis atau Isil oleh Halim. 
Halim baru menghubungi Pak Hariri mengatakan bahawa dia boleh datang esok malam untuk menyampaikan berita dan perkongsiannya dengan para jemaah mengenai tajuk bicranya yang dialaminya sendiri di Syria...
Maknanya dia telah diberikan kebebasan untuk bercakap tentang tajuk itu? Tentu ada syarat-syarat dan peraturannya, kerana tajuk ini memang sensitif. 
Para jemaah bersurai lebih awal, sambil menunggu esok malam untuk mendengar apakah yang hendak diperkatakan oleh Halim....