Posts

Showing posts from May, 2015

BERTOLAK ANSUR DALAM POLITIK: SIAPAKAH YANG KONSISTAN?

Kita sering tidak konsistan dalam sebarang kerja dan rancangan yang kita lakukan, sedangkan Islam mengajar kita sentiasa iltizam dengan prinsip dan kerja kita. Kalau Tawaf dan Sa'i dalam ibadat Umrah dan Haji ialah sebanyak tujuh kali, maka kita mestilah mengerjakan sebanyak tujuh kali.
Saya melihat umat kita di negara ini sering bergoyang dan menukar haluan ketika mendapat tekanan, atau umpanan "gula-gula" yang ditawarkan oleh keadaan dan orang lain, tanpa mengkaji buruk baiknya.. 
Di dalam "perjuangan" politik, parti politik Melayu, nampaknya sentiasa mengubah dasar dengan sewenang-wenangnya kerana desakan politik, atau habuan politik' atau "keuntungan" dalam politik, walau pun dari perspektif dasar negara, malah dasar parti sendiri, hal itu sering bertentangan dengan rukun-rukun toleransi yang dilakukan itu.
Bagi DAP umpamanya, mereka amat konsistan dalam dasar perjuangannya. Dari awal penubuhannya, mereka sentiasa mempertahankan dasar perjuangann…

POLARISASI KAUM MENJADI SEMAKIN PARAH

Tidak ada sesiapa pun yang akan berkata secara terang sekiranya dia berbicara tentang kaum dan bangsa, bahawa dia bersikap dan bersifat perkauman. Dia akan tetap mempunyai sentimen dan perasaan perkauman dalam erti kata bahawa dia menyayangi bangsa dan kaumnya, dia mahu bangsa dan kaumnya tetap kekal dan berterusan di atas muka buni ini dengan megahnya sepanjang masa. Inilah sebenarnya perasaan hati nuraninya yang tertulis di lubuk jiwanya apa bila dia berbicara tentang bangsanya, iaitu rasa bangganya dan sentiasa merasakan bahawa dia adalah kepunyaan bangsa dan keturunannya tanpa dapat dinafikan oleh sesiapa pun. Orang yang merasakan perasaan dan sentimen ini sebenarnya dalam konsepnya dan tafsirannya seperti yang diterangkan itu, tidaklah dapat di lihat seperti orang yang bersifat perkauman dalam politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya, kerana ketika dia berbangga dan berharap bahawa keturunannya akan terus berkembang dan membangun dengan segarnya dalam sejarah hidupnya, …

KENANGAN JALAN AMPAS, SINGAPURA, YANG DI TINGGALKAN

Secara langsung atau tidak langsung, saya dan beberapa orang teman, dalam lawatan ke Singapura pada 20 Mei 2015, tiba-tiba sahaja di pelawa oleh agensi pelancungan yang membawa kami, untuk meninjau sejenak ke Jalan Ampas, Singapura dalam perjalanan kami ke Markaz Jamiyyah di Singapura, kerana kami telah sampai ke kota Singa ini agak terawal dari temu janji kami dengan pihak Jamiyyah tersebut. Bagi generasi saya dan yang terlebih muda sedikit, bila di sebut Jalan Ampas Singapura, akan teringatlah kembali sejarah tempat tersebut ketika P. Ramlee meneroka bidang seni lakon untuk menerbitkan filem-filemnya yang kekal legasinya hingga ke hari ini. Tempat itu agak tertutup dan kelihatan di tinggalkan, usang dan tidak terpelihara seperti tempat bersejarah bagi Singapura, walau pun sebenarnya di dalam tempat yang ditinggalkan itu tersimpan sejarahnya yang tersendiri, ketika seawal dekad-dekad dulu telah menyerlah usaha beberapa orang seniman Melayu yang telah dengan gigihnya mengolah bakat dan …

HIDUPKAN SEMULA LEGASI MELAYU ISLAM.

