Posts

Showing posts from January, 2010
POLITIK ISLAM, ATAU, ISLAM DIPOLITIKKAN ? APAKAH TINDAKAN KITA ? Apabila timbul sesuatu isu agama di dalam masyarakat kita, orang awam sering menjadi keliru kerana terlalu banyak "fatwa" yang dikeluarkan. Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan sering mendapat kata sepakat para mufti dan ahli-ahli Majlis tersebut. Tetapi isu ini sering mengelirukan orang awam Islam ketika terdapat pandangan ahli-ahli agama secara individu, atau yang menganut ideologi politik yang berbeza-beza, yang bertentangan pula dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Akibatnya orang ramai akan menjadi keliru, fatwa yang mana satukah yang harus diikuti. Kita ambil contoh isu kalimah Allah yang dipolemikkan baru-baru ini. Pernah satu ketika dulu, iaitu semasa YB Dato' Zahid Hamidi menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggung jawab dalam urusan agama Islam. Beliau pernah menimbulkan isu ini di dalam Parlimen, dan menerangkan pendiriannya bahawa kalimah "Allah" ini dalam negara kit
  KEPENTINGAN BIOGRAFI UNTUK GENERASI AKAN DATANG Dalam bulan ini kita kehilangan tiga orang negarawan yang berpengalaman. Allah Yarham Datuk Mohammad Rahmat, Tun Fatimah Hashim dan Tun Ghazali Shafie. Mereka telah berkhidmat dengan negara kita sejak berdekad-dekad lagi, iaitu mulai dari era Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan terus berkhidmat sehingga ke zaman Tun Dr Mahathir Mohamad, atau kalau tidak berkhidmat pun, mereka masih dapat menyaksikan perkembangan dan pembangunan Malaysia sehingga ke era Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Pengalaman yang begitu lama, dengan begitu banyak yang berlaku di dalam negara semasa akan mencapai kemerdekaan dan selepas Merdeka, saat-saat genting yang dilalui oleh bangsa dan tanah air, juga saat-saat kegemilangan yang dicapai oleh bangsa, semuanya telah mereka saksikan, dan telah juga menyumbang tenaga serta pemikiran dalam membangun sebuah negara Merdeka dan bangsa yang berketerampilan di dalam bidang ekonomi, p

ELAKKAN KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN : Memang kita seharusnya menghormati semua pendangan tentang isu kalimah yang sedang diperdebatkan sekarang ini, umpamanya kenyataan YB Datuk Nazri Aziz semalam tentang pandangannya bahawa penggunaan kalimah Allah boleh digunakan di Sabah dan Sarawak, tidak di Semenanjung. Bagaimana pun dalam kes yang dibawa ke Mahkamah dan masih belum diputuskan ialah isu penggunaan kalimah tersebut di dalam Herald yang semamangnya diterbitkan oleh Gereja Katholik di Sabah. Yang menjadi isu sekarang bukanlah sama ada hal ini dibenarkan di Sabah atau di Sarawak, malah sebarang kes yang berlaku di dua buah negeri itu adalah dianggap sebagai kes yang memberi kesan kepada seluruh Malaysia, termasuk Semenanjung. Bantahan yang berlaku adalah dari semua rakyat dimana-mana saja di Malaysia kerana konsep kalimah Allah itu yang dianggap amat suci pada agama Islam yang tidak seharusnya dicemarkan. Jadi pokok perbincangannya adalah menyeluruh untuk seluruh negara, bukan lagi merupakan isu tempatan dimana rakyat ditempat lain tidak merasakan kesan dan impaknya. Oleh itu dalam keadaan sekarang, orang berbicara tentang Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai Perlembagaan yang satu, Rukun Negara yang sama, tembahan pula Raja berperlembagaan yang diwakili oleh Yang Di Pertuan Agong. Oleh itu pada pandangan saya, semua orang haruslah mengelakkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan yang merupakan sokongan yang berbelah bagi terhadap isu ini, supaya keadaan tidak bertambah kusut lagi, dan orang awam juga tidak merasa lebeh keliru.

