Posts

Showing posts from December, 2009
HARUSKAH KITA TUMPANG MENEMPELAK PEMIMPIN KITA? Telah menjadi trend nampaknya di dalam masyarakat politik kita pada hari ini, bahawa sekiranya orang politik ditempelak, maka sama-sama orang politik akan melihat siapakah yang ditempelak itu. Sekiranya yang ditempelak itu pemimpin parti Kerajaan, maka pihak pembangkang akan mengambil kesempatan menambahkan lagi api keritikan itu. Dan sekiranya yang ditempelak itu, adalah ketua atau pemimpin parti pembangkang, maka pihak parti lawannya akan menambahkan lagi api tempelakan itu. Inilah yang berlaku ketika bekas PM Tun Dr Mahathir di "dedahkan" oleh penulis asing bahawa bekas PM itu kononnya telah menyalahgunakan kuasa dan wang semasa pemerintahannya, maka ramailah orang politik kita sendiri yang bangun dengan garangnya mengiyakan dan menyokong lagi apa yang didakwakan oleh penulis asing itu ! Begitulah nampaknya aliran politik tempatan kita pada hari ini, yang sejak akhir-akhir ini, menjadi bertambah kecoh dan amat mengelirukan ra
        KETIKA PARA PEJUANG PALESTIN BERKERISIS : SIAPAKAH YANG UNTUNG ?       Umat Arab dan Islam boleh diperkotak katikkan kerana umat Islam sendiri yang tidak mempunyai kepimpinan dan Kerajaan yang berani dan bebas. Gaza dan rakyat Palestin dibunuh dan diseksa tanpa mengenal jentina dan peringkat umur, tidak ada perbezaan diantara orang awam atau tentera, pada umumnya ialah kerana keseluruhan negara Islam, tidak bernai bersuara, apa tah lagi membantu perjuangan rakyat Palestin dalam semua bidang perjuangan mereka dari segi politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Negara Islam itu tidak berani berdetik kerana mereka haruslah menghormati kuasa besar dunia yang menjaga keselamatan dan periuk nasi mereka selama ini.   Ketika Hizbullah bertindak nekad menawan dua orang askar Israel disempadan Lubnan dan membunuh beberapa orang lagi dalam tahun 2006, dan sebagai balasannya, Israel telah bertindak ageresif mengebom Lubnan dan membunuh ribuan rakyatnya, Liga Arab tidak dapat membuat sebaran
AL-QARADAWI : SIAPA PERALAT SIAPA? KERAJAAN MALAYSIA MEMBAWA PROF DR YUSUF AL-QARADAWI KE KL UNTUK DIKURNIAKAN ANUGERAH TOKOH MAAL HIJRAH. SHEIKH INI KALI INI BERSETUJU UNTUK DATANG, SEDANGKAN SEBELUM INI DIA TIDAK MAHU DATANG LAGI KE MALAYSIA. DALAM TAHUN 2006 KETIKA SAYA MENJADI DUTA MALAYSIA DI SAUDI, SAYA PERNAH MENEMUI BELIAU DI KAHERAH, IAITU KETIKA DIADAKAN MULTAQA ATAU PERJUMPAAN ALUMUNI AL=AZHAR, SAYA SEMPAT BETANYA BELIAU, BILAKAH FADHILAH SHAIKH AKAN DATAANG KE MALAYSIA?? BELIAU MENJAWAB : BILA-BILA DIKAHENDAKI ALLAH ! RUPA-RUPANYA MASA ITU TIBA JUGA, DAN DIA DATANG KE KL AWAL MUHARRAM LALU. PERAYAAN HIJRAH DI PICC MENYAKSIKAN PRESIDEN PAS DAN TIMBALANNYA TURUT HADIR MERAIKAN PROF AL-QARADAWI. MENTERI YANG BERUCAP PADA PAGI ITU PUN MENYATAKAN ALU-ALUAN KHAS KEPADA DUA ORANG TOKOH PAS ITU, DAN MENYATAKAN BAHAWA KEHADIRAN MEREKA MENUNJUKKAN "KITA MENGADAKAN PERAYAAN INI TANPA BERPOLITIK" (TEKS SEBENARNYA SAYA TIDAK INGAT LAGI), ARTINYA MENTERI CUBA MENUNJUKKAN NIATNY
  KE MANA KITA SESUDAH PERAYAAN HIJRAH??     Menjelang 18 Disember 2009 yang lalu kita semua telah menyambut tahun baru Islam atau tahun Hijra 1431. Begitu lama peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah mengambil tempat, tetapi semangatnya tetap dirasakan hingga ke hari ini, dan semangat itu makin dirasakan oleh umat kita, dan amatlah diharap-harapkan bahawa semangat itu akan dapat kita hayati kembali, ketika sejarah perpecahan umat Islam, dan pertelagahan umat manusia umumnya, semakin berleluasa berlakunya pada hari ini, seolah-olah dunia hari ini telah kembali semula menjadi dunia sebelum berlakunya Hijrah Rasulullah SAW dulu, penuh persengketaan dan kerusakan.   Kita memerlukan Hijrah Rasulullah SAW sekali lagi pada hari ini, tetapi perkara itu mustahil dapat berlaku, maka kita hanya mengharapkan bahawa semangat dan ruh Hijrah itu akan dapat kita hidupkan kembali, dengan lebeh hebat lagi, pada hari ini untuk mencipta sebuah m
Terimakasih atas komentar kawan2, khususnya saudara Bard dan Firdaus. Bolehlah ajak teman2 lain berkongsi pengalaman dan pengetahuan. Tahniah Pak Duta kerana anugerah Tokoh Hijrah Perlis. Seronok dengar kisah majlis yang akan diadakan di Riyadh, ingatkan saya zaman gembira ketika di Riyadh. Sdra Firdaus bila balik Malaysia hubungilah saya, nak dengar cerita lagi tentang Riyadh. Sdra Bard, teruskanlah beri pandangan. Terimakasih semua. Wassalam Ismail Ibrahim
  BERKONGSI PANDANGAN TENTANG HIJRAH : SEMANGAT DAN KEHILANGANNYA.     Masa berlalu begitu pantas, dan kini, menjelang 18 Disember 2009, tahun Islam atau tahun Hijrah memasuki ambang baru, 1431. Begitu lama peristiwa Hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah mengambil tempat, tetapi semangatnya tetap dirasakan hingga ke hari ini, dan semangat itu makin dirasakan oleh umat kita, dan amatlah diharap-harapkan bahawa semangat itu akan dapat kita hayati kembali, ketika sejarah perpecahan umat Islam, dan pertelagahan umat manusia umumnya, semakin berleluasa berlakunya pada hari ini, seolah-olah dunia hari ini telah kembali semula menjadi dunia sebelum berlakunya Hijrah Rasulullah SAW dulu, penuh persengketaan dan kerusakan.   Kita memerlukan Hijrah Rasulullah SAW sekali lagi pada hari ini, tetapi perkara itu mustahil dapat berlaku, maka kita hanya mengharapkan bahawa semangat dan ruh Hijrah itu akan dapat kita hidupkan kembali, dengan lebeh heba