Tidak hairanlah ketika kita membaca ayat-ayat Allah pada lisan Nabi Ibrahim yang memohon Allah SWT supaya membangkit (mengutuskan) seorang Rasul dari kalangan bangsa mereka sendiri (bangsa Arab) yang akan membaca ayat-ayat (Firman) Allah, mengajar mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmah (kebijaksanaan) dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (Surah Al-Baqarah ayat 129)
Ayat yang merupakan permohonan Nabi Ibrahim supaya Allah mengutuskan seorang Rasul yang mampu membetulkan keadaan masyarakat Arab Jahiliyyah yang sedang menghadapi kemusnahan itu, telah dengan sendirinya menjelaskan kriteria seorang manusia amat ideal bagi merubah masyarakat yang liar dan tidak berperadaban itu, iaitulah seorang pemimpian yang berilmu dan berhikmah, yang dapat bertindak mengajar dan menjadi tauladan kepada umatnya supaya berilmu, bijaksana, berakhlak sihat jasmani serta rohaninya, berpaksikan ajaran dan pengabdian dirinya kepada Allah swt.. 
Untuk memenuhi sifat pimpinan yang unggul inilah maka…

SYURGA DAN NERAKA - DUNIA DAN AKHIRAT....

Syurga dan neraka sebenarnya dialami oleh manusia di dunia dan di akhirat. Di akhirat orang yang masuk syurga akan mengalami berbagai-bagai nekmat dan keseronokan, dan orang yang masuk neraka akan menderita berbagai-bagai siksaan dan balasan yang pedih.
Sebenarnya di dunia juga kita perlu hidup di dalam syurga, yang dinamakan syurga dunia. Hidup di dalam syurga dunia ialah hidup yang damai, aman, mewah makan minum, pekerjaan dan kehidupan yang baik, rezeki yang banyak, keluarga yang bahagia, malah negara yang aman damai, bebas dari ketakutan, peperangan dan ancaman terhadap fizikal, mental dan spiritual, terlepas dari kerisis sosial, ekonomi dan politik yang mengancam kesejahteraan kita..Itulah sebenarnya kehidupan dunia yang selesa dan diperlukan oleh manusia.
Kita seharusnya tidaklah segera memberikan persepsi negatif terhadap orang-orang yang hidupnya serba mewah dan senang di dalam dunia ini, iaitu dari segi kebendaan dan pangkat, nama dan keturunan, sebagai orang yang lupakan akhir…

DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH - HAMKA

DI BAWAH LINDUNGAN KA'BAH ialah novel karya HAMKA yang diterbitkannya dalam tahun 1938. Hamka, atau nama penuhnya: Haji Abdul Malik Karim Amrullah, dilahirkan di Kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat, pada 17 Februari 1908, dan meninggal dunia pada 24 Julai 1981 di Jakarta.
HAMKA terkenal sebagai ulamak, intelektual Islam, sasterawan, aktivis masyarakat dan politik yang dinamik. Buku "Ayah" yang di hasilkan oleh anak beliau Irfan Hamka, menceritakan Pak Hamka ketika "masa muda, dewasa, menjadi ulamak, sasterawan, politikus, kepala rumah tangga, sampai ajal menjemputnya ketika berusia 73 tahun"
Saya mencari semula beberapa karya asli Pak Hamka ketika saya berkunjung  ke Bandung baru-baru ini. Malah saya tertarik untuk menulis semula tentang Pak Hamka, atau lebih terkenal dengan panggilan Buya Hamka oleh teman-teman kita di Indonesia, kerana semasa hayatnya Arwah sering juga berkunjung ke negara kita, muncul dalam bicara-bicara di TV dan Seminar/Kongres di sini.
S…

MENITI USIA TUA....