E MeMMM

MALANGNYA NASIB NEGARA : Insiden yang berlaku di dalam sebuah negara yang menjatuhkan maruah dan prestasi negara itu, sering mendapat liputan antarabangsa yang lebeh dari sepatutnya. Hal inilah yang berlaku kepada negara kita, iaitu apabila berlakunya beberapa insiden yang mengancam tempat ibadat Kristian, maka peluang ini diambil oleh media antarabangsa untuk melapurkan seolah-olah Malaysia sedang mengalami kekacauan kaum yang serius. Lapuran ini sering menakutkan orang luar yang tidak mengetahui hal yang sebenarnya tentang apa yang berlaku di dalam Malaysia, maka pelancung akan merasa takut untuk mengunjungi negara yang sedang mengalami “kerisis dan kekacauan” ini, para pelabur asing juga merasa takut. Inilah akibatnya kejadian yang berlaku di hadapan mata kita beberapa hari ini, walau pun yang dibakar itu hanya bahagian yang amat kecil, atau yang hangit itu hanya pintu dan tingkap, atau yang berlaku hanya lemparan botol minyak yang tidak mengeluarkan api. Kita mengetahui apa yang berlaku, dan kita tidak sangat merasa terancam dengan insiden itu, malah perhubungan kaum pada umumnya adalah seperti biasa. Tetapi akibatnya di luar itulah yang menjadikan negara kita berada dalam keadaan malang pada masa kini. Oleh itu penyelesaian haruslah segera dilakukan, dan pokok kerisis itu hendaklah diselesaikan dengan baik, kembali puleh seperti sediakala. Apa untungnya kita berselisih tentang tuhan atau sembahan, sedangkan selama ini kita amat bertolak ansur dengan baik? Tidakkah kita sedar bahawa Malaysia merupakan negara berbilang agama yang penuh dengan toleransi? Tahukah kita bahawa negara kita merupakan negara yang mempunyai banyak hari cuti perayaan agama yang berbeza-beza? Kita mempunyai banyak tempat ibadat kepelbagaian agama ? Sedarkah kita bahawa selama ini tidak ada mana-mana kaum dan pengikut agama yang menganggu perayaan keagamaan kaum lain seperti perayaan Islam, Kristian, Hindu, Budha, Sik dan sebagainya? Apakah kita sanggup mengorbankan keharmonian kaum dan agama semata-mata dengan hanya mahu menganggu perasaan dan kepercayaan orang lain tentang nama Tuhan, seperti kerisis penggunaan nama Allah yang mencetuskan segala ketegangan pada hari ini di negara kita yang sepatutnya berada dalam keadaan aman damai? Kita semua harus berfikir secara yang lebeh bertamadun lagi.

Insiden

KERESAHAN KAUM : UBATI PENYAKITNYA

  Memang sewajarnya kita mengecam semua perbuatan ganas termasuk gangguan terhadap tempat ibadat, seperti yang berlaku di negara kita ketika terdapat percubaan membakar atau memusnahkan gereja dan sekolah Kristian. Bagaimana pun dalam masa yang sama, kita haruslah cuba memahami hakikat yang sebenarnya bahawa perbuatan ganas dan biadab itu adalah merupakan simptom atau gejala dari penyakit lain yang menular di dalam badan seseorang itu. Memuncak suhu badan yang menyebabkan seorang itu mengalami demam, kadang-kadang boleh diubati dengan ubat demam, dan demam itu akan hilang. Tetapi demam juga kadang-kadang merupakan tanda dan simptom penyakit lain yang lebeh kronik di dalam badan, yang ada kalanya tidak diketahui, seperti kanser, batu karang dan sebagainya. Dalam keadaan ini, ubat demam yang dimakan hanya akan menyembuhkan penyakit ini buat sementara sahaja, kemudian demam ini akan tiba lagi, mungkin tiap-tiap hari, maka dalam keadaan ini, demam ini adalah merupakan tanda penyakit lain,

KERESAHAN KAUM : UBATI PENYAKITNYA

  Memang sewajarnya kita mengecam semua perbuatan ganas termasuk gangguan terhadap tempat ibadat, seperti yang berlaku di negara kita ketika terdapat percubaan membakar atau memusnahkan gereja dan sekolah Kristian. Bagaimana pun dalam masa yang sama, kita haruslah cuba memahami hakikat yang sebenarnya bahawa perbuatan ganas dan biadab itu adalah merupakan simptom atau gejala dari penyakit lain yang menular di dalam badan seseorang itu. Memuncak suhu badan yang menyebabkan seorang itu mengalami demam, kadang-kadang boleh diubati dengan ubat demam, dan demam itu akan hilang. Tetapi demam juga kadang-kadang merupakan tanda dan simptom penyakit lain yang lebeh kronik di dalam badan, yang ada kalanya tidak diketahui, seperti kanser, batu karang dan sebagainya. Dalam keadaan ini, ubat demam yang dimakan hanya akan menyembuhkan penyakit ini buat sementara sahaja, kemudian demam ini akan tiba lagi, mungkin tiap-tiap hari, maka dalam keadaan ini, demam ini adalah merupakan tanda penyakit lain,