Tokoh Maal Hijrah

Tahniah kepada dua penerima tokoh Maal Hijraj, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi, dan Tan Sri Dr Yusuf Nor. Mereka berhak menerima penghargaan tersebut. Kerja dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan untuk pembangunan umat Islam dan dunia Islam adalah amat besar. Tetapi sebagai anugerah lain, orang ramai sentiasa keritikal terhadap penerima hadiah atau anugerah itu, umpamanya saya menerima juga e-mail yang menyatakan bahawa sepatutnya orang yang telah diberi tugas dan amanah untuk bertugas dalam menjalankan tugasnya yang tertentu, tidaklah seharusnya diberikan anugerah kerana ia berjasa adalah dalam rangka menjalankan tugasnya itu. Apa bezanya dengan orang lain yang juga melaksanakan kerjanya sebagai pegawai atau Menteri dalam karier dan kerjayanya, apakah istimewanya sangat sehingga ianya diberi gelaran tokoh? Seorang pengkeritik lain pula menyatakan kenapakah Shaikh Al-Qaradhawi pula yang dipilih? Sedangkan Shaikh ini juga pernah mengeluarkan fatwa yang amat negative terhadap pe

Selamat Menyambut Maal Hijrah

!8 Disember 2009 menandakan kedatangan tahun baru Hijrah 1431. Tahun Hijrah datang dan pergi saban tahun, dan kali ini tahun Hijrah yang baru menjelang lagi, dengan menyaksikan kepelbagaian perubahan berlaku di dalam masyarakat dunia, iaitu dunia Islam dan dunia luar Islam. Negara kita menyaksikan kedatangan tahun baru Hijrah ini dengan penuh rasa syukur diatas segala kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Malaysia dari kepelbagaian kaum dan agama. Tetapi dalam masa yang sama negara kita juga menyaksikan perkembangan negatif dalam perkembangan politik yang menyaksikan ahli-ahli politik kita amat berani membangkitkan banyak isu sensitif yang menyentuh kaum dan agama. Orang Islam sendiri merasa keliru dan bingung apa bila terdapat ahli-ahli politik Melayu yang beragama Islam mengeluarkan beberapa kenyataan yang menyerang sesama sendiri semata-semata kerana perbezaan ideologi politik mengikut parti politik masing-masing. Perpecahan dan kerisis inilah sebenarnya yang diusahakan oleh baginda R