Hakikat yang semestinya di hayati dan di rasai oleh setiap insan ialah bagaimana ia meniti usia. Hari demi hari, bulan dan tahun, dia akan di bawa oleh usia, melintasi masa berlalu, ketika usianya bertambah..Kita yang merasai usia telah meningkat panjang, banyak perubahan pada fizikal, spiritual, emosi dan perasaan yang kita alami. 
Ibunda saya ketika melintasi usia enam puluhan dan tahun-tahun berikutnya ketika saya masih kecil dulu, sering memberitahu saya..."Tuhan telah mengambil balik banyak perkara yang di kurniakan-Nya kepada Mak" iaitu ketika merujuk kepada kekuatan badannya yang semakin berkurangan, mata dan telinga yang mulai tumpul, malah selera makan serta masa tidur yang entah kenapa, tiba-tiba terasa sangat berkurangan...Saya pada ketika itu tidak sangat memahami maksud sebenar kata-kata Ibunda saya itu.. 
Ayahanda saya mungkin hanya merasakan usianya meningkat jauh di sudut hatinya, kerana dia tidak mahu sangat mengingati orang lain tentang usianya. Arwah ayahand…

BERDOA UNTUK IBU ........

Mengingati ibu atau ayah yang telah pergi telah menjadi warisan kepada orang Islam di negara kita. Banyak surau dan masjid di negara kita yang mengadakan majlis tahlil dan doa arwah pada hari Khamis malam Jumaat. Ramai-ramai berkumpul membaca Yasin dan berzikir serta berdoa untuk arwah ibu dan bapa serta kaum keluarga yang telah pergi dulu, mudah-mudahan di makbulkan Allah SWT.
Bagi jemaah haji atau umrah yang berada di Makkah atau di Madinah, maka setiap kali selesai sembahyang fardhu, hampir pasti akan dilaungkan kehadiran jenazah seorang atau banyak jenazah untuk sama-sama disembahyangkan oleh para jemaah yang ramai itu.
Di dalam sembahyang jenazah, terdapat doa untuk mayat dengan ucapan memohon Allah SWT supaya mengampunkan mayat dan merahmatinya, menjadikan kuburnya sebagai satu taman dari taman-taman syurga.....dan seterusnya.....
Semua jemaah yang menunaikan sembahyang jenazah akan berdoa kepada mayat-mayat yang tidak dikenalinya. Maka alangkah bertuahnya mayat yang disembahyangka…

KEGANASAN SEMAKIN MENJADI-JADI

Manusia hari ini menjadi semakin ganas dan buas, tidak berperi kemanusiaan, tidak beretika dan tidak menghormati undang-undang, peraturan, malah ajaran agama sendiri bagi orang yang beragama...
Sayangnya apa bila bercakap, kita sering terpaksa berbicara yang negatif dulu, pada hal sepatutnya kita hendaklah mulakan bicara dengan yang positif, yang baik-baik...Namun kita sendiri pun nampaknya menjadi umat yang negatif, semua tak elok, tak baik, ...
Baca akhbar sensasi pula, tabloit, akhbar murahan, semuanya cerita pasal skandal, curi, rompak, rogol, rumah urut, rasuah, tipu, lumba haram, lumba biasa sampai orang yang tak bersalah jadi mangsa, mati di atas jalan raya dengan anak kecil dan suami isteri, kereta kecil pun berlumba, lari laju lebih dari porshe dan BMW....
Mahkamah pula penuh dengan kes, dari kes bunuh, rompak, dadah dan penyeludupan orang Bangla dan Mymer, sampai kepada fitnah dalam sms, face book, jatuh nama orang, rasuah besar dan kecil, makan duit dan ah long, fitnah memfitn…

DORONGAN KEPADA SIKAP MELAMPAU....

Saya merasa perlu mengemukakan pandangan ulamak Islam sendiri tentang dorongan yang membawa umat Islam kepada pendirian dan sikap ekstrem atau melampau yang nampaknya semakin menjadi-jadi pada masa kini. Kita haruslah bijak menimbang dan mengambil pendirian yang berhikmah, berilmu dan sesuai dengan roh ajaran agama kita dalam konsep bahawa umat Islam "adalah sebaik-baik ummah" (khair ummah) dan sentiasa bersifat serta bersikap "wasatiyyah" (benar dan adil)
Sikap melampau dan tindakan radikal atau ekstrem pada masa kini telah melampaui batasan tutur kata dan senjata pena dan lidah, malah telah melampaui kepada kekerasan fizikal dan jasmani, penggunaan senjata untuk menumpah darah atau menghapuskan nyawa orang lain, membunuh dan menyembelih sesiapa saja yang dianggap "musuh" ....berperang, menggunakan senjata moden, bom kereta, roket dan seribu satu jenis senjata api rekaan dan ciptaan teknologi moden....
Kesimpulan dari beberapa buku karya Dr Yusuf Al-Qaradh…