ANGKARA TINDAKAN MINORITI

Di dalam masyarakat mana sekali pun, akan terdapat kumpulan minoriti yang akan bertindak melampau dan menentang tindakan bertamadun arus perdana. Peristiwa ganas yang dijelmakan dalam percubaan membakar beberapa buah tempat ibadat agama Kristian di negara kita, saya percaya dilakukan oleh hanya segelintir manusia, bukan direstui oleh golongan majoriti rakyat negara kita, sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam. Hal yang sama pernah berlaku kepada beberapa tempat ibadat lain di negara kita ini. Cuma dalam hal ini, kita juga haruslah faham, bahawa manusia melakukan sesuatu perbuatan adalah didorong oleh reaksinya terhadap sesuatu yang dirasakan tidak kena dan tidak baik kepadanya. Maka dalam hal ini, sekiranya beberapa orang yang melakukan tindakan ganas itu adalah terdiri daripada penganut Islam, maka tindakan tidak bertamadun itu adalah dirasakan betul oleh kumpulan itu ketika mengetahui keputusan mahkamah yang membenarkan kalimah Allah digunakan dalam risalah agama Kristian seba

APAKAH RELEVENNYA 1 MALAYSIA DENGAN MELAYU – ISLAM?

  Sebagai orang Melayu yang beragama Islam, kadang-kadang terfikir saya, apakah relevennya konsep 1 Malaysia untuk menyatu padukan semua keturunan rakyat Malaysia, sedangkan umat Islam dan umat Melayu di negara sendiri berkerisis dan bercakaran? Relevenkah kita membicarakan konsep 1 Malaysia, sedangkan kita sendiri sesama umat dan kaum tidak mengamalkan konsep satu ummah dan satu kaum itu? Kita bercakaran kerana perbezaan ideologi politik dalam isu yang remeh temeh dan isu-isu sampingan yang tidak kena mengena dengan isu dasar dan persoalan pokok mati hidupnya kita sebagai bangsa dan umat yang mempunyai satu agama. Ya, cukuplah fahaman dan anutan fanatik partisan dalam politik kepartian itu yang memecah belahkan umat kita selama ini, maka kini timbul pula unsur-unsur lain yang lahir di dalam masyarakat sebagai faktor yang menyumbang kepada perpecahan dan kerisis di kalangan umat kita, iaitu isu taksub mazhab, dan perbezaan tafsiran serta pandangan dalam masalah-masalah amalan kita seha

Allah Yang Maha Asa juga Tuhan Untuk Penganut Kristian?

LAGI ISU PENGGUNAAN ALLAH OLEH AGAMA KRISTIAN Persoalan yang mungkin ditimbulkan apakah dengan menggunakan nama Allah untuk Tuhan di dalam agama Kristian tidak mengelirukan penganut agama Kristian juga? Agama Kristian telah mengubah konsep "Tuhan" yang bernama "Allah" dengan konsep trinity, the God, Jesus Christ and the holy ghost. Apakah dengan menggunakan nama Allah dengan konsep asalnya seperti yang difahami dan diinstitusikan di dalam agama samawi itu bermakna bahawa penganut Kristian sekarang akan kembali semula kepada konsep Allah, Tuhan Yang Maha Asa? Tidakkah hal ini mengelirukan penganut agama lain pula, yang seolah-olah apabila mengaku konsep ketuhanan yang maha asa dalam pengertian Tuhan mereka, maka dengan sendirinya mereka menerima Islam sebagai agama mereka? Hal ini mungkin boleh difikir-fikirkan juga oleh semua.

ISU NAMA ALLAH

  Umat Islam di Malaysia yang bersarapan dengan akhbar pada hari pertama tahun baru 2010 agak terkejut dengan keputusan mahkamah yang membenarkan penggunaan nama Allah di dalam penerbitan Kristian. Keputusan itu dibuat, mengikut berita yang di baca, adalah berdasarkan Perlembagaan dan hakikat bahawa penerbitan itu bukanlah bermaksud untuk menyibarkan ajaran agama lain kepada masyarakat Islam.   Masyarakat Islam tentulah tidak berniat untuk mencabar keputusan Mahkamah, atau mempertikaikan proses perundangan semata-mata berdasarkan sentimen melulu, kerana ruang untuk merayu mengikut proses perundangan juga masih terbuka luas.   Cuma kalau dapat difahamkan perasaan umat Islam dan pentafsiran mereka tentang nama "Allah" itu, maka hakikatnya nama "Allah" adalah khusus kepada Tuhan penganut agama Islam dalam konsep dan definesi bahawa "Allah" adalah Tuhan Yang Maha Esa, yang merujuk kepada konsep ketuhanan agama Islam.   Islam menolak sebarang sekutu Allah dalam