Selamat Bertemu

Assalamualaikum dan Selamat Bertemu di dalam Blog saya, yang pertama kalinya saya ciptakan. Selama ini saya menulis di dalam media cetak, iaitu sejak lama dulu, tetapi kini rasanya eloklah saya mulai berinteraksi dengan para pembaca di ruangan ini. Saya sentiasa terbuka untuk membuat sumbangan fikiran dan komentar, dan demikian juga saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang idea dan pandangan, atau keritikan yang membina dan positif. Selamat melayari ruangan ini. Wassalam   Ismail Ibrahim

Agama Bukan Isu Peribadi

  Mutakhir ini masyarakat kita mengalami kegawatan yang agak mencemaskan tentang perkauman, agama dan taksub politik. Ulamak kita turut terbabit dengan kekecohan isu agama kerana terdapat segelintir diantara mereka yang memandang isu agama sebagai isu politik kepartian, atau politik kumpulan mereka.   Kalau di dalam Parlimen atau Dewan Undangan Negeri, terdapat komponan parti pemerintah dan komponan parti pembangkang, maka kadang kala terdapat isu agama yang juga dibicarakan atas nama dua pihak yang bertentangan ini. Satu pihak mengatakan persoalan agama yang tertentu itu sebagai putih, maka pihak yang lain mengatakan hitam terhadap isu yang sama.   Bagaimana pun saya tidaklah berniat untuk membicarakan isu ini di dalam tulisan saya yang sependek ini, dan saya bercadang akan mengolah perkara ini di dalam tulisan saya yang lain, yang akan menggambarkan kepelbagaian wajah para ulamak kita dalam masyarakat kita sekarang ini, kerana saya merasakan bahawa ulamak Islam pada hari ini telah la

Sikap Radikal dan Ekstrem : Apakah Islam Yang Salah?

      Peristiwa yang berlaku dengan agak rancak dan memakan korban ramai nyawa yang tidak berdosa yang sedang berlaku di dalam dunia moden pada hari ini menunjukkan bahawa umat manusia sekarang ini lebeh cenderong mengambil pendirian radikal dan ekstrem dalam memperjuangkan kes masing-masing, dan lebeh yakin kepada cara ganas untuk mencapai objektifnya, walau pun dalam kebanyakan kes, cara ganas seringkali tidak membawa kepada kejayaan.   Setiap hari ketika membaca akhbar atau menonton berita di kaca TV, kita dapat melihat peristiwa berdarah berlaku di sana sini. Tindakan membunuh manusia seolah-olah menjadi satu permainan harian yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, dan dari satu segi yang lain, nyawa manusia kelihatan lebeh murah dari nyawa semut dan lipas, yang boleh dibunuh dengan amat senang dan sesuka hati pada bila-bila masa sahaja.   Cara membunuh orang juga menjadi lebeh kompleks lagi pada hari ini, iaitu dengan terciptanya senjata can

1 MALAYSIA DAN MELAYU-ISLAM

  Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, kadang-kadang terfikir saya, apakah relevennya konsep 1 Malaysia untuk menyatu padukan semua keturunan rakyat Malaysia, sedangkan umat Islam dan umat Melayu di negara sendiri berkerisis dan bercakaran? Relevenkah kita membicarakan konsep 1 Malaysia, sedangkan kita sendiri sesama umat dan kaum tidak mengamalkan konsep satu ummah dan satu kaum itu? Kita beccakaran kerana perbezaan ideologi politik dalam isu yang remeh temeh dan isu-isu sampingan yang tidak kena mengena dengan isu dasar dan perssoalan pokok mati hidupnya kita sebagai bangsa dan umat yang mempunyai satu agama? Cukuplah fahaman politik kepartian yang selama ini telah menjadi pendorong kepada perpecahan dan pertelegahan umat kita sehingga kadang-kadang menimbulkan perilaku tuduh menuduh yang bukan-bukan kepada orang lain yang dianggap musuh politik kerana perbezaan parti politik yang disertainya, iaitu tuduhan kafir, murtad, sekular, dan berbagai-bagai lagi lebal lain yang amat ser