EVEN THE MOST POSITIVE PERSON IN THE WORLD GETS CANCER

Seorang pesakit kanser, Mezwyn D'Junus, menulis dalam surat lampiran yang disertakan di dalam bukunya seperti tajuk di atas:
I never imagined that I would be writing this letter to you about cancer. I never imagined that one day I would be presenting you with a book about canser. I never, NEVER imagined that I too would get cancer.
(Saya tidak pernah terbayang bahawa pada satu hari saya akan menulis surat ini kepada anda tentang penyakit kanser. Saya juga tidak pernah terbayang bahawa pada satu hari saya akan mempersembahkan kepada anda sebuah buku tentang kanser. Malah saya tidak pernah sama sekali terbayang yang saya juga akan mengidap kanser)- {terjemahan saya}
Mezwyn semestinya merupakan seorang yang amat tabah, yakin kepada diri sendiri dan mempunyai kekuatan fizikal dan kerohanian yang teguh dalam menghadapi segala ujian hidup di dunia yang penuh cabaran ini. 
Tajuk buku ini sendiri telah memberikan mesej penting bahawa selagi semua manusia ini bernafas di dalam dunia ini, maka …

HIDUP DAN MATI SUAMI ISTERI

"Bagi saya peribadi, menulis buku ini, telah menjadi terafi untuk mengubati kerinduan, rasa tiba-tiba kehilangan oleh seseorang yang selama 48 tahun 10 hari berada dalam kehidupan saya, dalam berbagai derita dan bahagia, kerana antara saya dan Ainun adalah dua raga tetapi hanya satu jiwa...."
Tulisan di atas adalah nukilan rasa hati Bacharuddin Jusuf Habibie, yang lebih terkenal dengan panggilan Pak Habibie, presiden Indonesia yang ke-3 menggantikan Pak Soeharto (21/5/1998 - 20/10/1999)
Saya tertarik untuk memetik tulisannya ini, kerana saya pernah menemuinya di Kuala Lumpur ketika menerajui IKIM (Institut Kefahaman Islam Malaysia), dan pernah mengunjunginya di Jakarta untuk bertemu dengan  beliau dan para peneraju ICMI (Ikatan Cendekiawan Muslim se-Indonesia)

Beliau pernah datang ke IKIM dan berdialog dengan para akademik Malaysia ditemani oleh Dr Mahathir Mohamad (Perdana Menteri Malaysia ke-4)
Beliau menulis kata-kata ini sebagai sedikit gambaran emosi dan bisikan hatinya ket…

AJARAN ISLAM YANG GLOBAL DAN HOLISTIK

Tekanan dari masyarakat agar Islam benar-benar diamalkan seperti zaman Nabi Muhammad SAW sering juga menjadikan ajaran agama berada dalam kotaknya sendiri, dan dengan itu maka ulamak Islam menjadi terasing dari kehidupan orang awam yang biasa.
Penumpuan kepada amal ibadat dalam bentuk yang amat ideal, begitu sempurna dan salin tak tumpah seperti amalan Islam pada zaman awal kedatangannya, seperti yang difahami dan di ajarkan oleh segelintir ulamak Islam, sering juga menjadi satu aliran yang mungkin dalam beberapa keadaan, amalan agama menjadi terpisah dari pola masyarakat dan realiti kehidupan manusia semasa pada hari ini, dengan latar belakang sosial, ekonomi, politik dan suasana yang telah melalui perkembangan yang amat pesat.
Perkara-perkara yang seharusnya diberikan penekanan pada zaman ini bukanlah tumpuan kepada ibadat kerohanian dan fardu 'ain sebagai amalan individu yang terpisah dari urusan semasa, malah ajaran itu adalah mempunyai hubungan rapat dengan pemerintahan negara,…